Ticker

6/recent/ticker-posts

Jom Mandi~~~

Sape tak mandi lagi tu haaa?

Ish ish ish. Tau tak, mandi ni ada banyak kelebihan dia? Meh baca meh~

Gambar dari cahayacinta.com

  • Mandi boleh mengurangkan atau mengelakkan tekanan dan membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh badan.
  • Dengan merendamkan kaki ke dalam air panas selama beberapa minit, ia dapat membantu menyembuhkan pelbagai penyakit atau masalah yang mengganggu kesihatan diri antaranya seperti sakit kepala, selsema, hidung berdarah, sembelit dan kekurangan tidur.
  • Mandi air panas pada suhu sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius pula akan membuka ruang yang dapat mengeluarkan toksin, menurunkan paras gula, memelihara usus besar serta menyembuhkan masalah sakit otot.
  • Menurut kajian saintis dari Jepun pula, apabila berendam di dalam air panas selama 10 minit, ia boleh memperbaiki tahap kesihatan jantung terutama kepada golongan lelaki.
  • Kajian dilakukan oleh New England Journal of Medicine mendapati dengan berendam selama 30 minit dalam air suam amat baik untuk penghidap kencing manis. Amalan ini dapat menurunkan paras gula dalam darah sebanyak 13 peratus.
  • Mandi air sejuk pun ada kelebihannya. Ia berfaedah untuk meredakan ketegangan.

Haaa... Nak sihat tak??? Pi mandi sekarang!!!

Sumber: RAPI 15 Mei 2012

Post a Comment

13 Comments

  1. bersedia untuk mandikan baby.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. mandi dlm susu tue boleh jadi putih cam susu tue x? errr errrr

    ReplyDelete
  3. KC suka mandi. Kalau kat rumah, asal nak solat je mandi. Asal nak solat je mandi. satu hari entah brp kali KC mandi-mandi. Hehehe.

    ReplyDelete
  4. oh? ok lepas ni. komfom akan mandiiiiii jeee. hehhe

    ReplyDelete
  5. assalamualaikumsunah...wah !!! bestnya kalau dpt mandi mcm ni kan seronok jer...:)

    ReplyDelete
  6. naik la bil air bulan ni pas baca tips ni :-)

    ReplyDelete
  7. patut la org jepun suka berendam walaupun duk sini tak amalkan pun berendam masa mandi wuwuwu...

    ReplyDelete
  8. salam kak sunah.

    lepas ni mandi byk2 kali dlm sehari. hikhik.

    ReplyDelete
  9. ohhh patutlah bila mengantuk, ubat dia mandi, bagi segar bugar~

    ReplyDelete
  10. kalau tak mandi, melekitnya rasa.. rimas.. hehe..

    tp nk mandi air panas tu berat nang tu.. nk kena jerang air panas lagi..
    untungla sapa ada water heater.. :D

    ReplyDelete
  11. org yg takut sejuk jugak elok mandi air panas.. :D. Baby pun mandi air suam. Kena air sejuk menjerit..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com