Pernah saya tanya PCM satu ketika dulu.

Masa tu dia ada poblem sikit dengan satu web ni pasal iframe. Tapi da ok dah hal tu. Cuma saya je yang masih blur tentang cara iframe ni kaut trafik. Yang saya tahu masa tu, sape guna iframe, trafik dia akan naik beribu riban. Macam mana? Saya pun tak pasti...

Yang saya tahu, kat gengblogger tu ramai je guna iframe untuk jadikan post diorang top kat atas. Sebab dia sendiri mengaku dia guna iframe. Nak test katanya. Tapi saya masih tak tahu, macam mana caranya dia kaut trafik. Adehhh... Teringin gak nak tau masa tu, tapi sebab buta sikit bab-bab ni, maka diabaikan saje lahhh...

Sampai lah tadi... Izamir Ridzwan kembali mengupdate blog! Dia keluarkan isu tentang blogger yang menggunakan iframe untuk kaut trafik. Perghhh! Hebat gak iframe ni yeee... Baru faham kat situ macam mana nak dapatkan trafik melalui iframe.

Nak tau lebih, sila rujuk entri IR yang INI dan entri kak Aidanatasyea yang INI. Ustaz Fakhrul pun ada tulis kat SINI.

Kalo pandangan saya pulak, tak perlulah guna iframe kalo nak jadi Top Blogger... Tak best dan tak mencabar langsung... Usaha sendiri perlahan-lahan, yang tu lebih baik... :)