Saya Paranoid Ke???

November 12, 2011



Beberapa minggu yang lepas, saya tengok movie ni yang da sedia ada dalam external beberapa kurun yang lalu. Mula-mula tengok, ingatkan boring, tapi lama-lama melekat sampai habis. Movie ni da lama. Tahun 2008. Saya baru nak tengok 3 tahun kemudian. Lambatnya saya ni. =.=

Taken (2008) - Kisah seorang ayah yang bekerja untuk kerajaan sebagai perisik. Tapi da lama tinggal keje tu. Dia ada anak perempuan yang bawah 18 tahun. Anak perempuan dengan bekas isteri. Maksudnya da cerai la. Tapi dia sayang sangat anak dia tu. Disebabkan dia ni dulu keje perisik, dia seorang yang agak berwaspada dalam segala hal yang melibatkan anak dia ni.

Satu hari tu, anak dia nak gi Paris dengan kawan dia. Anak yang bawah 18 tahun, kena mintak izin ayah diorang (secara bertulis) dulu, baru boleh keluar negara. Mula-mula dia cam tak nak bagi, risau nanti jadi ape-ape. Dia da nampak dunia ni macam mana, pengalaman dari jadi perisik tu mengajar dia.

Anak dia merajuk. Lepas si ayah ni fikir-fikir, dia pun bagi la anak dia pergi. Siap bagi telefon lagi supaya nanti anak dia sentiasa kol dia bila kat Paris tu. Masa antar anak dia ke airport, dia ternampak satu peta dalam beg anak dia. Ops, terbongkar lak yang anak dia bukan takat gi Paris je, tapi ikot tour satu band ni ke merata pelosok donia, nkoo~

Isteri dia cakap, biarlah...dari situ anak dia akan kenal dunia. Dia pun diam je la. Pasrah sambil terus ingatkan anak dia untuk kol dia bila da sampai Paris. Tapi anak dia tak kol. Dia risau la, dia kol banyak kali gak, tak angkat. Lepas tu kol isteri dia, isteri dia cakap budak tu da besar, pandai la dia jaga diri. Dia suh si ayah tu makan ubat tido. Macam tuuuu aje???

Dia kol lagi, then baru anak perempuan tu angkat. Tengah-tengah borak tu, tetiba kannnnn...anak dia nampak satu kejadian yang mengerikan kat depan mata dia. Betul-betul dalam rumah tempat diorang duduk tu. Kawan dia kena culik...lepas tu...arghhh...tengok sendirik!!!

Seriously lepas tengok cerita tu, saya asyik berfikir. Movie ni memang la da lama. Tahun 2008 kan? Tapi human trafficking, tahun ni da jadi isu global. Betapa bahayanya bila ibu bapa mengabaikan keselamatan anak-anak. Sekali terlepas pandang, boleh jadi mangsa pemerdagangan manusia.

Kadang-kadang bila duk sorang kat rumah, ada jugak rasa takut. Takut kalau-kalau ada mata-mata yang memerhati sambil berniat jahat dalam hati. PCM selalu pesan, jangan lupa kunci semua pintu *sebab selalu ingat da kunci*. Mak pun boleh kata setiap hari kol, tanya malam ni tido sorang ke? *sampai da penat nak explain*. Kadang-kadang rasa seram sejuk juga balik malam dari meeting ke program ke, tutup pagar sambil melilau-lilau tengok sekeliling. Uhuhu...

Saya paranoid ke???

Saya rasa tak salah kot nak rasa macam tu.

Sebab ape?

Ni ha...

Baca dari blog Cik Bambam

Oh, kejamnya kawan dia. Sedangkan kawan pun sanggup buat macam tu, apatah lagi orang luar yang kita tak kenal kan? Sekarang ni pun, human trafficking tak mengira kamu tu lelaki ke perempuan ke, muda ke tua ke, pandai la diorang nak letak kamu-kamu kat mana. Tak jadi pelacur, jadi pembantu rumah, jadi buruh paksa, jadi pemungut sedekah tepi jalan pun boleh.

So, sila berhati-hati.

Fi amanillah...

You Might Also Like

32 Comments

  1. dunia sekarang ni memag perlu bersikap paranoid.kalau tak naya diri.apa tajuk cerita tu mcm best je

    ReplyDelete
  2. @Rozuan Ismail

    tuuuuuu.....ade dalam entri... Taken (2008)

    ReplyDelete
  3. ermmm skng memang kene lebih hati2

    bkn sbb paranoid ke ape yu

    sbb dunia mkn kejam

    apapon tak mustahil dgn izin Allah

    ai skong yu. ai pun takut gak g spital sensorang..errr

    ReplyDelete
  4. Hmm...kdg bkn kita xpercaya kwn..cuma berpada2 xsalah nk rasa mcm tu..supaya kita sentiasa aware dgn sekeliling kita..

