you can't put a time, on love. by *escaped-emotions on deviantART

Hari ni pun mengantuk jugak (bukan NANTOK yeee).

Tidur lewat lagi. Membaca, membaca, dan membaca. Tapi masih kurang faham dan tak dapat nak fokus sangat. Awal pagi dapat mesej pulak tentang aktiviti lain yang perlu dilangsaikan segera. Kepala bertambah berat. Berdenyut-denyut. Teringat lagi perjumpaan seterusnya dengan team penulis. Yang itu pun belum setel. Bila followup, katanya maklumat belum diperolehi lagi.

Banyaknya amanah bertimpa-timpa. Benarlah kata as-Syahid Imam Hassan al-Banna, sesungguhnya tanggungjawab kamu lebih banyak dari masa yang kamu ada.

Kita ada 24 jam sehari. Semua orang sama. Tak ada yang diberi kelebihan lebih sejam, mahupun 12 jam. Semua orang akan melalui tempoh masa yang sama, cuma tanggungjawab yang mungkin tidak sama banyaknya. Biarpun tidak ada yang mendapat kelebihan masa dari orang lain, namun Allah bagi kelebihan kepada yang bertanggungjawab untuk membahagikan masanya dengan betul.

Jika banyak tanggungjawabnya untuk dilaksanakan, biar lebih banyak dari orang lain sekalipun, kalau dia pandai membahagikan masa dan berdisiplin terhadap diri sendiri, insya'Allah semuanya akan tersusun dengan kemas, tak akan ada rungutan tentang kerja bertimbun dan tak akan ada jugak ayat "tak ada masa!"

Muhasabah diri sendiri. Berusahalah Sunah Sakura!