Cepatnya Masa Berlalu, Dah Masuk Bulan April

Cepatnya Masa Berlalu, Dah Masuk Bulan April | Allahu, cepat betul masa berlalu. Dah masuk bulan April dah. Berlalu pergi tiga bulan, menandakan dah nak habis suku pertama untuk tahun ni. Seketul Sunah pun dah semakin sibuk dengan macam-macam komitmen.


Masuk bulan April bermaksud kena lebih serius dan berdisiplin siapkan draft thesis. Tekad nak siapkan sebelum masuk bulan puasa. Kalau ditakdirkan dan Allah izinkan, boleh viva sebelum raya. Tak payah nak runsing fikir pasal viva sambil beraya.

Lagi satu, customer dah mula tanya, puasa tahun ni ambil order kek lapis Sarawak tak? Aduhai, susah betul nak jawab soalan tu. Soalan cepu cemas, jawapannya bergantung kepada draft thesis seorang Sunah nanti. Kalau mampu siapkan sebelum puasa, insya'Allah kita ambil order, tapi mungkin ambil sikit saje sebab nak prepare untuk viva lagi. Mungkin juga tak ambil langsung. Kena utamakan benda yang lebih penting. Moga-moga customer memahami.

Sekarang pun saya da kurangkan ambil order. Kadang-kadang memang tengah sibuk kat luar sampai tak dapat nak reply whatsapp customer. Ada yang saya da baca, tapi lepas tu tak reply sebab terlupa, memang tak berniat nak reply pun ada juga. Erkk. Jujur sangat ni.

Ni la yang orang kata, tanggungjawab kita lagi banyak dari masa yang kita ada. Tinggal kita aje yang kena bijak susun supaya segala tanggungjawab boleh dilaksanakan sesuai kepentingannya. Nak kena amalkan balik SWOT Analysisi yang kita belajar masa sekolah dulu gamaknya.

Kalau la boleh, bulan April ni tak nak ambil order Selera Sakura langsung, boleh ke tak?

24 comments:

  1. Semoga Allah permudahkan segala urusan Sunah.. good luck sunah for ur thesis and viva..chaiyokkk!!

    ReplyDelete
  2. mudah-mudahan segalanya dipermudahkan

    ReplyDelete
  3. GOOD MORNING :)
    KAN SEDAR X SEDAR NK PUASA DA

    ReplyDelete
    Replies
    1. good evening..hahahha da petang baru nak reply

      Delete
  4. Moga dipermudahkan semuanya Sunah...
    Dah habis ganti puasa ke hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengah puasa ni...insya'Allah tinggal dua hari lagi

      Delete
  5. Maybe Sunah kena fokus on viva kot.. papepun semoga dipermudahkan tau

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. gituhhhhh...ni lirik lagu terbaru mak inche keee

      Delete
  7. moga di permudahkan semuanya... pejam celik pejam celik lebih kurang sebulan je lagi nk ramadhan kan...

    ReplyDelete
  8. all the best sis..semoga berjalan lancar..dlu kite viva pon cuak nk mati hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkkk..sebab cuak la jadi malas nak pikir ni..

      Delete
  9. eeeee,,,,kalau ade tempahan sticker image untuk whatsapp boleh... hahahahhaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahahahha..bengonggg..boleh ajeeeee...satu singgit...

      Delete
  10. Salam sis, first time singgah sini:) memang cepat benar masa berlalu.Kesibukan kita menjadikan waktu sangat sedikit untuk dinikmati kann...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali...terima kasih singgah sini!

      betul tuuu...da makin berusia ni lagi la rasa cepat nau masa berlalu

      Delete
  11. Utamakan thesis dan viva dulu
    Mudah2an diterima dan dapat pencapaian yang cemerlang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya'Allah...ameen...mekasih wak untuk kata2 nasihat tuu~

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com