    ReplyDelete
  5. zaman skang mmg prlu lebih brhati hati , hohoh

    ReplyDelete
  6. erm... manusia yg membuat dunia ni semakin kejam. bukan setakat kawan aje.. bapak punnn sggup jual anak nk langsai hutang

    ReplyDelete
  7. Err jual kawan? huu xtau pn, nampak sgt la dah lama xtengok berita.. Mintak dijauhkan laa dgn benda2 cmni :(

    ReplyDelete
  8. akak pun macam tu, kalau dok dengan anak2 je kat rumah memang tak buka pintu tingkap... takut!

    sekarang ni orang jahat ada dimana2..

    ReplyDelete
  9. Tidak. Anda tak paranoid.

    Cume tak betul siket.

    Sila jadi Sunah yang dulu.

    ReplyDelete
  10. Scarynya! Tu sebab saya takut nak keluar rumah. Duk kat hostel pun takut.. (=~=)

    ReplyDelete
  11. cerita best!

    baru jugak tengok dalam tahun ni..

    yang pasal berita tu..

    ish.. teruk ni.. mohonlah dijauhkan..

    kerana duit macam-macam boleh berlaku..

    ReplyDelete
  12. jangan cepat percaya dengan orang.

    ReplyDelete
  13. Sian kwn dia.... Sbb tu aku takde kwn.. Sian aku..

    ReplyDelete
  14. komen fath buat along tgelak sensorang..

    hu,

    slalu gak rasa mcm tu,,bukan sbb tgok muvee aje, tapi berita2 yang negatif byk sgt, dats y kite rasa mcm tu,,hu,,sbb tu la dr muhaya x bagi tengok brite..keh2..

    ReplyDelete
  15. ohhh
    cerita taken tu sgt beshh!
    hehehehe =]


    begitu kejam isi dunia skrg ni
    emm3
    sy pon takot jugak..
    wuuuuu

    ReplyDelete
  16. macam pernah tengok je citer ni..last year kalau tak silap.
    tapi ingat2 lupa..
    heehe..

    kadang2 baik kita pikirkan benda negatif demi tuk keselamatan diri..hehe

    ReplyDelete
  17. lazimi ayat kursi ye syg,,, insyaAllah Allah akan menjaga kita selalu.. take care ^_~

    ReplyDelete
  18. apa pun mmg perlu berhati2 dik.dunia skrg ni terlalu terdedah dgn jenayah.

    ada typo di perkataan haiwan dik

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum sunah...dunia ni dah mcm2 berlakukn....mcmtu pun dah ada skg ni gilanya...kawan mkn kawan...:)

    ReplyDelete
  20. dunia skang nie...

    susah nk pecaya sape2

    ReplyDelete
  21. Bila ajaran islam mula di abaikan inilah jdnya...

    ReplyDelete
  22. bukan setakat perempuan...lelaki pun kena berwaspada...apapun kita kena bantu membantu...

    ReplyDelete
  23. ko saje je kan..nak kasi aku cuak...

    ReplyDelete
  24. tiba2 terigat cite korea fullhouse..kawan bg hadiah percutian dkt mbe dia..tp sbb nk jual harta bnda mmber dia tu.heee

    ReplyDelete
  25. ada dalam hard disk laptop ni, hehe XD

    tak tengok lagi :p

    ReplyDelete
  26. movie ni mmg terbaik!

    tgok kt panggung msa 2008 dlu.. hehe..

    ReplyDelete
  27. salam sis..sy jadi paranoid lepas baca entry ni..heheee

    **kawan makan kawan,itu normal skg ni..berhati2 dalam berkawan.kan3??

    ReplyDelete
  28. assalamualaikum sunah...mama ingin menjemput sunah dgn kekawan hadir ke majlis persandingan anak perempuan mama di Dewan Serbaguna Majidee dan diharap dgn kedtgan ini dpt menyerikan majlis itu nanti yer...terimakasih...:)

    http://maszull.blogspot.com/2011/11/jemputan-kawen-buat-semua-kengkawan.html

    ReplyDelete
  29. Betul kata Niena. Manusia yg buat dunia ni kejam. Saya pun mcm Sunah, kekadang tu nak ke KL Sentral je pun fikir byk kali. takut menda2 cenggini jadi. huhu

    ReplyDelete
  30. elok lar kalau kita lebih berjaga2 dr buat sambil lewa kan.. =.='

    ReplyDelete
  31. betul2..sy pun selalu rasa mcm tu..

    ngan sape2 pun kena hati2.tambah2 sy ni susah nk percayakan org

    ReplyDelete
  32. thanks for the info psl perdagangan manusia tue, anyway ape title cite yg best tue, nnt komen bgtau kat blog saya yea..nak tau.thanks dear. i like the way u story telling u!

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com