Ticker

6/recent/ticker-posts

Cara Untuk Buat Pajak Gadai Emas di Agro Bank

Cara Untuk Buat Pajak Gadai Emas di Agro Bank | Emas adalah salah satu aset simpanan selain daripada duit. Kelebihan menyimpan emas adalah, nilainya akan semakin naik seiring dengan masa dan kita boleh jadikan sebagai cagaran untuk membuat pinjaman. Tak kisah lah sama ada kita nak buat pinjaman untuk memulakan perniagaan ke atau sebab terdesak sangat perlukan duit untuk urusan yang penting.


Kalau dulu, kita nak gadaikan emas secara Islamik dan boleh dipercayai, kena pergi Ar-Rahnu Bank Rakyat saje. Sekarang dah semakin banyak tempat yang ada sistem pajak gadai Ar-Rahnu termasuklah kat pejabat pos. Nak gadaikan emas ni kita boleh survey dulu mana tempat yang caj upah simpan murah dan bagi margin pinjaman yang tinggi.

Tapi kenapa nak gadaikan emas berkonsepkan Islam di Ar-Rahnu? Selain daripada bebas daripada riba macam dalam sistem gadaian emas konvensional, ada banyak kelebihan bila kita buat gadaian emas di pusat gadaian Islamik, iaitu:

  1. Tidak dikenakan faedah/riba sebaliknya menggunakan konsep upah simpan.
  2. Wang lebih gadaian dipulangkan jika emas yang tidak ditebus dilelong.
  3. Cas perkhidmatan yang rendah.
  4. Tiada unsur penipuan semasa membuat penimbangan.
  5. Tempoh membayar balik yang munasabah.
  6. Kalau emas hendak dilelong, notis akan diberikan kepada penggadai.

Saya nak kongsikan sendiri pengalaman saya membuat pinjaman bank melalui cagaran emas di salah satu bank yang ada sistem Ar-Rahnu, iaitu Agro Bank. Kenapa saya pilih Agro Bank? Sebab upah simpannya murah dan margin pinjaman dia boleh mencapai 80%, lebih tinggi daripada Ar-Rahnu Bank Rakyat. Jadi, kita boleh pinjam setinggi yang boleh daripada barang kemas yang dicagarkan.

Di Ar-Rahnu Agro Bank, upah simpan bergantung kepada jumlah nilai Marhun, iaitu nilai semasa barangan kemas kita. Kalau nilai Marhun lebih daripada RM5001, upah simpan adalah RM0.75 aje bagi setiap RM100, lebih kurang sama dengan Ar-Rahnu Bank Rakyat, tapi lebih murah daripada Ar-Rahnu Pos Malaysia. Upah simpan ni adalah untuk tempoh 6 bulan sahaja, dan boleh bayar masa nak tebus barang kemas kita. Tapi andai kata dalam tempoh 6 bulan tu kita belum mampu nak tebus barang kemas yang digadaikan, di Agro Bank, kita boleh lanjutkan tempoh simpanan sehingga maksimum 5 tahun, setiap 6 bulan sekali.

Untuk buat pinjaman dengan cagaran emas, just bawak aje barang kemas korang ke mana-mana Agro Bank yang ada menyediakan sistem Ar-Rahnu, then isi borang untuk buat pinjaman. Pastikan uols ada maklumat pendapatan yang meyakinkan. Macam saya kan student, tapi saya ada perniagaan sampingan yang didaftar dengan SSM. Nombor SSM tu nanti kena isi kat borang tu. Kalau ada kerja tetap, lagi bagus.

*Tapi kat Ar-Rahnu Bank Rakyat, tak perlukan semua tu. Just isi borang simple aje.

Then nanti nombor giliran kita akan dipanggil untuk masuk bilik khas bagi pelanggan yang nak buat urusan Ar-Rahnu. Emas kita akan diperiksa ketulenan dan beratnya. Baru lah dia bagi nilai pinjaman maksimum yang diorang boleh kasi. Prosesnya tak sampai sejam pun, nanti dah dapat surat pajak gadai dan jumlah pinjaman kita. Surat pajak gadai tu kena simpan untuk buat penebusan semula barang kemas kita nanti, dan sebagai rujukan no akaun Ar-Rahnu kita.

Kita boleh tebus barang kemas dengan membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman atau bayar secara ansuran dalam tempoh 6 bulan upah simpanan. Kalau nak bayar secara ansuran, boleh datang ke mana-mana Agro Bank untuk membuat bayaran di kaunter atau di mesin cash deposit. Asalkan ada no akaun Ar-Rahnu. Tapi kalau takde masa nak ke bank, boleh juga buat online transfer IBG melalui Maybank2U sahaja buat masa ni. Transfer ke akaun Bank Pertanian Malaysia (Agro Bank), dan masukkan no akaun Ar-Rahnu kita untuk buat bayaran sikit-sikit sampai lah boleh ditebus nanti. Upah simpan pun boleh buat secara online juga.

Haa, senang kan?

Semoga bermanfaat buat semua yang memerlukan.

Rujuk selanjutnya di Ar Rahnu - Agrobank.

Post a Comment

2 Comments

  1. Untung simpan emas sebab nilainya sentiasa meningkat.
    Jangan lupa bayar zakat bila cukup haul

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com