Saya terharu membacanya. Saya boleh rasa entri itu sampai menusuk ke dalam hati saya. Memang benar seperti yang dikata. Saya boleh rasakannya.

Saya nampak dia dalam entry Enchek Ben tidak lama dulu. Saya komen di situ.

Saya nampak dia dalam Sahabat Blogger (SB) di Facebook. Saya teruja dan saya komen di situ.

Saya nampak link dia, saya baca dan saya suka. Saya komen di situ.

Saya pernah bagitahu sesuatu pada dia. Dan sekarang saya mahu berkongsi dengan anda tentang sesuatu itu.

Dia adalah antara mereka yang terawal memperkenalkan saya kepada istilah 'blogwalking'. Ketika itu saya membuka blog yang sudah begitu lama bersawang. Saya nampak dia dengan kata-kata 'b l o g w a l k i n g' di chatbox saya...Saya memang tak faham. Saya tak tahu apa maksud istilah itu. Saya tak jejak balik, saya reply di chatbox saya sendiri. Kerana saya tidak tahu.

Semakin lama, semakin ramai yang guna perkataan itu. Semakin lama, semakin banyak benda baru yang saya nampak dalam dunia blog. Blog bukan sekadar diari peribadi atau tempat mengarang kisah sepanjang 5 muka surat, tetapi dunia blog ada macam-macam perkara. Saya sudah menjadi sebahagian dari mereka? Sudah jadi yang biasa-biasa? Saya tidak kisah kamu-kamu nak cakap apa. Kerana saya ada matlamat saya sendiri dalam berblog. Dan saya akan capai matlamat itu dengan sokongan sahabat-sahabat saya, terima kasih untuk mereka.

Hari ini, saya nampak dia lagi. Saya kagum dengan dia. Terima kasih kepada dia yang menjadi antara pemula kepada saya yang sekarang ini. Moga Allah memberikan dia balasan yang setimpal dengan apa yang dia usahakan.

Siapa dia?

Dia Kak Anastasyea....kamu tentu kenal.

Terima kasih kak untuk ini!

Entri yang dimaksudkan adalah yang terpilih menjadi ENTRI CAMBEST di bawah.


ENTRI CAMBEST SIAPA KALI NI? JOM TERJAH!