BLOG ENCIK SUAMI

Saturday, March 5, 2011

Cinta Alam Maya?


'Aku tersentak. Bukan aku pinta. Tapi suara-suara sindiran menghantuiku. Apa salahnya aku bertemu jodoh di alam maya? Ramai yang bahagia bercinta di alam maya dan akhirnya ke jinjang pelamin. Sekarang anak dah dua. Masih bahagia. Bukan aku yang minta untuk jatuh cinta melalui alam maya.

Panjang lamunan Sunah. Dia begitu kecewa dengan teman-teman sekerja. Mereka bukan memerli. Tapi pertanyaan mereka membuatkan Sunah kecewa dengan diri sendiri. Pelik dengan dirinya. Kenapa dia boleh jatuh cinta melalui alam maya. Air milo ais dihirup laju. Hatinya membara. Panas bahang terasa. Lantas dia tersedak.

"Uhuk...uhuk...malang betul!" rungut Sunah. Dia sudah bermandikan air milo.

"Eh cik tak apa-apa?" Lelaki sebelah menghulurkan sapu tangan yang diambil dari poket seluar. Lelaki itu kelihatan risau. Sunah malu. Tunduk diam seribu bahasa.' Sambung kat SINI.


Pandai dia wat...salute lah blogger ni! Dari dulu lagi, kalau jalan kat blog dia, then nampak entry cerita, terus nak baca sampai habis. Dah dua kali saya berlakon dalam cerita dia. Yang first dulu berlakon dengan Niq kat SINI. Terima kasih Miss Ran sebab amek saya berlakon~ ;)


ENTRI CAMBEST SAPE KALI NI? JOM TERJAH!




CERITA KREATIF AKU PASAL BEN ASHAARI !


Sapekah dia ni? Macam mana boleh kenal dia dan blognya ni? Hurm...

Alkisah bermula...

Pada suatu hari, saya berjalan-jalan dalam dunia blog. Tiba-tiba saya terjumpa blog Cik Qila. Dan nampak gambor di bawah...sila klik.


Saya join, kemudian saya selalu ikut perkembangan blog dia...sampai lah satu hari tu...saya pelik tengok banner kat bawah ni dalam entry Cik Qila...


Kenapekah header mamat ketul-ketul ni ada dalam entry Cik Qila? Saya pun klik la kan...kamu semua dipersilakan klik jugak header kat atas ye...:D

Rupa-rupanya ada segmen... Masa tu, saya tak kenal dia, entah... Tak teruja pun bila tengok blog dia. Tapi lebih teruja nak join segmen dia kat SINI, SINI, SINI, SINI....err..banyak la pulak nak paste.  Klik NI je lah kalau nak tengok. Rupa-rupanya banyak jugak segmen dia yang saya join, ye~  Paling best bila dapat yang ni...meh tengok gambar ni pulak...


Hehehe...dari sinilah mula rapat dengan Ina the mucuk girl! Jangan jeles, ok~ Tak sia-sia pun join segmen-segmen dia ni, dapat ramai kawan lagik. Sebab tu lah sejak dari header dia macam kat atas tu....sampailah header dia bertukar jadi macam kat bawah ni....


...saya still bersama blog dia~ Bukan sebab segmen semata-mata. Tapi, blog dia antara blog yang kalau dia post entry panjang-panjang pun saya tetap akan baca dari awal sampai habis. Sebab ape? Isi kat dalam entry dia padat, kalau terlepas sikit, rugi wooo... (setakat ni, paling kejam pernah saya buat adalah mengomen "nantilah saya baca...hahaha~" pada entry terbaru Zack Zuhairi...-_-" ampun...nanti saya baca la...adesss...)

Zack: Ape jek yang best sangat kat blog dia tu sampai lu postpone nak baca blog gua?

Saya: Ade macam-macam...paling banyak adalah tips, tips, tips untuk berblog...selebihnya adalah luahan hati dia...eh! Bukan, bukan...dia suka kongsi pengalaman dia sebagai blogger, kadang-kadang kupas isu semasa, kadang-kadang bermadah pujangga, bla, bla, bla... (borak dengan Zack sampai dia bagi lampu hijau untuk postpone baca entry terbaru tu...)

Selain de blog ni, dia jugak ade Santai Ben Ashaari dan Kelab Blogger Ben Ashaari.


Kalau kamu-kamu nak ping entry terbaru, sila-silalah berkunjung ke pages kat atas ni ye. Percuma jek. Eh, nape rasa macam jadi promoter lak ni? Ekeke~ Actually saya buat entry ni sebab...meh tengok gambo kat bawah ni...


Kamu-kamu tak nak ke masuk bloglist enchek Ben?

Kalau nak, klik la gambo kat atas tu ye...


P/S: Perbualan dengan Zack hanyalah ilusi semata-mata. Hanya ilusi yang dapat menyatukan langit dan bumi...



MELUR JELITA DATANG…JENG JENG JENG!


Kak Melur Jelita jemput join segmen dia yang jelita~


Dia nak gegar-gegar blog Jelitawans dan Mr Jelitawans semua~

Syarat-syarat untuk join boleh klik SINI.

Tarikh tutup: 15 Mac 2011




Kenapa Saya Tak Letak Gambar?


Hurm...bukanlah isu panas, tapi memang nak menjelaskan dari dulu. Belek blog Enchek Ben dan Puteri Katek pagi tadi, tergerak hati nak meneruskan penjelasan yang terbuku lama.

Kenapa saya tak letak gambar saya yang betul? Kat profile pic pun sekadar bayang samar-samar di sebalik pohon sakura. Kalau de segmen atau contest yang nak kena letak pic sendiri pun bila kawan-kawan tag, saya minta maaf sebab tak dapat menyahut tag itu ye sayang-sayang semua...kalau join pun, saya letak gambar masa budak atau bayi lagi...dan ya, tentulah saya comel masa tu!

