Persiapan Menyambut Hari Raya Aidil Adha di Kedah

Persiapan Menyambut Hari Raya Aidil Adha di Kedah | Alhamdulillah, pukul 11 pagi tadi kami da selamat sampai ke kampung halaman encik suami di Kubang Lerek, Pokok Sena, Kedah.


Tiba aje di rumah family mertua, diorang tengah buat lemang. Macam tu la rutin setiap tahun setiap kali sehari sebelum Raya Aidil Fitri mahupun Aidil Adha.


Lemang dibuat mak mertua memang sedap dan cukup lemaknya. Encik suami dan abang ipar serta biras-biras lelaki semua akan tunggu api bila lemang dah mula dibakar. Proses membakar lemang ni kalo ok, satu jam setengah pun dah cukup untuk lemang masak sepenuhnya.


Sambil tunggu lemang siap, ape lagiii, musim buah kat Kedah ni jangan dibuat main. Hahaha! Memang puas hati makan aneka jenis buah-buahan tempatan termasuklah durian, manggis, duku, rambutan, ciku, cempedak dan macam-macam lagi.



Tengok lerrr isi durian kahwin tu. Tergoda tak? Sebiji tu kita habiskan seorang tau, dak Amad makan berapa ulas ajee..elehhh, rugi betullll 😜


Bila lemang dah siap, kitorang mengemas pulak dapur rumah. Buang kabinet lama yang dah dimakan anai-anai. Bakar kat belakang rumah. Yanh seramnya, encik suami jumpa ular tedung oulak woiii kat bawah kabinet tu. Riuh sekejap rumah, tapi bila cari tak jumpa lak. Masa angkut kabinet tu keluar, baru la ular tedung tu keluar. Ayah mertua datang jadi penyelamat. Huhuhu.

Gambar ular nak ke? Tak payah lah ek. Kang Sis Lin dengan Farahain takut lak nak baca entri ni sampai habis. Hahaha!

Malam ni ape pulak aktiviti kami?

Uols pulak macam mana persiapan nak sambut raya haji esok?

Salam Aidil Adha semua.
Persiapan Menyambut Hari Raya Aidil Adha di Kedah Persiapan Menyambut Hari Raya Aidil Adha di Kedah Reviewed by Sunah Sakura on August 10, 2019 Rating: 5

7 comments:

  1. Meriahnyaaa kampung Ady ek..best dapat balik kampung macam ni, nanti nak ikutlah juga balik Pokok Sena..

    ReplyDelete
  2. wahh meriahhnya sambut raya haji dekat kedahhhh

    ReplyDelete
  3. Seronok beraya di kampung. Suasana tu meriah dan best sangat

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.