BLOG ENCIK SUAMI

Monday, June 6, 2011

Macam Ni Lah Kita...


Hurmmm...

Macam ni lah kita... Jarang nak baca paper, nak jenguk berita online pun payah, walaupun mengadap laptop berinternet hari-hari. Kata blogger, tapi berita terkini tu payah benar nak amek tau. Ada tu sampai hangit dah berita, baru sampai depan mata dia. Sebab sebelum ni sibuk blogwalking ajeee...

Ehhhh, jangan salahkan blogwalking pulak!

Haa... Nape tak boleh? Sebab sekarang ni kat blog pun ada berita! Malah sebarannya lagi cepat! Cuma kena pandai-pandailah pilih blog mana. Dah makin banyak blog yang bernichekan sebaran maklumat sekarang ni. Kalau dulu ada blog Borak Kosong, sekarang dah ada dah yang baru, macam...macam...macam... Macam Ni Lah!



Iyeee... Memang nama blog dia gituuu~ Macam Ni Lah... Macam-macam berita boleh dibaca kat situ. Kalau dah malas nak jenguk online newspaper, atau malas nak kuar beli paper kat gerai mamak, bolehlah jenguk blog tu, ok?

Macam-macam ada... Hehehe..


Musuh atau Sahabat, Mana Pilihan Kamu?


Friends by ~lieveheersbeestje on deviantART

Siapa sangka?

Dua insan yang dulunya pernah berselisih faham, kini menjadi teman yang baik antara satu sama lain.

Bila mengimbas masa lalu, dan merenung masa yang sedang dilalui sekarang, alhamdulillah... Allah mengatur semuanya dengan cukup indah. Ya, dulu mungkin dua orang sahabat tersebut pernah mengguris hati masing-masing. Hingga menyentuh hati-hati sahabat yang lain di sekeliling mereka. Dan hati-hati yang tidak sepatutnya diusik turut terluka.

Ketika itu tentunya syaitan sangat gembira. Berhasil memecah-belahkan umat akhir zaman. Bertepuk sorak makhluk Allah yang satu itu bila manusia mula lalai dan terlupa dengan janji syaitan kepada Allah di depan Adam. Bahawa ia tidak akan berhenti mengganggu manusia sehingga kiamat.

Bila mula terbentuk bibit pergaduhan, cepat-cepatlah sedar dan istighfar. Jangan diturutkan godaan nafsu yang membuahkan amarah. Ingatkan diri dan sahabat, bahawa syaitan sedang ketawa. Syaitan itu musuh manusia, tidak patut untuk kita turuti kehendaknya, melainkan kehendak Allah yang wajib kita patuhi.

Terima kasih sahabat... Sesungguhnya diri ini bersyukur mengenali kamu... Dan kisah yang lalu itu benar-benar mengusik hati ini kala ini, membuatkan diri tertanya-tanya, bagaimana kita boleh jadi sebaik ini antara satu sama lain...

Semuanya dalam kekuasaan Dia... kan CA Nadh... :)


JOM TUKAR SUKA SAMA SUKA LINK BLOG


Jom tukar jom!

Nak tukar link? Ada syarat-syarat dia...
  • Janji kamu-kamu rajin update~
  • Link kamu akan saya letak kat widget Kawan Baru Suka Sama Suka tuu...
  • Bloglist ni untuk tempoh dua bulan sahaja~

Berminat? Sila komen SAYA BERMINAT MENUKAR LINK BERSAMA ANDA kat bawah...
Kalo saya respon kat blog kamu, maksudnya on la tuu...


Saya Tak Reti Nak Tambah Bilangan Share Entri


Dasat wooo~~~

Baru je up entri, dalam masa 5 minit, bilangan share di FB dah jadi 20 lebih. Ade jugak yang sampai 50 lebih!!! Cepatnyeee~~~

Bilangan share untuk entri tadi. Cer cek sekarang, da jadi berapa...

Haa, ada yang tertanya-tanya... Macam mana dia boleh bagi cepat sangat macam tu??? Macam mana dia bagi pembaca tertarik nak share??? Padahal entri cikai je kot~ Hoh??? Sape kata entri cikai tu, meh sini nak tarik tinga!

Ekceli, jumlah bilangan share tu bergantung kepada kamu sendiri sebagai blogger yang empunya entri tu! Haa... Macam mana tuu? Macam ni, lepas je kamu update entri, gi la ping kat group-group blogger yang kamu join. Bilangan share akan meningkat selari dengan bilangan group yang kamu dah ping. So, kalau kamu join 20 group blogger, share akan jadi 20. Kalau join 50, share jadi 50... Bayangkan yang share sampai 400 lebih macam blog NI. Hehehe...

Turut menyumbang kepada bilangan share adalah TAG di FB. Dulu, pernah beberapa kali bilangan share menjangkau 100 lebih. Sebab ape? Sebab komen kat post entri yang di'ping' tu sambil mengetag page tulisan biru-biru. Haaa, ingat mengarut je ke page tulisan biru-biru ni? Ada kelebihan kat situ tauuuu~ Kami dulu suka buat gadoh-gadoh manja guna page tu. Lepas tu terkejut tengok share sampai 100 lebih. Mula-mula tu pelik, lepas tu da buat kajian sikit, maka dah terbukti lah ape benda yang menyumbang kepada bilangan share tu.

