BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, January 31, 2013

Air Kencing Kucing Berbahaya?

Rajinnya lah saya nak translate artikel Amanda Flanigan ni.

Padahal ada banyak kerja lain menanti. =.="

Rasa nak berkongsi ilmu pengetahuan tentang kucing ni kat semua pencinta kucing.

Erm, dari dulu lagi sebenarnya, boleh syak bahawa air kencing kucing ni berbahaya. Berbahaya macam mana tu? Meh kita baca apa yang bahayanya kayy?


Kucing adalah haiwan yang comel, penyayang dan ada macam-macam personaliti. Dalam masa yang singkat, daripada menjadi haiwan kesayangan, kucing kemudiannya menjadi sebahagian daripada keluarga pemiliknya. Malangnya, memelihara kucing bermakna berurusan dengan air kencing. Air kencing kucing bukan sahaja tidak menyenangkan; ia juga boleh mewujudkan bahaya kesihatan dengan kedua-dua kesan jangka pendek dan jangka panjang.

Mengapa air kencing kucing tidak elok?

Air kencing kucing mengandungi jumlah ammonia pekat yang menjadi lebih kuat seiring dengan masa. Ammonia adalah sebatian yang diperbuat daripada nitrogen dan hidrogen yang mempunyai bau tajam atau kita panggil "tengik" dan susah untuk dibuang. Biasanya, air kencing kucing tidak berbahaya dalam dos yang kecil. Namun, kuantiti besar air kencing boleh menyebabkan masalah kesihatan bagi mereka yang mengendalikannya. Oleh itu, ammonia dalam air kencing kucing sebenarnya yang menjadikan urin kucing berbahaya.


Kesan Jangka Pendek

Kesan-kesan jangka pendek yang berkaitan dengan air kencing kucing dan ammonia merangkumi dari sakit kepala dan loya sehingga ke pening dan mata berair. Gejala-gejala ini biasanya dihadapi oleh mereka yang menghidap asma atau masalah pernafasan yang lain. Walau bagaimanapun, sesiapa yang menyedut bau air kencing kucing adalah terdedah kepada tanda-tanda ini. Gejala boleh dilihat dalam beberapa minit selepas menyedut bau air kencing kucing. Cara terbaik untuk memulihkan kesan-kesan jangka pendek adalah beredar daripada kawasan air kencing kucing dan menghirup udara segar.


Kesan Jangka Panjang

Kesan-kesan jangka panjang air kencing kucing bukanlah kejadian yang biasa berlaku. Mereka yang sememangnya mempunyai masalah pernafasan dan sentiasa dikelilingi oleh air kencing kucing adalah yang paling mudah terdedah kepada kesan jangka panjang. Biasanya mereka yang bekerja di shelter yang kurang bersih dan pengumpul kucing boleh mengalami kesan jangka panjang. Antaranya adalah muntah-muntah, pening, jangkitan saluran pernafasan, bronkitis, pneumonia, dan sesak nafas. Pendedahan jangka panjang juga boleh merosakkan hati, buah pinggang, paru-paru dan mata.


Pembersihan air kencing kucing

Apabila membersihkan air kencing kucing, jangan sesekali menggunakan peluntur. Mencampurkan peluntur dengan ammonia atau barangan yang mengandungi ammonia akan mewujudkan wasap toksik. Sebaliknya, gunakan pembersih semulajadi dan deodorizer yang akan meneutralkan protein dalam air kencing kucing. Jika air kencing kucing masih baru, letakkan beberapa helai paper towel di atas air kencing dan serap seberapa banyak air kencing yang mungkin. Kemudian, bilas kawasan tersebut dengan air sejuk dan serap cecair yang berlebihan dengan paper towel. Tuang cuka putih di kawasan tersebut. Biarkan cuka mengering sendiri di atas kawasan air kencing kucing. Ulangi proses sehingga bau hilang. Selepas kawasan kering, taburkan baking soda dan biarkan selama beberapa jam. Selepas masa yang diperuntukkan, vakum baking soda. Baking soda ini membantu mengeluarkan apa-apa bau yang berpanjangan.


So, lepas ni...semua peminat kucing, pastikan kamu-kamu menguruskan air kencing kucing dengan sebaiknya, ok? ;)


Gambar: Google kecuali Tinny dan anak-anak.

13 comments:

Anum said...

comelnya

aDisH.sHidA said...

agak merbahaya bagi orang mcm akak...huhuhu


eh baking soda tu yang guna dlm masakan ke..

Sunah Sakura said...

@Anum

kan kan kan!

Sunah Sakura said...

@aDisH.sHidA

aha...ye la kot kak...baking soda yang tu la kan...

aReTikZ said...

memang bau ammonia bikin sakit hidung.. huhu..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

nasib baik kucing akak dah pandai kencing kat tanah... tapi masa dia belum pandai dulu nak pengsan jugaklah.. hehe

Mas Zull said...

assalamualaikum sunah...info yang menarik ni...:)

♛ Dea Arematt ♛ said...

Duhal... Huhu

Rozuan Ismail said...

TQ kak sunah atau infonya. banyak jugak keburukan air kencing diorang ni. nasib baik dah lama tak pelihara kucing

Khairul said...

Tak payah "pero" kucim laa senang...
jgn cari penyakit ^_^

Cik Nuries said...

nice info. :)thanskss

Cik_Shiqah said...

kucing saya, saya train kencing n buang air bsr kat dlm toilet tray.. so bau pun kurang dan risiko pun kurg jge. Cuma kena guna pasir kucing yg spesel skit lah.. bau lavender lg, hahaha :D

setiaone01 said...

Asalamu'alaikum,,coba bikin toilet khusus buat kucing :D

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.