BLOG ENCIK SUAMI

Friday, June 8, 2012

Tiada Yang Lebih Indah...

Kampung Paya, Pokok Sena, Kedah

Kadang-kadang...

Malah, selalunya... Kita merancang untuk sesuatu, dan mengharapkan segalanya mengikut apa yang kita rancangkan. Kita rasa, perancangan kita sudah cukup baik, dengan penuh keyakinan bahawa semuanya akan berlalu dengan baik. Kita minta pada Allah agar dipermudahkan segalanya yang telah kita rancangkan. Moga-moga kelak Allah akan bantu kita dalam rancangan kita.

Namun, tidak semua yang kita rancangkan akan mengikut apa yang kita susun. Mungkin di saat-saat akhir, Allah jadikan sesuatu yang tidak kita jangka-jangka. Yang tidak pernah terlintas dalam fikiran kita, malah tidak pernah termasuk dalam Plan B atau Plan C. Lalu kita menjadi terkedu seketika. Malah mungkin ada yang terus tersadung jatuh tidak mampu untuk bangun lagi.

Bagi mereka yang beriman akan Qada' dan Qadar Allah, seharusnya mereka menjadi hamba yang redha akan segala ketentuanNya. Kerana dari redha itu, barulah akan terlihat keindahan susunan Allah atas apa yang telah kita rancangkan. Bukankah di dalam doa yang dipinta, kita mahu rancangan kita selari dengan rancangan Allah? Maka dengan itulah, Allah mempermudahkan segalanya. Dengan cara yang paling Dia sukai. Subhanallah.

Alhamdulillah. Allah Maha Mengetahui...


P/S: Sudah terlalu banyak peristiwa berlaku dalam seminggu lebih blog tak diupdate. Dari yang banyak itu, Allah memberikan peluang kepada diri untuk berfikir. Alhamdulillah.


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.