Ticker

6/recent/ticker-posts

Happy dan Enjoy Gilerrr LEGOLAND Brick-tacular Holidays 2019

Happy dan Enjoy Gilerrr LEGOLAND® Brick-tacular Holidays 2019 | Uols tahu tak LEGOLAND® Malaysia Resort tengah musim Brick-tacular Holidays sekarang ni? Yeee, bulan ni kan bulan musim cuti sekolah dan cuti perayaan Krismas. Dari 1hb sampai lerr 31hb Disember 2019, LEGOLAND buat special event: Brick-tacular Holidays 2019.


Saya berkesempatan untuk jenguk-jenguk apa yang menarik sempena event ni Sabtu lepas. Ape? Sabtu? Tak ke penuh LEGOLAND tu? Ye lerr, memang penuh tapi masih ok lagi lah. Tambahan pulak, saya pilih hari Sabtu masa tu sebab nak ajak housemate-housemate ku yang bekerjaya. Tapi akhirnya semua tak free pada hari Sabtu tu. Tiket pulak dah booked, tak dapat lah nak tukar tarikh sesuka hati. Jadinya, saya ajak lah kawan-kawan lain yang free seperti Farahain, Zaki dan Midot 😝

Kitorang gi sana pagi dalam pukul 10.30 gerak dari rumah last pickup. Sampai LEGOLAND dalam pukul 11 gitu, alhamdulillah, barisan kaunter tiket tak panjang sangat. Terus berbaris dekat Window 1 untuk ambil tiket. Kat Window 1 ni, kalau uols dah beli tiket online, haaa sini tempatnya untuk berbaris. Kalau nak beli on the spot, pergi window nombor lain ye 😜


Masuk aje dalam LEGOLAND, eeee cantiknyaaa kat The Beginning dia! Lawa sangat dengan hiasan ala-ala Enchanted Forest gitu, dah memang temanya Enchanted Forest pun! Macam fairytale kisah puteri-puteri pun adooo. Sebab tu kitorang tak lepaskan peluang ambil gambar acah-acah Cinderella naik kereta kuda ni.


Tapi kudanya ghaib, haha!

Tengah nak menapak ke pentas The Beginning, nampak pulak sebatang makhluk unik yang sangat tinggi berwarna coklat. Eeee comel macam Groot dalam Guardian of The Galaxy! Ape lagi, saya kejar dia untuk ambil gambar! Sekali dia letak tangan dia atas kepala seketul Sunah!


Mak ai, berat gilerrr oi! Hahahah! Seram betul jari dia yang panjang tirus tu depan mata. Tapi nak ambil jugak gambar buat kenangan, sanggup ku redah pelbagai halangan. Wakakaka! Terima kasih Enchanted Giant Tree sebab layankan kita. Hihi.

Kat The Beginning ni, hampir setiap hari sepanjang bulan Disember ni ada show. Mula dari Opening Ceremony pukul 10 pagi, The Naughty Pixie Show, The Lumberjacks (breakdancers), LEGO® Friends Festive Special, Live Brass Band March sampai la ke Enchanted Spectacular Farewell Parade, semuanya berlaku kat sini. Uols boleh klik gambar kat bawah untuk tengok waktu show diorang, kot-kot nak setting masa bermain kat taman tema dan tak nak terlepas apa-apa show.




Oh, kat The Beginning ni jugak ada The Elves Workshop dan Santa Grotto. The Elves Workshop ni lebih kepada permainan bina bangunan guna lego, kiranya uols bantu Elves kat sini siapkan hadiah untuk Krismas tak lama lagi. Kat Santa Grotto tu pulak, uols boleh masuk ke dalam kabin Santa dan sambut perayaan dengan dia. Eh, tak ambik pulak gambar dalam kabin dia ri tu!



