Ticker

6/recent/ticker-posts

Tempat Makan Best di Pulau Belitung, Indonesia

Tempat Makan Best di Pulau Belitung, Indonesia | Saya kembali lagi bersiaran tentang Pulau Belitung. Gituhhh. Dua hari saya senyap kan. Saja je nak bagi uols tertunggu-tunggu dan berteka-teki apa agaknya entri seterusnya. Cewah. Padahal sebenarnya dilanda kesibukan duniawi dan penyakit M tahap 2. Hari ni la tetiba rajin pulak dan ada semangat nak update blog. Dua hari lepas, saya ada share tentang aktiviti island hopping dan snorkeling sepanjang kami kat sana. Kali ni saya nak kongsikan pula tentang makanan-makanan best yang uols kena cuba kalau bercuti ke Pulau Belitung.

Hashtag projek carik makan. Pic: Dikbee

Kalau uols ambil pakej percutian ke Pulau Belitung bersama MTN Getaways, uols jangan risau dah pasal makanan. Sarapan pagi dah selesai kat tempat penginapan, makan tengahari, dan makan malam semua dah termasuk dalam pakej. Uols hanya perlu bawak perut aje untuk makan. Setiap restoran punya menu, didatangkan dengan minuman teh o panas tanpa gula. Ya, itu cara masyarakat Belitung makan nasi. Ada juga yang sertakan air mineral botol kecik aje. Kalau uols nak minum air lain, bolehhh! Bukann tak bolehh uii, tapi kena tambah ongkos extra ya. Contohnya air kelapa dalam Rp.25.000, es jeruk (limau ais) dalam Rp.10.000-11.000.

Raja Seafood Belitung, Tanjung Pandan

Ini restoran pertama yang kami pergi bila sampai saje di Pulau Belitung pada 9 Disember 2018. Kat pulau ni, uols memang akan jumpa banyak restoran seafood sebab dah namanya pulau kan, dikelilingi laut pulak. Bak kata Oty, uols datang Belitung akan bosan makan seafood je. Kat restoran ni, saya suka ikan siakap masak masam manis dia dengan acar buah tu. Orang lain boleh dikatakan tak sentuh langsung acar buah betik, nenas dengan sengkuang tu. Saya duk kunyah-kunyah lagi lepas habis makan. Rasa dia manis-manis masam macam jeruk. Ketam dia boleh lah, cuma kurang fresh sikit. Sis kauu ada alergik kan, cepat aje rasa gatal kalau makan ketam, udang or sotong yang tak berapa fresh. Sup bebola ikan tu, boleh dikatakan hampir semua restoran seafood ada menu tu. Tapi saya memang tak berapa minat sangat fishball. Jadi untunglah kalau duduk semeja dengan saya. Haha.

Pic acar buah tetengah tu: Ainenoneno

Pic: Sis Lin

Resto FEGA, Manggar

Makan tengahari kat restoran ni pada hari kedua. View dia cantik gilossss tepi danau gituh. Tapi sis kauu lupa nak ootd tepi danau sebab da kelam kabut nak ke surau. Makanan kat sini memang superbbb! Saya paling suka ikan bakar tu. Jangan tanya ikan ape, sebab bila tanya diorang pun, diorang tak menjawab soalan. Hahaha. Dia punya sotong goreng tepung pun tak kurang sedapnya! Saya dengan Farah duk teringat-ingat sampai ke esok lusa sotong dia. Fresh uols, rangup-rangup gitu! Oh, ikan yang dalam kuah warna kuning tu diorang panggil masakannya "Gangan". Kalau kita, singgang kuning lerr. Yang tu pun sedap. Pendek kata, restoran ni is one of my favourite kat Belitung.

Semuanya enak-enak di Resto FEGA, Manggar

Warkop Millenium 2000, Manggar

Kami ke sini selepas makan tengahari di resto FEGA. Sekangkang kera aje jaraknya dari FEGA tu. Masa sampai tu perut memang kekenyangan uiii. Tapi Oty cakap kena rasa kopi kat sini. Kalau uols nak tahu, Belitung adalah negeri 1001 warung kopi. Ya, masyarakat Belitung suka minum kopi pagi petang siang malam. Tepi jalan penuh dengan warkop aje. Masa kami ke Warkop Millenium 2000 ni, semua minuman adalah percuma. Makanan aje kena bayar kalau rasa nak makan. Saya order es kopi susu, encik suami order es kopi o Belitung. Ada yang order es coklat. Ya, sedap kopi belitung. Biji-biji serbuk kopi tu siap masih terasa-rasa lagi masa minum. Jangan tak tau, saya beli serbuk kopi o Belitung bawak balik Malaysia.

Es Kopi Coklat Warkop Millenium 2000

Group photo duluan yuk! Pic: Sis Lin

Resto Belitung Timpo Duluk, Tanjung Pandan

Makan malam kami pada hari kedua. Restoran ni letaknya kat atas bukit. Agak besar dan luas, tapi masa kami sampai tu macam kami aje pengunjungnya? Tak nampak pulak pengunjung lain. Mungkin atas sebab kat sini, tatacara makannya ikut adat tradisi lama masyarakat Belitung, iaitu makan berdulang. Istimewanya tradisi ni adalah konsep menghormati yang lebih berusia. Yang muda akan buka tudung saji dan membahagikan pinggan. Yang tua akan mula menceduk nasi, diikuti urutan umur kepada yang paling muda. Begitu juga dengan lauk-pauk. Yang tua didahulukan, barulah yang muda boleh ambil lauknya. Menunya sederhana, macam menu masakan kampung gitu. Saya suka masakan ayamnya. Sedap, tapi tak sure masakan apa. Sambal dia nampak je kaler kuning, tapi macam biasalah, kalau tak pedas, bukan sambal Indonesia namanya. Yang warna putih tu sata ikan. Sedap gak. Gangan tu pulak berbeza dengan yang kami makan kat FEGA, ni gangan darat dengan lauk daging dan kentang kat dalam kuah tu. Kat restoran ni, ada banyak hiasan-hiasan dinding yang menggambarkan budaya penduduk Belitung. Ada juga kedai ole-ole kat bawah kalau uols nak beli cenderahati.

