BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, July 27, 2011

Antara Dua Jalan... Kamu Pilih!


Gambar dari SINI

Kamu diberi dua jalan...

Pertama, jalan yang sangat lurus, beratap bumbung bagi mengelakkan panas terik matahari, namun di hujungnya berbahang panas tiba-tiba dek bumbung yang dah habis di penghujung jalan. Kamu bakal rasa terbakar.

Kedua, jalan yang berliku-liku tajam, tidak berbumbung kerana masih belum ada pihak yang mulakan langkah untuk memajukannya, tetapi nun dihujung sana ada rumah rehat menanti, dengan penghawa dingin yang akan menyejukkan. Kamu bakal rasa tenang dan damai.

Mana yang akan kamu pilih? Yang mudah tetapi hujungnya sengsara, atau yang sukar tetapi hujungnya bahagia?

Mana-mana jalan yang kita pilih dalam hidup ni, Allah bagi kita hak untuk pilih yang mana, tapi semuanya juga dalam pilihan Allah. Kerana Dia Maha Mengetahui mana yang terbaik untuk hambaNya. Dia bagi petunjuk bila kita mintak petunjuk. Kalau kita tak mampu nak memilih sendiri, Allah anjurkan solat istikharah dan musyawwarah. Solat sunat dua rakaat untuk mohon petunjuk, dan bertanya pada yang 'ilmu untuk meminta pendapat.

Namun... Untuk mencapai bahagia di hujung jalan, bukan kerja mudah! Sedangkan mujahadah pun perlu pada perngorbanan, apatah lagi hidup kita sebagai manusia yang mencari redhaNya di muka bumi...

Wallahu'alam.


Dia Mutiara Bernilai...


Gambar dari SINI

Hari ini mutiara itu semakin menyinar...
Antara butiran kaca dan batu-batu putih...
Kemilaunya menusuk mata...
Nilai gemerlapnya tidak terkata...
Moga ia terus bercahaya...
Biarpun ditelan hingga ke laut dalam...

Salam hari lahir buat along Mutiara Bernilai...

Moga hari-hari yang bersisa akan dimanfaatkan sebaiknya... Ameen...


Copy Paste + Backlink


Copy of Paste by ~ben2ty on deviantART

Masa mula-mula berblog dulu, saya pun macam tu jugak.

Copy paste aje semua entri orang lain masuk blog sendiri. Masa tu tak tahu pun ape istilah backlink. Tak tahu pun copy paste entri orang ni tak elok. Tak pernah terfikir pun orang yang empunya entri tu akan rasa geram, bengang dan kecewa. Lagipun pada masa tu, blogging bukan macam zaman sekarang ni. Blogger belum seramai ni, dan pendedahan tentang dunia blog ni masih kurang. Bahkan, button followers pun belum ada lagi masa tu. Nak tengok blog orang lain melalui profile dia pun tak reti. Jadi, masa tu berblog memang lebih kepada suka-suka dan tatapan peribadi diri sendiri dan teman-teman rapat.

Tapi sekarang ni dunia blog dah tak macam dulu. Dah begitu ramai blogger-blogger otai dan senior yang sangat mahir bab-bab blogging ni. Ade je tips dan nasihat setiap hari kalau kita baca blog-blog diorang. Blogger-blogger baru pun lebih terdedah kepada apa itu blog dan blogging, tak sama macam dulu-dulu. Button followers pun dah ade, malah jadi perhatian setiap kali blogwalking ke blog-blog lain, kan?

Dari segi tips dan nasihat tentang entri blog, bukan tak ada blogger lama yang gitau tentang kes copy paste. Dah banyak bersepah-sepah. Kalau nak copy paste entri orang lain bulat-bulat, wajib lah letak backlink. Sebab ape nak susah-susah letak backlink? Sebagai penghargaan kepada blogger yang dah bertungkus-lumus perah otak nak buat entri tu. Kalau letak gambar dari google or web lain pun kena waspada, kang ade gak yang kene saman ngan SKMM kalo tak amek berat hal backlink ni.

Kepada yang baru tu, selamat datang ke dunia blog. Berbloglah dengan hikmah ye, kamu beruntung sebab melahirkan blog dalam era yang begitu terdedah kepada etika blogging.


Wordless Wednesday #16: 111111... TQ!




Wordless Wednesday #15: Kaki Dia La...



Kaki blogger Zulfikar Hazri - Blog Rasa Hati



Wordless Wednesday #14: Cuba Teka Kaki Sape Ni...?



Jawapannya sudah keluar di Wordless Wednesday #15: Kaki Dia La...


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.