Ehhh, sebelum uols meneruskan perjalanan ke taman tema, jangan lupa ambil Advent Calendar kat booth depan pentas The Beginning tu. Advent Calendar ni uols boleh guna untuk dapat peluang menang cabutan bertuah! Caranya, isi nama-nama Elves yang uols nampak kat Miniland dalam borang Advent Calendar tu, dan masukkan dalam peti kat booth tu sebelum waktu cabutan sebelah petang. Setiap hari tau diorang buat, haa mana tau ada rezeki uols kannnn!


Nampak tak elf kaler merah tu? Nakal tauuu dia!

Ok, dah boleh pergi enjoyyyy kat Taman Tema! Ape lagi, naik roller coaster lerrr! Dah lama memendam rasa nak naik. Bahahaha! Midot tu pertama kali pergi LEGOLAND, memang aku heret terus naik roller coaster, bagussss! Sportinggg, walaupun memula macam gerun gak dia. Hahaha! Suka betul tengok muka happy memasing!


Selain naik roller coaster, kitorang pergi jugak Star Wars™ Miniland buat kali terakhir sebelum set ni tinggalkan LEGOLAND. Entah apa pulak gantinya nanti kat sini ek?



Tengahari, kitorang berhenti kejap sebab masing-masing dah lapar. Isi perut dekat Pizza Mania. Kim pun join sekali, sepatutnya kawan-kawan dia ada juga, tapi di saat akhir, anak salah seorang kawan dia demam pulak. Jadi kami pun enjoy berlima lah! 

Pizza tu ada special set juga sempena Krismas. Tak ingat namanya tapi pizza topping daging ayam dengan lapisan sos kranberi, ko adoo? Haha! Sedap jugak uikk! Set pizza special tu didatangkan dengan dessert dan air botol.



Lepas makan dan solat Zohor, gi naik The Dragon roller coaster dekat LEGO® Kingdom. Ni la roller coaster paling menyeramkan kat sini, tapi sekejap je da habis ride. Rasa nak duduk ulang balik aje. Hahaha! Keluar dari castle tu lerr nampak ada Jingle Bell Ball Live kat The Castle Stage. Budak-budak suka la sebab ada kemunculan Emmet. Syok memasing bergambar dengan dia.


Bila dah puas meneroka taman tema tu, kitorang ke SEA LIFE pulak. Sebab tiket tu tiket combo Double Park, rugi lerr kalau disia-siakan. Kat SEA LIFE ni, sempena Krismas pun ado aktiviti menarik dia! Uols boleh cuba cari 5 tempat Santa dan Reindeer dia bersembunyi, semua tu dalam akuarium tau! Haha, dahsyattt Santa menyelam! Nanti da jumpa, ambil gambarnya dan upload semua tu ke Instagram, jangan lupa bubuh hashtag #LEGOLANDMalaysia #SEALIFEMalaysia #SEAMerryFishmas2019, kat SEA LIFE Shop nanti ada kejutan untuk uols.


Selain dari aktiviti mencari Santa yang hilang tu, uols boleh juga bawa anak-anak join aktiviti Meet Santa Sharkie di SEA LIFE Photo Opportunity Area, setiap hari pada pukul 3:30 pm - 3:45 pm, juga See Santa in the Sea di Ocean view pada hari Selasa dan Jumaat pada pukul 2.00 pm - 2.15 pm.


Memang syok laaa pergi LEGOLAND bulan Disember ni, tapi kalau pergi sehari je rasa tak cukup oi! Kena bermalam kat Hotel LEGOLAND tu, then esoknya explore lagi park dia, baru cukup agaknya. Hahaha!

Lagi best, sempena Brick-tacular Holidays 2019 ni, LEGOLAND ada buat promo harga tiket tau!

Buy 2 Adult Tickets and get 1 Child Ticket FREE
Limited to:
1-Day Triple Park Combo (Theme Park + Water Park + SEA LIFE)
&
1 Day Double Park Combo (Theme Park + SEA LIFE)


Untuk maklumat lanjut:

Post a Comment

3 Comments

  1. bestnya, tingin nk ajak aiyan ke sana, tapi lepas-lepas cuti sekolah la, sebabnya kalau sekarang ni mesti lah sesak ramai yang ke sana kan

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com