Makan berdulang di Resto Belitung Timpo Duluk

Resto Kepayang, Pulau Kepayang

Nak ke restoran ni, uols kena join aktiviti island hopping dan snorkeling sebab lokasinya adalah di Pulau Kepayang. Bila dah capek snorkeling dan melompat dari pulau ke pulau, perut memang jadi lapar. Kami makan tengahari kat sini pada hari ketiga. Tema seafood lagi. Saya dan Farah memang terus fokus pada sotong goreng tepung. Hahaha. Sedap uiii. Yang lain meratah ketam, saya tak berani nak rasa ketam tu sebab kat tengah laut ni risau pulak kalau alergik menyerang, tapi yang lain semua cakap sedap dan fresh. Saya rasa kuahnya saja, memang sedap! Ya, saya rekemen sangat-sangat makan kat Resto Kepayang ni. Tambahan pulak, ada ikan ayam bakar sambal cara Indonesia. Terbaikk!

Resto Kepayang

Semua sedap. Pic ikan ayam bakar dan cumi goreng tepung: Kak Seri

Nelayan Seafood, Tanjung Pandan

Makan malam hari ketiga lepas balik dari aktiviti pulau. Menariknya, kat restoran ni uols boleh karaoke sambil makan. Nak request lagu pun boleh. Ada skrin besar depan meja makan. Nyanyi lah sampai muntah. Makanannya pun boleh tahan sedap. Ikan masak taucu tu sampai ke kepala dak Ain ratah. Eh ikan mana je yang Ain tak ratah sampai kepala? Ade telur dadar dengan udang sambal jugak. Tapi gambar telur takde amek lak sebab sampai lambat agaknya. Mood nak makan aje time tu. Hahaha. Air teh o kat sini yang teh o jasmine. Sedap baunya, boleh la telan dua gelas.

Makan sambil karaoke di Nelayan Seafood Belitung

Kong Djie Coffee, Tanjung Pendam

Peminat kopi wajib cuba. Warkop Kong Djie ada di merata-rata Belitung. Warkop pertamanya ada kat Tanjung Pandan tapi kalau naik bas, susah nak berhenti singgah. Kami ke branch warkop ni pada hari terakhir, dekat tepi Pantai Tanjung Pendam. Kat sini, ada jual sekali serbuk kopinya tapi agak mahal berbanding di warkopnya yang pertama tu. Beli aje lah sebab memang tak akan jumpa dah, kan dah nak balik Malaysia. Huhuhu. Masa ni saya dengan kak Juju order es kopi coklat, kak Moly dengan Tatie order es coklat. Uiiii, sedappp kauuu es kopi coklat! Alah, rasa macam Mocha dengan Neslo tuu. Warkop Kong Djie ni terkenal dengan cara merebus kopinya guna dapur arang. Klasik kan?

Kopi Kong Djie wajib cuba kalau ke Belitung. Pic 5 cawan kopi: Ainenoneno

Kopi Kong Djie @ Tanjung Pendam

Resto Wan Bie, Tanjung Pandan

Ni restoran terakhir kitorang pergi sebelum balik ke Malaysia. Kat sini ada Mie Belitung. Macam mee rebus, tapi manis-manis sikit. Dihidangkan berlapis daun simpor, dan disertakan bersama kerepek belinjau. For me, mie ni biasa-biasa saje. Saya lebih suka Mee Rebus Johor. Tekak dah Johor lebih 10 tahun kan, nak buat macam mana. Tapi, kalau uols nak cuba, boleh lah datang ke sini ek. Alang-alang dah ke Belitung! Interior restoran ni sangat meriah dengan lukisan dinding. Sambil tunggu mie uols siap, boleh lah ootd sekeping dua.

Mie Belitung @ Resto Wan Bie

Resto Wan Bie Belitung

Haaa, tu lah antara tempat makan yang kami singgah sepanjang di Pulau Belitung under MTN Getaways. Kalau uols tak tahu nak makan mana, boleh lah rujuk list ni ya!

Jom lah uols, ke Pulau Belitung!


MTN Getaways Getting You There

Dapatkan diskaun RM75 untuk setiap pakej dengan promo code SUNAH75

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej ke Pulau Belitung,
hubungi:
No. Tel: +65 8531 3381
Email: admin@mtngetaways.com

Website:

Instagram:

Facebook:

Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program
FAM 'GETAWAYS' Trip to Belitung Island 2018
yang telah berlangsung pada 9 - 12 Disember 2018 
anjuran MTN Getaways Pte. Ltd.

Post a Comment

7 Comments

  1. Kita sukaaa kopiiii kong djiee 👍 especially kopi coklat 😋

    ReplyDelete
  2. Rasanya kena bookmark la tempat makan best kat belitung ni. Mana tau sampai ke sini satu hari nanti

    ReplyDelete
  3. Mesti perut kenyang senang hati menu sume sedap2 belaka..

    ReplyDelete
  4. tiberrrr dekatt sinii boleh pulakkk ain tak mabukk kopi.. hahhahahaha.... (baca sis lin niii habisss dia paksa minum kopi kanggg setiap hari nanti)

    ReplyDelete
  5. oiiii.. sakannya makan sedap-sedap kat situ...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com