Buffet Ramadhan 2019 di TROVE Hotel Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2019 di TROVE Hotel Johor Bahru | Cerita buffet Ramadhan lagi? Iyee, kan dah kata, selagi belum habis bulan April, haaa nkoo hadap la yeee! Kikiki. Kali ni nak share pulak buffet Ramadhan kat TROVE Hotel, Johor Bahru.

Bulan Ramadhan tahun ni, TROVE membawa tema 'Juadah Masyarakat Malaysia' yang akan bermula dari 7 Mei hingga 3 Jun 2019. Lebih 200 juadah kegemaran rakyat Malaysia akan dihidangkan di live BBQ stall, hot plate counter, steamboat station, vegetarian corner dan buffet line, kesemuanya dipersembahkan oleh Chef Fadzren Oyob dan team kulinari beliau kat Lada & Clove Restaurant.


Sebagai pembuka selera berbuka puasa, boleh hirup dulu Sup Gear Box Kambing, Cream of Potato Soup, Sup Tulang Rusa, Sup Kambing Bakar Berempah dan Sup Ayam Mamak di The Pot of Soup counter. Agak-agak nak solat Maghrib dulu lepas tu, haa boleh pergi tingkat 7, setingkat je bawah Lada & Clove.


Lepas solat, cepat-cepat cari Rendang Kambing Tok yang mengambil masa penyediaan selama 8 jam dengan resepi rahsia TROVE. Memang sedappp rendang kambing tuuu! Ada juga Gulai Warisan Utara ekor kambing yang dimasak istimewa dengan campuran buah keras, Masak Lomak Burung Puyuh dan juga Itik Salai.



Selain tu, hidangan unik tradisi Jawa Johor, Ayam Penyet Siram dengan Kuah Lemak bersama cekur adalah sesuatu yang uols tak boleh miss! Lain dari yang lain menu ni, ayam penyet kena siram dengan kuah lemak, pernah rasa? Kalau belum, sila lah tempah buffet Ramadhan kat TROVE nanti.





Rendang Rusa Stail Minang, Puyuh Tandoori, Cumin Rice with Lamb dengan rempah khas dari Timur Tengah dan Masak Lemak Udang Galah juga antara menu yang akan disediakan di sini. Sejak da pandai makan kulit kambing, sis kauu memang mencari kulit aje dalam Cumin Rice tu. Hahaha!


Oh, paling sedap sekali kat TROVE, dan rugi kalau tak cuba adalah Bubur Lambuk Tulang! Bubur Lambuk nya dimasak dengan tulang kambing, jadi aroma dari tulang tu meresap masuk ke dalam bumbur lambuk, sedapppppp sangat!! Tak tipu! Nak nangis makan 😭



Dekat live station diorang jugak ada Telur Ikan Asam Pedas Jalan Dato Abdullah Tahir. Kalau suka menu rare, boleh cuba yang ni. Tapi make sure makan dengan nasi putih ya, sebab kuahnya sangat pekat dan rasa masin kalau makan begitu saje. Mee Rebus Soba juga adalah satu kelainan dari TROVE sejak dari perasmian pembukaan hotel ni dulu. Wajib cuba menu fusion ni! Dan bagi peminat Seafood on Ice, yessss TROVE pun ada! First time saya nampak scallop dengan cengkerangnya!



Kalau nak menu yang lebih sihat, TROVE ada sediakan Ulam-ulaman, Rojak, dan buah-buahan segar. Kuih-muih Melayu, Poached Salmon with Salsa, Cold Charcuteries, dan aneka Kerabu pun ada. Minuman pulak ada Sirap Selasih, Bandung Soda, Jus Kurma dan juga kegemaran sepanjang masa: Teh dan Nescafe Tarik. Bagi vegetarian pulak, diorang ada kaunter khas untuk vegetarian food.







Sebagai pencuci mulut, rasai best selling 3 Sisters Cheese Cake yang diberi nama TROVE Cheese Cake, Chilled Yoghurt Cheese Cake dan Santa Maria Cheesecake. Selain tu, ada juga French Pastries and Cakes, Dodol, Wajik, Bahulu, Sagun Kelapa, Ais Kacang, Apam Balik, aneka biskut dan gula-gula, Cendol Pulut Mangga, Putu Piring, Putu Bambu dan Churros.






Menariknya bila uols berbuka puasa kat sini, uols berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah untuk memenangi hadiah istimewa setiap hari sepanjang bulan Ramadhan. So, ape tunggu lagi? Cepat-cepat lerr reserve your table!

Juadah Masyarakat Malaysia

Lada & Clove Restaurant, Level 8, TROVE Hotel Johor Bahru
Jalan Dato Abdullah Tahir, 80300 Johor Bahru, Johor

Date: 7/5 - 3/6/19
Time: 7 pm - 10 pm

Early Bird Price (1 - 20/4/19)
RM108nett/adult
RM68nett/child

Normal Price (21/4 - 3/6/19)
RM128nett/adult
RM78nett/child

For reservations:
Mr. Hatta (+6012 881 8413)
Lada & Clove Restaurant (+607 272 8805)
rsvn.trovejb@careluxuryhotels.com

16 comments:

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com