BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, November 10, 2011

Cara-cara Nak Cari Idea Menulis

Reading the ideas of flowers by ~mechtaniya on deviantART

Asyik-asyik kering aje idea kan? Meh sini nak kongsi cara-cara nak isi balik idea dalam kepala supaya boleh terus mengupdate blog. Sebelum-sebelum ni pernah gak kongsi entri cam ni, tapi kali ni kita tambah lagi dan lagi cara-cara yang baru dijumpai ye~

1. Blogwalking

Konon-konon nanti tengah-tengah blogwalking tu terrrrbaca entri yang cambest untuk kamu-kamu balas balik. Kira cam nak ulas entri tu dari pandangan sendiri pulak lah. Tambah tolak sikit mana yang kurang dan lebih dari entri yang baru dibaca tu. Jangan lupa backlink pulak.

2. Baca wall Facebook

Mana la tau tiba-tiba ada status-status yang menarik perhatian. Tak pun, ada link-link menarik yang kawan-kawan Facebook kamu share kat wall. Dari status tu boleh buat huraian lebih sikit ke, atau copy paste aje ke dalam entri bulat-bulat. Senang! Jangan lupa backlink pulak. Kadang-kadang dari perbualan dengan kawan kat Facebook pun bole tercetus idea.

3. Jenguk timeline Twitter

Kot-kot la ada twit yang macam menarik hati dan bakal menarik hati semua orang lain jugak. Boleh la buat printscreen, touch up sikit-sikit, kalo malas copy paste aje twit dia; sudah. Lepas tu hurai la sikit-sikit kan. Jangan lupa tinggal link twitter pulak. Dari twit-twit dengan rerakan pun kadang-kadang boleh moncolnya idea nak update entri.

4. Dengar radio

Cer dengar radio jap. Kadang-kadang DJ kongsi isu semasa kat radio tu. Kalo bukan isu semasa, mesti ade punya cerita best yang diorang kongsi. Tak pun, dari iklan ke... Kamu-kamu kongsi la balik. Paling-paling pun buat review lagu. Ada lagu best ke, tak best ke, dari lirik dia tu boleh la buat entri hentam-hentam lagu Melayu. Ops~ Mana ade...mana ade...

5. Tengok TV

Macam radio jugak la keadaannya, ok?

6. Baca newspaper

Ni tahap kering tak kering sangat jugak lah. Da habis betul idea. Pi baca paper tak kisah la online ke hardcopy. Selalu nak senang, online aje. Boleh backlink terus, ye dak? Tapi kalo berita dari paper ni, jangan la copy paste bulat-bulat. Bagi pandangan kamu sendiri sikit.

7. Chatting

Sama macam bila berbual dengan kawan-kawan Facebook dan Twitter, bila kamu chatting dengan kawan-kawan kat Skype, YM, MSN, (ape lagi ek?) mungkin dari situ ada idea yang akan terilham. Perghhh! Paling-paling pun cer start perbualan macam ni, "aku takde idea lah nak update blog, nak tulis pasal ape ek?" Direct to the point kan? Hahaha~

8. Tutup laptop

Erk! Bukan nak suh benti berblog! Tapi...otak kamu tu tepu sangat dah duk ngadap blog. Apa kata rehat kejap, gi kuar jalan-jalan tengok dunia. Haaa...orang kata jauh perjalanan luas pemandangan kan? So, mana tau dari berjalan-jalan tu terpandang benda-benda eksotik yang macam menarik nak dikongsi kan? Alaaa...kadang-kadang gambar lampu jalan tu pun adik samurai champlo buat entri gak! Ops~~~


Ada lagi yang lain mungkin...kamu-kamu yang takde idea tu boleh la buat benda-benda kat atas ni ye~~~


29 comments:

mas saari said...

hehehee...lebih kurang cara akak! tapi akak paling selalu buat yang last tu!

Ida said...

cam taw2 je idea tengah kering ni.. anyway thanks for sharing the nice tips :)

aDisH.sHidA said...

hehehehe....bagus idea yang bernas...thanks atas perkongsian ini

Mohd Zakwan said...

kak Sakura ni macam tahu2 je zakwan tengah kering idea nak tulis ape..hehe
thanks for the tip, zkwan akan cuba berblogwalking nak cari idea :)
Jom la singgah blog Zakwan pula yang kini beralamat di zakwanzain.com :)

aimie amalina said...

weeeheuuuu
betooll
isu korban ritu pon amik dr paper
heeee
besh pulak =]

Azza Firza said...

weeeee , terima kasih akk sayangg , im got it :D

FasiHaH SupiaN said...

betul tu..macam2 idea nak update sbnrnya...

Nuur mutiara said...

hihihi betul la, duk ngadap blog ni tp dh 3 4 hari gk x update2, mesti dh tepu sgt ni =.="

fRaMe+LenSeS said...

hihi. LIKE.. weee~~~

shahjiehan said...

tulis.... blog pakai otak..fikir dan fikir


ehhehee



nice entri!!

hyazz said...

bagus jugak ni idea...hehehe

pengemis Cinta~ said...

hurm. idea banyak tapi kekangan masa.huhu;)

Ujie said...

saya amik idea dr kehidupan sekeliling.

idea mmg ada..tapi nak kembangkan dlm entri yg ringkas tapi tepat tu yg sikit susah.

nuruashia ♥ said...

good tips..!!! ehehhehe

laskar pelangi said...

bernas jugak idea tu semua:)

tp kadang2 bila otak dah tepu..wat cmne pun..tetap blur gak =D

Iffah Afeefah said...

Tiru entry org? Tettttt

Oh Oeya said...

Tengah tension dpt idea heheh :)

Solihin Zubir said...

haha.. pendek kata, bila dh jd blogger ni, apa saja yg kita buat, otak mesti ligat fikir idea nk update entry.. setiap saat!

gedek! said...

uncle takot satu hari kering idea untok blog....

Ainul Hayat said...

Cik Sunah,
mmg itulah cara-cara untuk dapatkan idea berblog. hehehe....

THE LEKAT LEKIT STORY said...

semua tu memang mampu mendatangkan idea.. tp kalau otak jam jugak.. memang kena rest dulu la.

Hrithik Roshan said...

tapi kak kakn.. 1st step kene ade..


the will to write kak...

kalo mood tah kemane, rajin tah kemane..

tapi tak ditulis, tak naik gak entry.. ngahahahaha

sergeant keroro said...

hehe, jenguk blog akak jela :P

maszull said...

assalamualaikum sunah...bestnya dpt panduan mcm mana nak cari n wat n3 kn...:)

logorithm said...

Betul tuh! Tapi selalunya kita akan terlupa kalau kita tak jot down on the spot!


Terbaru dari Logokoko:

[13SX] Dilarang mengintai di tandas ini!

[U] Edwards Syndrome

[U] Suis

zahidah seran said...

kalau takde idea sgt,
akak keluar rumah...
means..jalan2 cari ideala kot.
=)

udin said...

maceh 4 this tip.. hehehe.. :D

~..Lesung Batu..~ said...

hye akak!!! lama tak dtg cni..bz lorh..dah jarang sgt2 online skang =( miss u akak mucukkkk!

Zulfikar Hazri said...

pika. takde idea.. duk termenung ingat kisah2 lama je.. :)

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.