BLOG ENCIK SUAMI

Saturday, February 19, 2011

Maaf Tak Dapat Komen...


Maaf kawan-kawan bloggers yang lain~ Komen untuk post sebelum ni saya terpaksa tutup. Tak sangka pulak ramai yang bertanya (takdelah ramai sangat...hehe...), kenapa tak dapat nak komen? Kenapa tak nampak button komen? Maaf sangat-sangat... Bagusnya kamu-kamu ni... :)

Jangan risau, saya rasa saya ok je...

Biasalah, kalau ada yang tak puas hati dengan kita dalam satu-satu group ni, tak boleh terima cara kita dan lain-lain. Cumanya, saya rasa cara dia menegur tu saya tak boleh terima, bertambah dengan saya rasa kecewa dengan diri sendiri; rasa tak layak berada di situ, saya klik button 'Leave group'...

Takpelah, saya nak buat group baru lah!

Ada yang nak join?


Admin: Takde kaitan dengan SB dan KGB


ENTRY CAMBEST SAPE KALI NI? JOM TERJAH!



Kecewa


Istighfar...

Aku alpa...

Kau anggap gurauan?

Kemaafan seakan kuman?




Melangkah pergi...

Selamat tinggal...

Tak mampu dah...

-kecewa, aku liberal?-


*maaf, komen ditutup untuk post ini*



Eh, Ustazah! : Dhuha


Di suatu pagi yang macam mendung-mendung nak hujan...

Nasri: Ustazah, kenapa tiap-tiap pagi saya nampak ustazah keluar gi surau?

Ustazah: Hurm? Tiap-tiap pagi kamu nampak? Kamu intai ustazah ke tiap-tiap pagi?

Nasri: Err...alamak, bukanlah ustazah! Saya memang ter-ter-ter-nampak-lah sebab kelas saya kan letak paling hujung, dekat dengan surau... (cover line)

Ustazah: O...okie-okie, ustazah percaya tu...kamu nak tahu sangat ke?

Nasri: Ye, ustazah...

Ustazah: Okie...tau tak Allah yang bagi rezeki kepada sekalian manusia?

Nasri: Tau, ustazah... Allah Maha Pemberi Rezeki...dalam asmaul husna, nama Allah yang berkaitan adalah ar-Razzaq...

Ustazah: Betul...pandai pun kamu, dah boleh jadi ustaz dah ni..meh ustazah nak cerita cara-cara nak dapatkan rezeki sambil menambah amal...

Nasri: Betul da boleh, ustazah? Wee~~ cepat cer citer~

Ustazah: Ye, ye... Rasulullah s.a.w bagi satu panduan untuk kita murahkan rezeki dan menolak kepapaan, iaitu solat sunat dua rakaat yang kita sebut sebagai Solat Dhuha.

Nasri: O...Solat Dhuha. Macam mana boleh dapat rezeki pulak, ustazah?

Ustazah: Ha...ustazah ada bawak gambar special ni~ Rasulullah s.a.w pernah bersabda..


Nasri: Apa kaitannya pulak dengan sedekah, ustazah?

Ustazah: Cuba Nasri renungkan pulak sabda baginda dalam gambor ni...


Nasri: Wah, banyaknye yang Allah bagi kalau solat sunat Dhuha! DIA Maha Pemurah kan ustazah?

Ustazah: Ye, betul tu..

Nasri: Oh, tapi... kena buat hari-hari ke ustazah?

Ustazah: Solat sunat Dhuha ni sunat yang sangat dituntut, tapi tak diwajibkan buat hari-hari... Macam dalam gambor kata-kata Aisyah r.a ni pulok...



Nasri: O...dah faham dah ustazah! Tak konsisten tak apa, tapi lebih elok kalau kita buat solat sunat Dhuha ni pagi-pagi kan?

Ustazah: Yezza~ Solat sunat Dhuha ni lebih afdal jika dilaksanakan ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya...masa ni lah badan kita memerlukan rehat barang seketika lepas penat bekerja.

Nasri: O...ustazah, ustazah...penat tak jawab soalan saya ni?

Ustazah: Eh, kenapa tanya macam tu?

Nasri: Mesti penat kan, ustazah? Jom kita gi solat sunat Dhuha! Saya nak Allah murahkan rezeki saya jugak!

Ustazah: Hehe...bagus-bagus. Jom lah...esok boleh ajak kawan-kawan lain jugak ye, ajak je Atikah dengan Ismail tu...:D


ENTRY CAMBEST SAPE KALI NI? JOM TERJAH!




FF Kena Hack!


Huh! Baru kejap tadi saya gembira dia jatuh hati! Tiba-tiba dapat berita sedih...

Blog FF kene hack! Sape yang buat? Adehh... Bahayanya macam ni. Kesian lak kat dia. Hadoi... Macam-macam lah dunia blog ni... Takleh nak tengok dunia blog aman damai? Huhu...

Ade sape-sape tau macam mana nak setelkan masalah hackers ni?

Cuba jenguk blog FF kat SINI. Agak seram sikit...

*tadi la...sekarang dah, ok...alhamdulillah..;)

Siyes kalut semua orang tengok page FF jadik gitu. Hoho~ nak printscreen takleh! Dah dia terer hack, mesti tak bagi printscreen punye~ FF kate mungkin sebab isu-isu Mesir banyak sangat dalam tu...erk!

Hurm... agak-agak, kalau blog ni kena hack, cane lak ye...T_T


ENTRY CAMBEST KALI NI TAKDE...

entah, butang print screen tak dapat guna lak...adakah angkara hackers tadi? -_-"




Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.