Ticker

6/recent/ticker-posts

Berhati-hati di Jalan Raya

Berhati-hati di Jalan Raya | Sejak semalam, dah ramai yang mula pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha bersama keluarga, termasuklah saya.

Tiba musim perayaan macam ni, berlapis-lapis lah kereta kat highway. Semalam pulak, Singapore cuti sempena Hari Merdeka diorang, jadi lepas aje keluar tol Skudai, jalan sesak sebab dari banyak-banyak toll gate nak "kempiskan" jadi 2 lane. Bertabah betul laaa, sejam baru nak sampai Ayer Hitam.


Sampai KL pun agak lewat dari biasa. Lagi worst, yesterday was Friday. Faham-fahamlerr jammed hari Jumaat kat KL tu acaner rupa dia. Kul 7 baru kita siap delivery tempahan Selera Sakura. Lepas setel delivery, terus servis kereta kat bengkel berdekatan sebab malamnya nak gerak balik Kedah pulak.

Dalam kul 1.30 pagi kitorang gerak dari rumah, ingatkan jalan OK, rupanya bersepah-sepah jammed. Keadaan jadi lebih buruk sebab angin kuat berserta hujan. Banyak pokok tumbang tepi-tepi jalan. Kali pertama jugak saya tengok banyak kereta berhenti kat bahu jalan untuk berehat sebentar. Sebelum-sebelum ni tak pernah nampak sebab sentiasa balik kampung awal sebelum peak time.

Sekarang masa taip ni pun tak sampai lagi ni. Dah masuk dah Kedah, dah nampak dah padi-padi rebah ke bumi dek ribut, tapi destinasi sebenar masih jauh lagi.

Uols raya mana?

Berhati-hati memandu ya! Semoga selamat sampai ke destinasi.

Post a Comment

4 Comments

  1. Tahun ni katanya gila-gila jem ek, sebab bertembung dengan cuti merdeka SG...cuti panjang pulak dengan cuti sekolah, mau tak kematu montot jem...

    ReplyDelete
  2. Uyul tak balik raya sebab malas nak redah jem ! Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. khennnn...kalo bole beraya dengan kawan2 pun ok..

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com