صَـلَّى اللهُ عَـلَى مُحَمَّد صَـلَّى اللهُ عَـلَيْهِ وَسَـلَّم

Tadi jalan-jalan kat dunia blog, baca-baca entri hangat hari ni tentang Maulidur Rasul. Satu blog ni menarik perhatian saya bila nampak nama saya disebut beberapa kali dalam tu. Mula-mula macam terkejut-terkejut sikit, then teruskan membaca sebab benda yang dikupas sangat menarik..meh baca sikit..

  • Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru diambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
  • Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, baginda makan dan sebaliknya baginda tinggalkan - Bukhari.
  • Tika Nabi tidur, baginda membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas lalu meniup tapak tangan serta menyapu ke seluruh tubuh (mohon perlindunganNya) - Bukhari.
  • Apabila Nabi bersin, baginda letakkan tangan atau pakaiannya di mulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud.
  • Nabi tidak pernah menolak hadiah - Bukhari.

Selebihnya rujuk blog Yuyu Zulaikha...

Hehe...bukan lah saya yang dimaksudkan, tetapi Sunnah baginda Rasulullah s.a.w... Sunnah Muhammad s.a.w merangkumi segala tingkah laku, pertuturan dan gaya hidup seharian baginda yang sunat untuk kita ikuti. Kalau sunat, maksudnya bila buat dapat pahala~ :) Tinggal tak berdosa...;)

Alhamdulillah, terima kasih kepada parents saya yang bagi nama ni...:)

KLIK ENTRI PROMOSI