Ticker

6/recent/ticker-posts

Hilangkan Bau Kurang Menyenangkan Dengan Purification Young Living Essential Oil Blend

Hilangkan Bau Kurang Menyenangkan Dengan Purification Young Living Essential Oil Blend | Perasan tak, dalam seminggu ni, bau udara di luar rumah agak busuk dan macam ada bau chemical? Ke mana-mana saya pergi dan keluar daripada kereta, hidung menangkap bau yang kurang menyenangkan. Sampai terkemut-kemut hidung menahan busuknya. Pernah hidu bau kumbahan dalam longkang belakang restoran? Haa, lebih kurang macam tu lah baunya.

Kadang-kadang tu sampai masuk ke dalam rumah baunya kalau bukak tingkap dapur. Bersyukurlah hampir tiap hari akhir-akhir ni asyik hujan petang-petang. Boleh lah bersihkan bumi Johor ni dari pencemaran bau sikit-sikit. Tak tahu la dari mana datang bau-bau ni.


Sampaikan Pak Cik Mat Gebu pun whatsapp saya semalam, tiba-tiba je gitau sakit kepala. Ingatkan sebab apa, rupanya sebab blog dia masih lagi bermasalah, tak boleh diakses oleh sebahagian pengguna internet. Dah macam-macam cara jugak saya buat untuk recover, akhirnya semalam tukarkan template baru dan jadikan blog dia secured dengan HTTPS. Tu je la mampu, kot-kot ada yang tak kena dengan template lama. Pagi tadi baca-baca komen orang kat Facebook PCM, ada yang dah boleh bukak. Uols boleh bukak tak? Cuba klik www.tiffinbiru.com.

Eh, bukan pasal blog tu yang utama, sebenarnya lepas cakap pasal blog tu, PCM ada juga mengadu bau udara kat tempat dia tak bersih, bau chemical. Rasa perit aje hidung katanya. Semalam takde pulak saya terbau pelik-pelik kat area rumah. Rasa ok aje. Hari ni baru la terbau pelik. Aduhai, da semakin tercemar ke udara Skudai ni?

Kalau setakat luar kawasan rumah, tak ape lah. Tak dapat nak buat apa kan. Hanya mampu berharap kitaran alam meneutralkan semuanya semula. Tapi kalau sampai ke dalam rumah baunya, memang nak kena buat something. Tak sanggup oiii nak mengadap bau busuk memanjang. Alhamdulillah, mujur ada Premium Starter Kit Young Living Essential Oils. Tiberr semuanya macam ada hikmah lepas ada PSK ni. Memang Allah nak bagi seketul Sunah guna sebaik mungkin.


Salah satu YLEO dalam PSK tu ada fungsi untuk masalah bau yang tak menyenangkan. Purification Essential Oil Blend nama dia. Saya titiskan dua tiga titik aje ke dalam air dalam bekas diffuser. Ye, hanya perlukan beberapa titik je wakkk. YLEO ni kan minyak tulen selepas beberapa proses termasuklah steam distillation dan cold pressing. Jadi, kita tak perlukan minyak yang banyak sampai sesudu dua atau sebotol pun untuk sekali diffuse. Pandai-pandai la berjimat, oi~ Mahal khennnn!

Purification YLEO ni adalah blend daripada enam jenis oils, iaitu Citronella, Lavandin, Lemongrass, Rosemary, Myrtle, dan Tea Tree. Jadi, baunya ada macam serai wangi sikit. Kalau uols nak tahu, Purification ni antara top-selling YLEO tau! Jadi, setiap bulan dilimitkan order untuk Purification ni, sebotol ajeee untuk satu akaun member.

Selain melalui diffuser, uols boleh jugak masukkan beberapa titis Purification YLEO ke dalam sebotol spray air untuk mudah dibawa ke mana-mana. In case ada aktiviti gotong-royong bersihkan ofis ke, atau nak hilangkan bau hapak dalam kereta ke, atau nak freshkan bau bilik hotel bila travel. Spray aje la dengan air campuran Purification YLEO tadi. Mudah kan?

Kalau suka, boleh campurkan jugak Purification ni dengan mana-mana Essential Oils Single dalam PSK YLEO. Nak bagi lagi sedap bau tu, gabungkan aje dengan Citrus Fresh ke, Lemon ke atau Lavender. Kadang-kadang saya campurkan dengan Peppermint. Suka baunya yang manis dan menyegarkan. 😍

Mmmmm~ Serius bersyukur sangat ada PSK YLEO ni. Sangat membantu dalam kehidupan seharian dengan macam-macam kegunaan. Uols kalau nak grab jugak set PSK YLEO ni pada harga yang berpatutan, boleh whatsapp je kawan saya. Atau masih dalam keraguan, dalam dilema nak mulakan perjalanan bersama YLEO, whatsapp je dia. Satu Malaysia dia cover tau! Jangan tak caya! 😆

Izzat

Post a Comment

22 Comments

  1. Bau? Kat Paka ni bau air laut ada ler hehehehe sebab petang dan malam lalu dan lepak tepi pantai..
    Blog Mat? Haritu boleh bukak masa mula sampai Paka, now dah 2 hari takboleh bukak pulak, sangat pelik...huhuhu

    Dan juga YLEO ni boleh halau nyamuk, Sis ko ingat lagi kat Belitung so Tatie duk spray-spray buat halau nyamuk, dah macam dukun aku tengok hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..iyeee..sebab nyamuk kan tak suka bau serai..

      sis da balik PG kan.. hati2 kat PG tu...

      Delete
  2. Replies
    1. betulll...segar je rasa, lagi2 bila campur lemon

      Delete
  3. Tulah kan, risau ngn kes pencemaran kimia tuh, punyalah kurang asam org yg bt keje jahat nih....

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas tu ada hati nak buang lagi sisa bahan kimia tu...aduiii

      Delete
  4. Campur beberapa titis je kat dalam bekas spray wah menarik tu kalau sembur kat baju untuk digosok mesti wangi kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul Mrs. A! memang tu salah satu daripada kegunaan YLEO ni!

      Delete
  5. Jauh betul sampai ke sana ek.. Hahaha.. Tapi bila bau udara dalam rumah xselesa, memang kena buat sesuatu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak...tak selesa nak duduk dalam rumah sendiri kalau bau nya tak sedap

      Delete
  6. Tak boleh buka lah ..Kenala eh ?

    Sambil nak jemput join Contest Anniversary 7 Years Miss Nadya

    ReplyDelete
  7. Bumi dh krg pokok sebagai penapis udara, yalah selalu bau nok pelik2 kluar. Auk ok YLEO tok, bff kamek guna, kamek blum tjebak 😊😊, boleh tahan juak rega nak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar juak ya...sebab pokok banyak dah ditebang kan...

      nang boleh tahan rega nya, tapi berbaloi2 sebab kita pakei sikit jak sekali guna..dan banyak kegunaannya...hihi..mudah2an terjebak juak kelak

      Delete
  8. eeeeee,,,masih teringat baru peppermint tuhhh...sangattt sedappppp.....

    ReplyDelete
  9. Nampaknya kes pencemaran di Sg Kim Kim tu semakin ramai mangsanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...sampai 9 buah sekolah da kena...hampir 1k student terlibat

      Delete
  10. Bau busuk memang selalu tak menyenangkan, obat yg ditawarkan bisa juga nih

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com