Ticker

6/recent/ticker-posts

Trauma

Belajar dari pengalaman.

Kerana kadang-kadang pengalaman itu menghadirkan rasa trauma. Trauma yang menyebabkan kita rasa mahu sentiasa berwaspada. Bimbang pengalaman yang tak diingini berulang lagi untuk ke sekian kalinya.

Pengalaman telefon bimbit dan beg berisi duit dicuri menyebabkan saya kadang-kadang rasa takut tiba-tiba bila berjalan seorang diri membawa beg tangan keluar dari bank. Rasa takut itu lah yang menyebabkan saya lebih berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling.

Entah kenapa-- Bukan. Tanpa perlu dipersoal, takdir Allah menentukan kejadian tu berlaku pada saya dan kawan-kawan lain, tentu saja ada hikmah di sebaliknya. Selalunya benda-benda macam ni berlaku pada kawan-kawan kita, pada orang sekeliling kita. Namun bila musibah macam ni jatuh pada diri sendiri, baru lah rasa apa yang orang lain sebelum ni pernah rasa.

Alhamdulillah, Allah masih lagi terlalu baik pada saya. Bak kata kawan-kawan, bila Allah ambil sesuatu dari kita atau bila kita kehilangan sesuatu, insya'Allah DIA akan gantikan dengan yang lebih baik kerana DIA Maha Mengetahui. Bagi saya, pengalaman ini lah yang lebih baik dari segala-galanya, yang buat saya terfikir tentang banyak perkara.

Alhamdulillah. Terima kasih Allah.


P/S: Nombor saya dah boleh dihubungi. Dah dapatkan semula nombor telefon lama. Cuma, saya dah kehilangan semua nombor telefon kawan-kawan. Mohon yang masih sudi berhubung dengan saya untuk SMS nama masing-masing. Moga Allah permudahkan urusan kamu. Ameen.

Post a Comment

10 Comments

  1. erm la tahzan akak... nt kita mesej no kira kt akak.. tp no akak ada dlm hp lagi satu tue x silap.. huhu

    ReplyDelete
  2. lamanya tak jenguk sini.. apa kabar sunah?

    kalau akak pun trauma, benda yang kita sayang hilang kan?

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum sunah...semua musibah itu pasti ada hikmahnya...:)

    ReplyDelete
  4. sabar ye dik. dugaan dan cabaran tk dtg percuma. tp dgn hikmah di sini sana.

    ReplyDelete
  5. Ada hikmah di sebalik semua yg terjadi. Banyakkan bersabar ye kak Sunah. :)

    ReplyDelete
  6. Scara tak sdr Allah bg peringatan kat kite

    take note!

    ReplyDelete
  7. salam sunah... baru nih saya pon trauma gak... langgar kete orang.. smpai skrg takut nak bwk odessey tuh.. huhu

    ReplyDelete
  8. hurmm.. kalau sy pu mesti trauma..
    ok..nt sy sms no sy k.. ^^

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com