Ume Floral & Cafe, Johor Bahru

Ume Floral & Cafe, Johor Bahru | Kisah hujung minggu lepas. Sebab semua da tepu duduk rumah, akhirnya malam minggu, masing-masing bersuara nak keluar lepak mana-mana minum kopi. Terus cadangkan satu restoran kegemaran Kak Di. Lagi satu sebab nak rasa Burnt  Basque Cheesecake dia yang menjadi sebutan Kak Di dan benchmark kepada Burnt Basque Cheesecake saya.

Ume Floral & Cafe namanya. Kafe ni terletak kat Nong Chik, area rumah kedai deret Anjung Selatan dengan Korean BBQ tu. Papan tanda kedai boleh nampak dari jauh. Parking betul-betul depan kedai. Keluar aje kereta, walau hanya depan pintu kedai, bau bunga wangi semerbak menyapa hidung.

Gituhh ayat seketul Sunah Sakura. Haha!

Macam mana tak berbau wangi? Tengok lah deco dalam kafe ni.





Sebenarnya Ume Floral & Cafe ni adalah kedai bunga. Kalau uols nak tempah bunga untuk event tertentu, haaa sini boleh. Time duduk lepak kat dalam kafe ni, beberapa kali jugak staff dia keluar masuk bawak bunga baru. Busy betul, kencang ye bisnesnya?

Selain dari walk in, uols jugak boleh buat reservation lebih awal, kot-kot nak buat surprise celebration ke kan, nanti diorang hias lah meja uolsss macam dalam gambar tu.

Sambil tunggu makanan, kami wefie dulu. Mana boleh biarkan background cantik begitu saja!



Gambar ni maksudnya, "datang berlima, tapi duduk asing-asing, kenape?" πŸ˜†πŸ˜‚

Dan akhirnya makanan dan minuman pun sampai.

Burnt Cheesecake dia sangat creamy dan jenis lembap basah, sedappppp macam Japanese Hanjuku Cheesecake tapi bahagian atas kek tak berapa burnt sangat. Bahagian bawah dia, ye burnt. Mungkin memang baker @thevelvet.co memang nak yang macam tu. Sepotong dalam RM14++ kalau tak silap.







Chicken Chop sedappp, Potato Wedges pun sedappp. Hot Latte saya suka, tak perlu tambah gula. Waiter dia suruh tambah gula, pahit katanya. Hahaha. Eee, kalau pahit macam kat Lemon Tree, ye aku mintak gula. Sini ok, tak payah. Mocha blended pun sedap. Latte blended saya tak rasa, tapi Nada cakap tak berapa blended sangat.

Maaf lerr, gambar kabur...tak sempat nak snap cantik-cantik

Yang sweet nya kafe ni, setiap plate dia akan kasi bunga untuk customer. Cuma time kitorang pergi tu, waiter dia cakap, diorang tak sempat buat. Tapi saje je kitorang try mintak kat boss dia masa bayar makanan. Boss dia berbesar hati bagi jugak bunga tiga kuntum seorang. Ala, comel sangat tau!

Thank you Ume Floral & Cafe!


Ume Floral & Cafe

(Ada sijil pengendalian HALAL)

Location:
2, 22G, Riverside, Jalan Kolam Air, Kampung Nong Chik, 80100 Johor Bahru, Johor

Operation Hours:
Everyday
9.30 am - 10.30 pm

Facebook:

Instagram:

Website:

Tel. No:
+6012-700 7830
+6012-718 7830
+607-2073207
+607-2073287
Ume Floral & Cafe, Johor Bahru Ume Floral & Cafe, Johor Bahru Reviewed by Sunah Sakura on March 27, 2019 Rating: 5

4 comments:

  1. woww.. berbunga2 ye.. bestnya bau bunga saje kat situ ye sunah..

    ReplyDelete
  2. Cantiknya kafe dia 😍🌸

    ReplyDelete
  3. Sis ko ajak Kakak, kakak kata, taknak lah pergi, Cik Sunah dah pergi kakakakakakah adeiiii

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.