Ticker

6/recent/ticker-posts

Singgah Sebentar di Masjid Negeri Sultan Abu Bakar Yang Dah Siap Renovate

Singgah Sebentar di Masjid Negeri Sultan Abu Bakar Yang Dah Siap Renovate | Hari tu, masa Johor takde air 23 jam, lepas makan dekat Mee Rebus House, saya ajak la dak Farah dan dak Ain ke Masjid Negeri Sultan Abu Bakar yang baru siap renovate tu.


Ingatkan nak solat Asar kat situ, tapi dah siap hampar sejadah semua, rupanya air tangki diorang pun dah habis pada hari tersebut. Berhuhuhu je lah kitorang. Tapi takpe lah, dapat tengok masjid yang cantik ni pun alhamdulillah, dah puas hati.


Menurut web Malaysia Travel, pembinaan masjid ni menandakan permulaan proses modenisasi Johor dalam tahun 1892, yang ditauliahkan oleh Bapa Pembangunan Moden, iaitu Almarhum Sultan Abu Bakar. Masjid ni mengambil masa lapan tahun untuk dibina dan siap sepenuhnya dalam tahun 1900.


Masjid yang dibangunkan di atas sebuah bukit kecil di tepi Selat Tebrau ni mempunyai 4 buah menara yang menyerupai beberapa buah masjid di negara-negara Asia Barat terutamanya di Mesir. Menaranya berbentuk 2 tingkat bulat di atas dan empat persegi di bawah serta berkubah. Masjid ni boleh memuatkan kira-kira 3,000 umat Islam bersolat.


Seni bentuk bangunan masjid ni telah direka oleh Tuan Haji Mohamed Arif bin Punak di bawah penguasaan jurutera Yang Berbahagia Dato' Yahya bin Awalluddin. Masjid ni juga merupakan mercutanda yang membuktikan bahawa jurutera-jurutera Melayu juga berkeupayaan membina bangunan-bangunan besar yang indah dan kukuh seperti di Eropah dan Timur Tengah pada hujung abad ke-19. Senibina masjid ni merupakan campuran pelbagai gaya tetapi asasnya diambil dari gaya Victoria. Dikatakan bahawa kubah masjid ni menyerupai menara pemerhati di Britain. 


Bangunannya empat persegi dan banyak dipengaruhi oleh ciri-ciri bina Islam. Masjid ni berbentuk bujur sangkar dengan 4 buah anjung yang masing-masing mempunyai menara kubah. Hari ini, masjid Sultan Abu Bakar tersenarai sebagai monumen bersejarah yang dipelihara oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti.


Cantik kan design dia? Lebih kurang sama dengan sebahagian bangunan Jabatan Agama Islam Negeri Johor di sebelahnya. Nampak klasik dan instaworthy sangat. Tak hairan lah ramai pengunjung yang datang untuk solat kat sini sambil menikmati keindahan masjid ni.


Insya'Allah nanti nak pergi lagi tunaikan solat pulak kat sini sebab hari tu takde rezeki.

Post a Comment

9 Comments

  1. wah, dah cantik dah...haritu pegi masih dalam proses renovate lagi

    ReplyDelete
  2. tak pernah singgah sini...sbb suami suka solat kat petronas

    ReplyDelete
  3. Belum kesampaian nak singgah...insyaAllah one day ...

    ReplyDelete
  4. MashaAllah cantiknya.. i love the colour and the a bit of vintage elements in it. I'm a sucker for beautiful architecture and this is amazing!

    ReplyDelete
  5. tulahh tapi sayangnya waktu tu tiada air.. huhu

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com