Alhamdulillah, Selamat Sampai

Alhamdulillah, Selamat Sampai | Kalau baca entri saya petang tadi tentang bekal brownies dalam perjalanan tu, mesti uols tahu, saya ke mana hari ni. Alhamdulillah, sebelum Maghrib tadi saya dah selamat sampai ke salah satu kampung orang asli kat Tanah Abang, Johor. 

Kampung orang asli ni letaknya di sempadan antara Johor dan Pahang. Kalau uols tengok google maps, haa boleh nampak kampung ni kat hujunnnnnggg atas nun Johor. Dekat-dekat dengan Endau tapi tak sampai lagi. Dari Mersing dalam 20 km gitu.

Isi perut dulu kat restoran depan simpang Felda Nitar, Johor

Dalam perjalanan, line internet agak lembab. Banyak kawasan yang hilang coverage nya. Tapi bila dah sampai kat Felda Nitar, 1 Dalam Dunia, line internet tunjuk full bar H+ kauu. Kagum sekejap. Felda Nitar ni letaknya 15 minit dari kampung orang asli tu. Kami buat keputusan untuk isi perut kat restoran depan simpang masuk Felda Nitar ni dulu, takut kat area kampung sana takde kedai makan.

Saya order bihun goreng sebab tak nak berat sangat

Erm, masin sikit bihun goreng saya tu. Kak Ajan punya nasi goreng dia kata sedap, ok. Ayen punya lauk daging merah tu kak Ajan cakap masin sikit macam saya punya bihun goreng. Gituh. So so la kan makanannya. Mungkin jugak sebab saya masih kenyang lagi, tak dapat nak habiskan bihun goreng tu. Huhu.

Ayen & Kak Ajan order nasi goreng daging merah & nasi goreng kampung

Perjalanan diteruskan ke kampung orang asli. Dah gelap juga kami sampai. Program budak Kelab Lambaian Masyarakat Kolej Tuanku Canselor UTM tu diorang buat dekat Pusat Tarbiyah merangkap Surau kampung orang asli ni. Riuh juga anak-anak orang asli kat sini turut serta memeriahkan programnya. Gambar takde ambil pulak malam-malam ni sebab dah gelap.

Kami singgah ambil kunci homestay kejap kat surau tu, lepas tu terus ke homestay. Ayen nya, lepas mandi semua, terus ke surau sebab malam ni dia ada majlis kebudayaan bersama dengan JKOA. Esok pagi insya'Allah nak join dengar talk Ayen untuk ibu bapa masyarakat orang asli kat sini.

Malam ni kita rehat dulu ya.
Alhamdulillah, Selamat Sampai Alhamdulillah, Selamat Sampai Reviewed by Sunah Sakura on January 15, 2019 Rating: 5

4 comments:

  1. Allahamdullilah.. samapai dengan selamat. :)

    ReplyDelete
  2. Nak masuk sane kemahin jauh.. Pernah oegi nitar dulu ikut kawan pi umah dia.. Nak ke tempat orang asli lagi jauh.. Yg penting isi perut dulu

    ReplyDelete
  3. jauh perjalanan, luas pemandangan :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.