Ticker

6/recent/ticker-posts

24 Jam Sehari, Masih Tak Ada Masa!


you can't put a time, on love. by *escaped-emotions on deviantART

Hari ni pun mengantuk jugak (bukan NANTOK yeee).

Tidur lewat lagi. Membaca, membaca, dan membaca. Tapi masih kurang faham dan tak dapat nak fokus sangat. Awal pagi dapat mesej pulak tentang aktiviti lain yang perlu dilangsaikan segera. Kepala bertambah berat. Berdenyut-denyut. Teringat lagi perjumpaan seterusnya dengan team penulis. Yang itu pun belum setel. Bila followup, katanya maklumat belum diperolehi lagi.

Banyaknya amanah bertimpa-timpa. Benarlah kata as-Syahid Imam Hassan al-Banna, sesungguhnya tanggungjawab kamu lebih banyak dari masa yang kamu ada.

Kita ada 24 jam sehari. Semua orang sama. Tak ada yang diberi kelebihan lebih sejam, mahupun 12 jam. Semua orang akan melalui tempoh masa yang sama, cuma tanggungjawab yang mungkin tidak sama banyaknya. Biarpun tidak ada yang mendapat kelebihan masa dari orang lain, namun Allah bagi kelebihan kepada yang bertanggungjawab untuk membahagikan masanya dengan betul.

Jika banyak tanggungjawabnya untuk dilaksanakan, biar lebih banyak dari orang lain sekalipun, kalau dia pandai membahagikan masa dan berdisiplin terhadap diri sendiri, insya'Allah semuanya akan tersusun dengan kemas, tak akan ada rungutan tentang kerja bertimbun dan tak akan ada jugak ayat "tak ada masa!"

Muhasabah diri sendiri. Berusahalah Sunah Sakura!

Post a Comment

29 Comments

  1. ganbate kak sunah.moga dipermudahkan semuanya..ehe

    ReplyDelete
  2. Betul tuh, sy setuju... janji pndai bahagikan masa..=)

    ReplyDelete
  3. kalau difikirkan balik...dari kecik smpai ke bsr sntiasa xda masa...alasan je kan....hihi =)

    ReplyDelete
  4. nak nantok gak!kikiki

    fightooo-oohh akak!

    ReplyDelete
  5. bila jadi 26 jam.. still ckp x ckup masa jugak.. tambah lg 2 jam..still x ckp..bila nak ckp pon tak tahu.. hehehehe.. sesaat pon dah berharga kan.. :)

    Cik Bambam dah bertukar domain

    ReplyDelete
  6. all the best kak sakura..macam best lah panggil kak sakura, boleh x panggil kak sakura..hehehe

    selamat berpuasa kak sakura..

    ReplyDelete
  7. moga dapat laksanakan tanggungjawab dgn baik.gnakan masa spnuhnya..:)

    ReplyDelete
  8. kan kan kan... 24 jam slalu rase xcukup sdgkn kite sndiri yg xpndai manage mase tu..-.-'

    ReplyDelete
  9. selamat berusaha ditambah keberkatan Ramadhan..huhu

    ReplyDelete
  10. berusahaalaahhhhhh sunah!!!
    ganbatee!!
    aja aja fighting!!!!!
    u can do it!!!

    ReplyDelete
  11. kna pandai bagikan masa, :D
    gud luck adik sunah :D

    ReplyDelete
  12. semangat kak..setiap perkara itu ade hikmahnya.

    saye nak 25 jam sehari la...nak study je..hahaha

    ReplyDelete
  13. sy rasa mcm masa sy sentiasa cukup jer..hihi masa lapang...
    nti2 bila dah sibuk mesti teringat saat2 indah waktu bermasa lapang :)

    ReplyDelete
  14. alwajibat aksaru minal aukhat.. betul tu kak sunah.. moga dimudahkan kerja.

    ReplyDelete
  15. time management itu penting samada kita sebagai hamba Allah, ibubapa, anak,peljar, pekerja dsb. semoga dipermudahkan urusan ya sunah sakura.

    ReplyDelete
  16. akak pun terkejar2 masa sekarang ni..kadang2 rasa tak yah tidur lagi baik..tapi kang pengsan pulak...heheheh

    ReplyDelete
  17. ermmm akak2..bizi sgt eh

    tp buka puasa jgn lupe k

    ReplyDelete
  18. akak selalu rasa tak cukup masa..munkin tak diisi ngan perkara yg boleh membawa keberkatan masa kot huhu

    ReplyDelete
  19. semoga segala urusan dipermudahkan...
    Amin...

    ReplyDelete
  20. memang ade orang yang tak cukup dengan 24 jam sehari kalau 12 jam sudah diisi dengan tidur..hihi

    ReplyDelete
  21. bahagilah masa sebaiknya...
    insyallah, pasti cukup!

    ReplyDelete
  22. gOod luck~ insyaAllah akan baik2 semuanya...

    ReplyDelete
  23. "Al-waktu kassaif..fa illam taqto'hu fa innahu yaqto'aka"
    Masa itu ibarat pedang, sekiranya kamu tidak memotongnya(mendahuluinya) nescaya ia akan memotong kamu

    zrraaaappp!atoi sakit kan kalau bayangkan pedang tu menghiris kita..jadi ayuh kita mendahului masa!(nasihat utk diri sendiri gak ni..huhu)

    ReplyDelete
  24. kalau bagi 82jam sehari pun, blum tentu cukup jugak... kita harus manfaatkan masa yg sedia ada.. =)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com