Bukan saya nak 'berlagak', kot-kot ade yang cakap "eleh, macam hensem sangat jek tak letak pic sendiri...", tapi atas dasar keselamatan, saya tak letak pic saya sendiri. Walaupun hakikatnya sebelum-sebelum ni, entry-entry saya yang zaman tok kadok, memang ada gambar saya kalau kamu-kamu rajin godek...(sure tak rajin punye...hehe...) Biarlah yang lama tu. Sebelum ni saya pernah tukar pic saya di FB sekejap, dan perkara yang ditakuti itu berlaku, terus saya tukar balik ke pic bunga sakura...-_-" Kenapa sakura? Sila klik.

Sedihnya...memang sedih sebab tak dapat nak perkenalkan diri saya, tapi saya rasa itu yang terbaik. Mungkin boleh cari gambar saya di blog-blog lain...tapi di blog sendiri takpe lah...huhuhu. Nanti pun insya'Allah ada gathering dengan bloggers UTM. Saya berdebar gak...cane eh...aih...gathering kat Sedenak pulak? Hurm...

Moga satu masa nanti, blog ini cukup selamat untuk saya memperkenalkan diri sendiri...

P/S: Sesungguhnya internet sangat lembap...-_-"


ENTRI CAMBEST TAK DAPAT DIKESAN



Special Review: Ady Budika


Terima kasih, terima kasih, terima kasih tuan blog Ady Budika...eh, macam ayat yang sama untuk Shahazrin.com hari tu...:D

Abang Ady da review blog saya semalam di SINI. Screenshot dia lak kat bawah ni...


Disebabkan cukup ringkas, maka baca kat sini je lah, tak payah gi sana! Hahaha! Jahatnye... Erm, meh nak review blog beliau pulak~ Jeng jeng jeng...


Mesti kamu-kamu semua da bosan tengok header ni asyik dipamerkan kat blog ni kan, kan, kan? (cakaplah tak! :D) Erm...header pun bermaksud mendalam...tapi saya masih tak jelas lagi maksud mendalam tu. Boleh abang terangkan tak? Ohooo~hoi~

Blog abang Ady ni antara blog yang wajib saya jenguk hari-hari. Blog yang simple, ringan dan tak banyak widget. Kalau tengok kat button LIKE tu, da 251 orang suka blog abang Ady termasuk saya. Kan saya dah cakap saya jatuh cinta dengan Ady Budika! Tak percaya lagi? Hish...

Erm, pageviews da mencapai 28245 masa saya tengok tadi, blog abang Ady ni sangat dikenali oleh readers Che Mat dan Enchek Ben, depa pun selalu promote blog dia, dia pun selalu promote blog depa...mutualisme diamalkan di situ~ good, good~ Followers da mencapai 581, insya'Allah saya percaya akan naik lagi tu...:)

Saya paling suka bila abang Ady post entry yang puisi-puisi muhasabah, memang tersentuh hati dan menginsafkan. Sebab tu lah dia dapat netbook percuma dari boss dia. Sebab boss dia pun kata abang Ady pandai menulis. :) Tahniah ye abang~

Cuma satu je, kalau boleh, abang bagi justify ye entry, insya'Allah akan nampak lebih kemas~ :)

Erm, okie lah~ tak nak lebih-lebih, kang tak tido malam dia sebab kembang hati kena puji...:p Kamu-kamu gi la janguk blog dia, ok?

P/S: Nak cilok ayat abang Ady sat..."Dalam berjuta bintang yang berkelip, akan yakin satu hari nanti salah satu bintang itu akan jadi milik aku..." nice~



Blog Review: Mas Ahmad Safwan


Blog bertuah yang bakal direview adalah blog pemilik header canggih the manggis ni~ (Hari tu da review, tapi kene rejek! :p So, ni review betul-betul punye...)


Blog Mas bertemakan pink, memang berani! Mas seorang blogger lelaki, tapi amek tema pink kat blog dia~ (walaupun dia kata..."hahaha , blog mas nie PURPLE yer, bukan PINK, tolong faham istilah tue, mas bukan AWWW~") Salute lah! :D
Blog Mas baru berusia 3 minggu lebih katanya, tapi saya tengok blog dia sangat canggih the manggis. Belajar photoshop sejak dua tahun lebih yang lalu, template tu, CEO DSB, Myung, kata dia buat sendiri. Paling suka tengok thumbnails FB, Twitter dan lain-lain kat tepi sebelah kiri tu. Mas jugak ada buat tempahan header, dan beberapa tutorial untuk blog. Kira otai jugak lah ni sebenarnye...hehehe.

Cuma, kalau boleh, Mas justifykan setiap entry bagi nampak kemas, ok? Sebab blog da cantik, kalau entry justify, insya'Allah nampak lebih kemas. :)

Itu saje yang mampu saya review...lebih-lebih kang ade yang jeles pulak. Ops!

Err...Mas jugak ade buat JOM terjah Bloglist Mas, ape lagi...join la!


P/S: Mas, cantiklah banner yang Mas buatkan~ nak! Hahaha~




GATHERING BLOGGERS UTM


Nanad kata, kena buat entry ni untuk join Gathering Bloggers UTM, eh salah!
Untuk kenal sape bloggers UTM yang kunun-kunun hyperaktif...

Sila klik imej untuk maklumat lanjut

| Sunah Mohammad | 23 |

| Tasik Ilmu |

| SAYA RASA BLOGGER UTM ada ramai lagi yang saya tak kenal, jadi jom jumpa... :D |

TARIKH TUTUP: 13 MAC 2011



Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.