Kek Lapis Sarawak Dimusnahkan... Punah Harapan Kakakecik...! - Sunah Suka Sakura dot com

Post Top Ad

Thursday, August 4, 2011

Kek Lapis Sarawak Dimusnahkan... Punah Harapan Kakakecik...!


PENGARAH Jualan Di Wannie Cake meletakkan kek lapis Sarawak yang tidak menggunakan Golden Churn dalam peti ais di kedainya di Satok, semalam.

KUCHING: Pengusaha kek lapis Sarawak yang menggunakan mentega jenama Golden Churn Creamy Butter yang disahkan mengandungi DNA babi, disaran memusnahkan stok mereka dan menyamak semua peralatan dan kelengkapan memasak sebelum menghasilkan semula kek berkenaan untuk dipasarkan.

Ia perlu dilakukan kerana ramai pengusaha menyediakan stok bernilai sehingga jutaan ringgit sejak tiga bulan lalu untuk menampung permintaan sambutan Aidilfitri, pada akhir bulan ini. Mereka perlu berbuat demikian bagi mengelak menanggung dosa selepas mengetahui produk yang dihasilkan tidak halal dimakan. SAMBUNG SINI

***

KUCHING: Presiden Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak (PPKLS), Rabiah Amit memberi jaminan orang ramai tidak perlu bimbang status halal kek lapis Sarawak kerana semua 70 ahlinya sudah menghentikan penggunaan mentega jenama Golden Churn Creamy Butter dan bertukar kepada jenama lain.

Rabiah bagaimanapun mengakui ramai pelanggan menghentikan tempahan sementara selepas isu itu dihebahkan menerusi media.

“Kami ingin menjelaskan bahawa kek lapis di Sarawak halal kerana tidak menggunakan produk itu sejak setahun lalu. Pengguna yang ragu-ragu boleh meneliti sijil halal kami yang dikeluar JAIS,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Sementara itu, isu itu dijangka tidak memberikan impak besar kepada industri kek lapis Sarawak kerana tempahan yang diterima pengusaha terus meningkat menjelang Aidilfitri. Namun, ada pengusaha terpaksa membatalkan tempahan luar negara kerana bimbang ia menjejaskan jualan selepas terpaksa menanggung kos pengedaran yang tinggi. SAMBUNG SINI JUGAKKK

***

Hurmmm... Baguslah kalau tindakan segera macam ni diambil. Peniaga-peniaga pun sedar tentang benda ni. Tapi tak dengar lagi apa-apa pandangan dari kedai-kedai popular di seberang sana macam Kedai Kek Lapis Dayang Salhah tu... Kedai Kek Lapis Afifi pulak, ape pendirian diorang?

Harapnya, surirumah-surirumah pun amek tindakan yang macam ni... Kalau ada stok kat rumah tu, sedekah-sedekahlah kat jiran-jiran bukan Muslim. Bulan-bulan puasa ni, tak salah kannn kita beramal jariahhhh... Banyak lagi mentega lain, okehhh?

P/S: Kakakecik jangan risau, dah lama tak guna mentega ni sejak isu haram lama dulu...

26 comments:

  1. macam2 kan... bahaya nya sekarang nie

    ReplyDelete
  2. alhmdlah.........kalau x mmg frust sgt2..ini pun da sebak bila baca tajuk nyer.....dah le baru gtau mak smlm yang akak oder kek lapis dengan sunah.....

    ReplyDelete
  3. aritu dengar orang cerita ja ada kakak tu bawa kek lapis sarawak..
    tapi tak merasa pon..
    #okbai

    wakakka

    ReplyDelete
  4. dah la kita suka makan.. huhu..sekarang kena berhati2 bab makanan nih..penting! :)

    ReplyDelete
  5. mencegah lebih baik

    takkn nk pk untung je kan

    good job!

    ReplyDelete
  6. Cik Bunny pon terlibat dengan Kek Lapis Sarawak Asiarose, sabar jela Cik Bunny =.=. Lepas kes Golden Churn, mentega dah tukar. kat sini http://inspirebunny.blogspot.com/2011/08/golden-churn-disahkan-haram-kek-lapis.html

    ReplyDelete
  7. kesian jgk kt peniaga2 tu..msti rugi bsr tahun ni. xpelah...itu lebih baik dr bg mkn bnda haram kat pengguna..

    nk try buat kek lapis sndri utk raya ni =)

    ReplyDelete
  8. sekali pandang mmg terasa sgt rugi sebab kek2 lapis yg sedap tu terpaksa di hapuskan... tapi bila dah tau adu bahan haram...xle nak buat ape la kan...

    ReplyDelete
  9. teringin lak nak makan kek lapis..huhu..lama x makan..

    bnyk produk skrg ni ada DNA *youknowwho*..kena berjaga2

    ReplyDelete
  10. wuwuwuw
    syukurlah cam tu..
    dah la owg suke kek swak..wuwuwuw
    raye ni cam ne?
    hehehhe

    ReplyDelete
  11. mjurlah xpenah guna mentega tuh....tp suke mkn kek lapis swak...

    ReplyDelete
  12. nak tak nak kena hati2...tkt tersalah makan....

    ReplyDelete
  13. jadi seram pulak nk mkn kek lapis pasni.hehe

    ReplyDelete
  14. dah lama tak mam kek lapis serawak.. hehehe

    ReplyDelete
  15. semalam ada jugak berita pasal sosej yang ada DNA babi.. hari ni psal kek lapis sarawak plak.. habis semua benda nak masuk DNA babi.. adoiiyaii

    ReplyDelete
  16. semoga peniaga2 bertambah peka isu halal ni pd kita umat islam

    ReplyDelete
  17. kak shida ada cakap dia dgn ina order kek dengan akak..Hehehe..

    ReplyDelete

Dah abis baca tadi? Terima kasih sebab tinggalkan komen~ ;)

Post Bottom Ad