Ticker

6/recent/ticker-posts

Emperor Cinemas - Pawagam Mewah Pertama di Malaysia Dibuka di R&F Mall, Johor Bahru

Emperor Cinemas Mendefinisikan Semula Pengalaman Sinematik dengan Pelancaran Pawagam Mewah yang Pertama di Malaysia, Menawarkan Perkhidmatan Kelas Pertama, Rekaan Mewah dan Makanan yang Memenuhi Citarasa | Bertuahnya orang Johor, hari ini - 21 Ogos 2019 - menandakan sejarah pertama kali pawagam mewah Hong Kong dibuka secara rasmi di Malaysia, strategically di R&F Mall, Tanjung Puteri, Johor Bahru.


Konglomerat perniagaan Hong Kong, Kumpulan Emperor, yang diasaskan oleh Dr Albert Yeung telah berkembang pesat dengan pelbagai jenis pelaburan. Daripada perkhidmatan kewangan, hartanah, jam tangan dan perhiasan mewah, hiburan, hospitaliti dan sebagainya, Emperor Motion Pictures (EMP) telah menjadi peneraju utama di dalam industri pengeluaran dan pengedaran filem Cina, yang menumpukan kepada produksi, jualan dan pengedaran motion pictures yang berkualiti.

Ditubuhkan pada 2015, Emperor Cinemas, sebuah perniagaan teras di bawah Emperor Motion Pictures, telah meluaskan jaringannya ke serata bandar-bandar di Tanah Besar China dan Hong Kong. Dengan kejayaan pawagam-pawagam di beberapa lokasi ini, Emperor Cinemas dengan bangganya melebarkan sayapnya ke Malaysia dengan pelancaran panggung wayang mewahnya yang pertama di Asia Tenggara di R&F Mall, Johor Bahru. Bangga dengan identiti dan kemegahan jenama, pawagam ini terus mengekalkan layanan kelas pertama, seni reka dalaman yang unggul dan menu Hong Kong mewah.


Alex Yeung, Pengarah Eksekutif Kumpulan Emperor berkata Kumpulan amat berbesar hati memperkenalkan Emperor Cinemas di Malaysia, terutama di lokasi strategik seperti R&F Mall di mana ianya dapat memenuhi keperluan pengunjung panggung wayang di Malaysia dan Singapura.

“Saya berasa amat teruja dengan panggung wayang kami yang pertama di Asia Tenggara yang dibuka di Malaysia. Tahun demi tahun, Kumpulan Emperor terus komited dalam mengembang rangkaian industri hiburan dan perfileman dengan mengambil langkah menyelaraskan sumber pendapatannya yang pelbagai, membolehkan pengalaman tontonan berkualiti tinggi dapat dirasai bersama penonton-penonton di serata rantau ini”, ujar Alex.

Tawaran Sinematik Mewah

Perkhidmatan kelas pertama yang tiada tandingan

Emperor Cinemas berbangga dengan tenaga kerjanya yang berpengetahuan luas dan terlatih dalam menyediakan perkhidmatan yang efisyen kepada kesemua pengunjung. Pasukan ini terdiri daripada Pengurus Teater, Pakar Audio Visual, dan Duta Perkhidmatan. Setiap pekerja diberi tugas penting dalam memastikan pengalaman sinematik setiap pelanggan mencapai piawaian tertinggi.

Reka Bentuk Dalaman Sinematik Mewah


Oleh kerana Emperor Cinemas meletakkan fokus yang teliti dalam penyediaan pengalaman yang menyeluruh menerusi ciri-ciri rekaan yang mendalam setiap kali ketika memperkenalkan panggung wayang terbaru, pengunjung akan terpukau dengan rekaan yang berbeza daripada gaya konvensional apabila berjalan masuk ke pintu panggung wayang di R&F Mall. Dengan penggunaan struktur geometrik yang luas di kedua-kedua aras pawagam, seni reka ini meraikan kehalusan kreativiti dan imaginasi secara keseluruhannya.