Ade jugak sesetengah fan page blogger yang buat autoping untuk kawan-kawan diorang. Macam page Kirin Selama Perak [dot] Com, owner page ni bermurah hati untuk buat autoping setiap kali entri terbaru di blog saya keluar. Terima kasih kepada Kirin. Selain dari tu, bilangan like pun menyumbang jugak. Sebab bila pembaca like, automatik dia share kat FB dia entri kita. Jadi, buatlah entri yang disukai pembaca, nanti diorang like banyak-banyak.

Kepada semua yang menyumbang kepada bilangan share, terima kasih diucapkan. Sayang awak lebeyyy~~~ ^_^


Rasa Ini Tidak Akan Berakhir...


It won't End.. by *pacificdreams on deviantART

The time is ticking
The sweet moments keep passing by
But deep down there
At the bottom of the heart
It won't end...


P/S: Do vote for Mat Gebu and Ben Ashaari

Thanks~ :)


Sunah Sakura Pembuli???


Ape dia???

Biar betul? Tak percayalahhhh~~~

Erkkk! Errr... Ekceli betul kot. Nakal sungguh dulu-dulu. Siyes! Macam dalam entri Katek ni. Teringat zaman pembulian blogger dulu-dulu bila baca entri Katek tu. Hahaha~ Meh nak kongsi blogger yang kena buli paling kawwww masa aktif kat group Sahabat Blogger dulu~

Mangsa buli 1: Nasri Zakwan

Siapa dia? Tak ramai yang kenal kot. Sebab dulu je dia aktif, sekarang dah bizi bekerja. Masa tu, dia baru je masuk Sahabat Blogger (SB). Dia tak tau macam mana nak komen. Tambahan pulak masa tu masa Mark memblock orang-orang yang kuat mengomen (dikira spammer). Jadi, kitorang ingat dia da kena block. Rupanya dia baru belajar nak bergroup. Hehehe... Awal-awal dulu memang ramai yang tak tau camne nak post dan komen kat group. Kan baru lagi masa tuuu... Then, kitorang pun ajar la, just tekan 'Enter'. Haa...dah lepas dah. Tapiiii...dia nak yang lagi advance lah pulakkk... Bila nampak saya boleh buat new line kat komen, dia pun nak jugak!!! Hahaha~

Masa tu, memang tak ramai yang tau cane nak buat new line... Sebab bila kita tekan enter je konon-konon nak new line, terus terkomen kan??? Hehehe... Saya pun jumpa secara tak sengaja cara tu. Habis dia kena buli sebab nak dapatkan cara tu, sampai ugut nak leave group. Erkkk! Saya pulak siap buat entri tutorial untuk enter new line kat komen SB. Hahaha~ Ouhhh, kejamnya dulu... T_T Tapi, lepas tu dia jugak jadi anak murid saya... Sampai sekarang... Walaupun dia da tak aktif dah berblog, ade lagi feed dia kat sidebar tu. ^_^

Mangsa buli 1: Resakse Berjanggut

Keh keh keh~ macam mana boleh masuk ngan resakse ni? Masa tu dia baru kuar wad dari operation kaki kiri dia. Tak pernah add dia, sebab segan. Dia cam popular je dalam group SB tu. Ade geng dia sendiri. Hehehe... Sampai lah satu hari tu dia tegur. Buat-buat merajuk sebab tak tag dia. Erkkk! Cane nak tag kalau tak friend lagi kannn. Maka, tiba-tiba ada friend request dari dia. Saya siap printscreen, lepas tu post kat wall SB tu, TAG dia buat kali pertama dengan ayat "wehhh, dak Kyerull L Fresco ni add hanya kerana nak tag je..." Hambekkkk! Kan da kantoi! Hahaha~

Tak cukup dengan tu, Katek pulak ajak bekerjasama dengan dia, dengan misi membuli resakse berjanggut! Wahhhhhhhhh~ Best betul idea tu~ Sebab da lama benti membuli sejak mangsa buli yang pertama dulu (da kene sound maaa, mesti la benti...) So, tiap kali nampak kelibat resakse berjanggut kat SB, tiap kali tu lah dia tak senang duduk kat situ. Pasai pa? Sebab saya, Katek, dan Ina takkan biarkan dia duduk dengan senang-lenang. Kasi panasssss. Hahaha~ Siap buat entri dia datang mengorat okehhh~ Sampai ada orang yang jeles kat dia. Erkkkk! So yang ni pun makin lama makin slow... Huk huk~

So sweet lah bila ingat semua tu. Rindu? Ya! Sungguh! Bukan rindu nak membuli, tapi rindu dengan persahabatan yang terbina dulu. Sangat-sangattttt... Sebab sekarang dah lain... Okeh, rasa nak nangis dah. Stop kat sini.

Rileks arr wehhhh, pembuli mana boleh tacing lebih! Sape takot kena buli, sila undi SINI dengan SINI ye!


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.