Ticker

6/recent/ticker-posts

Tourism Malaysia Travel Mart @ Negeri Sembilan 2019

Tourism Malaysia Travel Mart @ Negeri Sembilan 2019 | Pada 18 April 2019 yang lepas, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, YB Tuan Muhammad Bakhtiar Wan Chik telah merasmikan program Tourism Malaysia Travel Mart @ Negeri Sembilan 2019 yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia di Hotel Lexis Hibiscus, Port Dickson.


Program sehari tu bertujuan untuk menemukan pengusaha pelancongan dengan pengusaha produk dan hotel di Negeri Sembilan di bawah satu bumbung bagi mendapatkan pelbagai pilihan pakej pelancongan domestik khusus untuk Negeri Sembilan.

Program Tourism Malaysia Travel Mart @ Negeri Sembilan 2019 yang berkonsepkan Perniagaan kepada Perniagaan atau B2B ni melibatkan pertemuan dua hala antara pengusaha produk dan hotel dari Negeri Sembilan dengan pembeli berpotensi yang terdiri daripada kalangan pengusaha pelancongan yang dibawa khas dari sekitar Lembah Klang, Melaka dan Johor.

Ok, boleh bayangkan tak program ni macam mana?

Belum boleh lagi?

Ok, bayangkan Matta Fair. Haaa, lebih kurang macam tu lah, cuma Matta Fair ni dibuka kepada public yang nak beli pakej pelancongan dari pelbagai seller yang terdiri daripada travel agents, produk dan hotel. Bezanya dengan Travel Mart, ia lebih tertutup dan pembelinya lebih kepada travel agency. Dalam program macam ni, travel agency boleh beli pakej secara pukal daripada pengusaha produk dan hotel dari sesebuah negeri, yang mana untuk kali ni travel agency dibawa dari tiga tempat yang tersebut kat atas. Haa, da boleh faham?


Bagi tempoh Januari hingga November 2018, Port Dickson telah menerima kedatangan seramai 4.498,083 pelancong domestik dan antarabangsa.

Tuan Muhammad Bakhtiar dalam ucapannya berkata bahawa program tersebut dapat mengukuhkan hubungan kerjasama selain mewujudkan jaringan perniagaan antara para penggiat industri pelancongan yang menyertai program ni.


"Disamping itu, program Tourism Malaysia Travel Mart ini dapat memberi galakan kepada pertumbuhan sektor pelancongan domestik, sekaligus menjana pendapatan industri pelancongan negara," sambung beliau lagi.

Menurut beliau, kerjasama daripada wakil-wakil industri pelancongan amatlah diperlukan terutamanya dalam menghasilkan pakej-pakej pelancongan yang menarik dan kreatif kerana ia boleh membantu merancakkan lagi sambutan Visit Malaysia 2020.


Seramai lebih kurang 120 buyers dan 50 sellers telah menyertai program ni. Sis kauu sempat bertemu dengan salah seorang sellers yang buat pakej explore Pasoh Caves kat area Jelebu. Ha, daripada tak pernah tau kewujudan Gua Pelangi, kita boleh jadi tahu bila adanya program travel mart gini khennnn! Katanya, kat sana boleh buat camping satu malam, nanti diorang provide la aktiviti yang bersesuaian ikut apa yang kita nak.

Macam best aje!

Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program
Tourism Malaysia Travel Mart @ Negeri Sembilan
Media FAM Trip 2019 
yang telah berlangsung pada 17 - 19 April 2019 
anjuran Tourism Malaysia.

Post a Comment

1 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com