Ruangan lobi yang dicat dengan variasi warna palet seperti kelabu, perak dan gangsa, ditambah seri lagi dengan cahaya lampu loket begermelapan di bahagian atas pintu dan struktur siling yang tergantung. Bahagian tangga yang dilimpahi dengan cahaya lampu-lampu LED tersorok, dengan pintu keluli tahan karat ke setiap ke dewan tayangan, bersama kemasan fabrik berwarna biru di dinding Dewan Tayangan A manakala di Dewan Tayangan B pula diserikan dengan variasi warna hijau bakal memukau pandangan penonton dan membawa mereka ke meneroka jauh ke suatu dimensi yang lain.


Santapan Hong Kong yang lazat

Memecah tradisi bertih jagung dan soda, Emperor Cinemas memperkenalkan snek bermutu tinggi daripada Hong Kong dengan sentuhan mewah. Dengan kehadiran pasukan kulinari yang berdedikasi, pengunjung filem kini boleh menikmati santapan gaya Hong Kong berserta minuman yang dibuat mengikut resipi istimewa. Terkenal dengan wafel telur istimewa mereka, Emperor Cinemas mengajak pengunjung meneroka rasa wafel telur asli yang kaya dengan mentega, atau ditambah dengan sesudu perasa ais krim pilihan bagi mengecap rasa lazat yang menyegarkan.


Bagi penggemar makanan manis atau ingin merasai suasana minum petang tipikal di Hong Kong, pelanggan kini berpeluang menikmati kelazatan ais kacang merah lembut. Sama seperti pencuci mulut  tempatan cendol, minuman ini diperbuat daripada kacang azuki, sirap gula batu dan susu sejat. Pelanggan digalakkan menjamu ais kacang ini bersama Roti Bakar Cha Chaan Teng yang popular bagi mencapai sensasi rasa yang tidak terhingga.


Apabila minat yang mendalam digabungkan dengan inovasi, pelbagai juadah terkenal lain juga boleh didapati antaranya hot dog yang lazat dengan pilihan terlaris seperti ‘smoked salmon’ atau ‘meat lover’, nachos bersos keju, popcorn ayam rangup, dan sajian-sajian yang bukan sahaja bakal membuat pengunjung kecur air liur malah rambang mata dengan seleksi hidangan yang pelbagai. Secara keseluruhannya, menu ini menjanjikan salah satu pengalaman snek yang terbaik dan bermutu tinggi.


Emperor Cinemas juga turut menawarkan pelbagai variasi F&B di kedua-dua aras, di mana setiap satu aras menampilkan juadah sinematik yang berlainan. Pengunjung kini mempunyai pilihan samada menikmati snek sinematik tradisional seperti bertih jagung dan hot dog di kaunter konsesi panggung di Aras 1, atau memuaskan deria rasa dengan makanan tempatan Hong Kong di Monkey Café di Aras 2.


Kafe ini menjanjikan penonton pengalaman yang berbeza daripada kaunter konsesi panggung tradisional di Aras 1 dan menjadi syurga buat pengunjung filem untuk meluangkan masa sementara menunggu tibanya waktu tayangan filem atau sekadar menikmati makanan dan minuman bertaraf gourmet yang disajikan di sini.

Ciri-ciri Sinematik Lain

Direka khas buat para penggemar filem yang mendambakan kesempurnaan, cineplex ini mempunyai 8 panggung mewah. Terdapat 2 dewan Dolby Atmos manakala 6 lagi merupakan dewan Dolby 7.1 dengan jumlah 745 tempat duduk. Setiap kerusi didatangi dengan tempat rehat lengan yang fleksibel, memberikan kebebasan kepada penonton untuk mengubah kedudukan mengikut keselesaan mereka. “Didatangi dengan kerusi kulit, pengunjung dijamin akan merasa teruja dengan pengalaman sinematik yang selesa dengan gaya mewah, sehinggakan mereka terlupa bahawa mereka sedang berada di dalam dewan teater,” kata Vicky Wong, Pengarah Pentadbiran dan Projek Khas Emperor Cinemas.


