Panasnya Cuaca, Hutan Kecil Sebelah Taman Scientex Pasir Gudang Terbakar

Panasnya Cuaca, Hutan Kecil Sebelah Taman Scientex Pasir Gudang Terbakar | Petang semalam, bau asap menusuk-nusuk hidung masa duduk kat rumah Sis Lin kat Taman Scientex, Pasir Gudang. Sis Lin pulak bau benda lain, bau minyak atar katanya. Ape ke pelik. Haha. Bila da malam, masa keluar makan, terpinga-pinga sekejap tengok trak bomba tepi jalan.

Diorang tengah padam api kat hutan kecil bersebelahan taman, tak jauh dari Kuarters Rumah Guru Taman Scientex. Masa tu api dah tak ada dah, nampak asap je berkepul-kepul. Tengah makan tu baru la anak Sis Lin, dak Yana, tunjukkan berita kebakaran dari Facebook. Dahsyat jugak apinya ha.

Kebakaran di Jalan Helang, Taman Scientex, Pasir Gudang. Kredit gambar: CRJ

Siap masuk ASTRO Awani dan akhbar-akhbar tempatan rupanya bila belek hari ni. Katanya, 3 kali terbakar di hutan yang sama tu. Dari pukul 12.40 tengahari, padam, terbakar balik pukul 4 petang, padam, then terbakar balik pukul 8 malam, dan padam sepenuhnya tengah malam tadi.

Cuaca memang panas sangat semalam. Masa kat Eco Palladium, suhu yang ditunjukkan oleh kereta Sis Lin masa tu adalah 34ºC! Fuhhh, memang panas gilerrr lah! Tak hairan lah boleh terbakar hutan. Pernah jugak tengok fenomena bukit terbakar kat area UTM tahun-tahun lepas. Tapi takde la sampai panggil bomba. Huhuhu.

Uols hati-hati ok musim cuaca panas ni. Jangan lupa minum banyakkkkk air!
Panasnya Cuaca, Hutan Kecil Sebelah Taman Scientex Pasir Gudang Terbakar Panasnya Cuaca, Hutan Kecil Sebelah Taman Scientex Pasir Gudang Terbakar Reviewed by Sunah Sakura on August 19, 2019 Rating: 5

4 comments:

  1. Fuh kat miri tok baru reda jerebu, ada hujan sikit2, ariya certain tpt over 400 API nya. Hari panas siney2, kena minum aik byk2 tok

    ReplyDelete
  2. Panas sangat cuaca tu sampai terbakar hutan.

    ReplyDelete
  3. Panass rentung..hrni nak gi awal RnF, nak minum kopi hahahahaa

    ReplyDelete
  4. Kena waspada api tu mmg Boleh berulang Kali terbakar. Parit lahjerebu ..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.