BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, October 4, 2011

Jagalah Pandangan Matamu Yang Bernilai...

Saya hanya perlukan 5.47 minit masa kamu untuk menonton video ini sehingga habis.



Sangat berbeza sekali pandangan seorang yang kufur terhadap seorang ahli ibadah dengan pandangan seorang ahli ibadah terhadap seorang yang kufur.

Kerana yang kufur itu apabila terpandang ahli ibadah, berpaling wajahnya kerana rasa malu pada Allah ta'ala, rasa rendah dan kerdil dirinya yang kurang amalan dan banyak dosa. Lalu terbit rasa bersalah pada Tuhannya atas kealpaan dan kelalaiannya selama ini.

Sedangkan ahli ibadah itu apabila terpandang yang kufur, berpaling wajahnya kerana rasa jijik dan hina sekali melihat pelaku maksiat di hadapannya, tidak semena-mena pandangan itu sebenarnya menghinakan pelaku maksiat itu lebih daripada maksiat yang telah dilakukan olehnya.

Berhati-hatilah dengan pandangan matamu. Kerana dari pandangan matamu itu Allah melihat hatimu. Jagalah sepasang matamu. Kerana matamu itu sangat bernilai (minit 4:15)... Sungguh, sesiapa yang tidak tersentuh di hatinya dengan nilai sepasang mata yang Allah kurniakan ini, mohonlah kepadaNya segala keampunan kerana mungkin saja hatimu sudah begitu lemah oleh maksiat dan dosa. Naudzubillah...

Gambar ehsan Google

"Ya Allah,
kami memohon wahai yang membolak-balikkan hati dan mata
tetapkanlah hati kami dalam agamaMu
wahai yang membolak-balikkan hati dan mata
tetapkanlah hati kami dalam agamaMu
ilhamkanlah kepada kami sedangkan Engkau adalah pemiliknya
dengan kelebihanMu dan kebaikanMu

Ya Allah, sucikanlah hati kami dari kesemua
yang tidak patut dan yang kurang sopan terhadapMu

Ya Allah, peliharalah pandangan kami
daripada pandangan yang Engkau tidak redhai
peliharalah ia dari pandangan yang haram
peliharalah ia dari memandang dunia dengan pandangan kebesaran
peliharalah ia dari memandang salah satu dari ciptaanMu
dengan pandangan kesombongan dan kehinaan

Ya Allah, jadikanlah pandangan kami di dunia
memandang ke arah ketaatan
sehingga dimuliakan kami
memandang wajahMu yang lagi mulia
sehingga dimuliakan kami
melihat Saidina Muhammad s.a.w
sehingga dimuliakan kami
melihat mereka yang benar
dan mereka yang mencintai di sisiMu
yang tergolong dari mereka yang diterimaMu

Ya Allah peliharalah hati kami
sepertimana Engkau memelihara hati-hati orang yang benar
dan jadikanlah kami berdiri di atas jalan-jalan mereka
wahai yang Maha Mulia
dengan kasih sayangMu yang Maha Mengasihani dari yang mengasihi
dan selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad
serta ahli keluarga dan sahabatnya
dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam."

Ameen...


Cara-cara Untuk Menggugurkan Bayi

Klik gambar untuk source

Allah...

Menitis air mata melihat gambar ni...

Kesian bayi tu, tak berdosa pun...

Sampainya hati mereka yang sanggup melakukannya... T_T

Sebagaimana teganya mereka melakukan zina, tentulah tega juga untuk mereka melakukan perbuatan yang lebih terkutuk dari tu. Menambahkan lagi tompok-tompok hitam dalam hati, menimbunkan lagi dosa-dosa yang menggunung tinggi!

"Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang sangat besar." [al-Israa' 17: 31]

"Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar, dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan ahli warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah dia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak)." [Al-Israa' 17: 33]

Yang ini baru pengguguran, belum campur lagi kes pembuangan bayi, dan siri-siri pembunuhan bayi yang lain...hurmmm.


P/S: Jauhilah zina...


Macam Mana Nak Hubungi Saya?

Jangan berfacebook sampai macam ni ye~~~ (klik gambar untuk source)

Sis Munna ada tinggalkan komen kat entri sebelum ni. Macam mana nak hubungi saya, ade FB atau email tak, sebab nak tanya sesuatu tentang blog.

Ermm...kalau tengok kat sidebar tu, bahagian bawah-bawah, ade badge FB saya. Kat fanpage pun saya jenguk-jenguk juga. Klik situ leh, klik kat bawah ni je pun boleh gak.

di Facebook


atau di twitter


Ok?


Kembali

Ya, saya dah kembali.

Kembali kepada header yang lama. Entah, rindu di hati untuk melihat dia berada kat atas semula. Sebelum ni dia ada kat bawah nun kat footer. Still jugak lah ada dalam blog ni sebab sayang. Tapi kali ni dah pindahkan ke atas balik.

Flash header tu pun ade lagi, tapi buh kat atas post ni ha. So, dua-dua ada lagi. ^_^

Sampai bila akan macam ni?

Entah, sampai rasa nak ubah kepada yang lain pulak.

Wallahu'alam.


P/S: So, hari ni cite ape yang best kat blog?


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.