Bagi pencinta filem tegar, setiap dewan pawagam dilengkapi dengan teknologi yang canggih. SONY 4K Laser Projector System, merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, memancarkan kualiti imej yang terperinci ke layar perak dengan kecerahan dan kontra yang tinggi selain daripada persembahan warna yang memukau.


“Pawagam perlu sentiasa seiring dengan perkembangan teknologi semasa dalam memberi pengalaman yang tiada tandingan terutama dari aspek visual dan bunyi. Kami mendapati Sony 4K Laser Projector System menepati kesemua kriteria yang diperlukan bagi mendapatkan kualiti imej 4K yang sebenar,”tambah Vicky.



Selain daripada lima kiosk tiket dan dua kaunter Box-Office yang boleh didapati di pawagam, Emperor Cinemas juga turut menyediakan perkhidmatan jualan e-tiket melalui platform atas talian mereka dan juga aplikasi mudah alih Emperor Cinemas yang dilancarkan baru-baru ini, di mana pengunjung dapat mengurus tempahan dan menerima maklumat terkini untuk kemudahan mereka. Dengan membuat tempahan secara atas talian, pelanggan dapat menikmati pengecualian yuran perkhidmatan, yang julung kali diperkenalkan di Malaysia.


Pengunjung panggung wayang turut digalakkan mendaftar keahlian Emperor Cinemas VIP secara percuma bagi menikmati pelbagai ganjaran eksklusif seumur hidup seperti dua tiket percuma sempena bulan kelahiran anda, 10% diskaun tahunan untuk makanan dan minuman, jemputan khas ke tayangan eksklusif dan lebih banyak lagi keistimewaan lain. Selain daripada hadiah-hadiah istimewa, ahli VIP juga dapat mengumpul mata bagi setiap perbelanjaan di pawagam dan berpeluang menebus mata ganjaran menarik seperti tiket wayang percuma atau barangan di kaunter penebusan. Gunakan aplikasi mudah alih untuk mengakses program keahlian VIP untuk kad e-keahlian, kupon, tawaran ganjaran istimewa dan kemudahan kemasukan e-tiket tanpa perlu beratur panjang. Untuk menikmati ganjaran-ganjaran, muat turun aplikasi Emperor Cinemas melalui Play Store atau Apple Store dan sertai keahlian VIP sekarang!

Tawaran Berbeza Berbanding Pawagam Konvensional

Emperor Cinemas kini turut memberi peluang kepada orang ramai untuk menganjurkan tayangan tertutup dan majlis keramaian. Terletak di antara dua kota metropolitan, Emperor Cinemas bukan sahaja menawarkan lokasi yang terbaik untuk parti tertutup, mesyuarat dan majlis perniagaan, malah turut memberi peluang kepada pengunjung untuk memilih sendiri jenis kandungan yang ingin ditayangkan di layar perak ketika majlis-majlis istimewa ini berlangsung. Tayangan-tayangan ini merangkumi tayangan filem-filem biasa, siaran langsung acara sukan atau pertandingan e-sukan. 


Pengunjung dibenarkan untuk memilih tema aktiviti mereka yang tersendiri seperti majlis hari jadi untuk kanak-kanak dan orang dewasa, majlis pertemuan semula ahli keluarga dan acara sosial yang merupakan sebuah alternatif unik di Emperor Cinemas bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Emperor Cinemas menjanjikan pengalaman yang berbeza yang tidak teriungkap dengan kata-kata. Dengan pawagam-pawagam yang merentasi Tanah Besar China dan Hong Kong, jenama ini berhasrat untuk terus mengorak langkah ke hadapan pada masa akan datang.

So, apa tunggu lagi?

Daftar sebagai VIP member Emperor Cinemas sekarang:

Facebook:

Instagram:

Post a Comment

2 Comments

  1. Dasat ek Sunah, klasik tapi mewah. Ada tiket lebih tak, bagilah kita

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com