Ticker

6/recent/ticker-posts

Homestay Sungai Sireh Menjanjikan Pengalaman Luar Biasa

Homestay Sungai Sireh Menjanjikan Pengalaman Luar Biasa | Tak keterlaluan kalau saya katakan, pengalaman yang saya dapat di Sungai Sireh ni adalah sangat luar biasa. Berpeluang untuk merasai kehidupan kampung dalam suasana dikelilingi panorama keindahan alam semulajadi, bukan lah sesuatu yang baru. Tetapi aktiviti yang dilakukan sepanjang kat sana tu lah antara perkara pertama yang saya alami dalam hidup.


Agrotourism Homestay Sungai Sireh terletak di pekan penanaman padi Kampung Ampangan, Tanjung Karang, dalam daerah Kuala Selangor. Ia merupakan sebuah desa pertanian yang menjadi pengeluar pelbagai buah-buahan tempatan, bunga-bungaan dan bermacam jenis hasil semulajadi. Dan masa tengah makan tengahari kat balai sana lah baru saya tahu, Selangor juga merupakan antara pengeluar padi utama negara selain daripada Kedah dan Perlis.

Saya dan rakan-rakan media lain diberi peluang untuk join aktiviti yang diadakan kat Homestay Sungai Sireh ni. Tapi kitorang tak bermalam pun, just spend masa dari tengahari sampai petang buat aktiviti kat sini. Lepas makan tengahari, kitorang selesaikan dulu solat jamak Zohor dengan Asar kat surau balai sebelum memulakan aktiviti. Suraunya satu je ya, tak ada pisah lelaki perempuan. Semua solat dalam satu surau tu aje.

Difahamkan, kat homestay ni uols boleh ambil pakej aktiviti lengkap bermalam, antaranya tinggal bersama keluarga angkat, aktiviti kampung, berkayak, ’jungle tracking’ aktiviti memasak makanan tradisional, aktiviti sawah padi, memancing di tali air dan pertunjukan kebudayaan, dengan kadar bayaran dari RM40.00 - RM110.00 seorang untuk pelajar, manakala dari RM60.00 – RM200 seorang untuk pelancong.

Nak tahu apa yang kitorang buat? Nah, saya kongsikan gambar dan sedikit penerangan tentang aktiviti kami sepanjang kat Homestay Sungai Sireh.


Mewarna batik ikut suka hati. Haha! Dah selalu kena paksa buat kan, pantas lah siap 😜 Keluar surau je terus kena mewarna batik. Hentam saja la labuuu, asalkan siappp sebab dah tak sabar nak explore kampung kekdahnya.


Naik bajak sekeliling kampung. Bersempit-sempit lah kami dalam bajak tu sebab nak cukupkan 35 orang, lagi satu bole naik bas tapi bas pun kene bersempit jugak kalau lambat naik. Haha. Setiap kali nak lintas pokok besar tepi jalan, amaran diberikan kepada yang berdiri pada bahagian tepi bajak. Takut tersondol lak kang.


Main game cari tumbuhan herba dan alat pertanian sekitar homestay. Time ni kami dibahagikan ikut kumpulan, kena ambil 10 gambar dari perkataan yang kitorang jumpa dalam word puzzle. Berebut masing-masing nak tunjuk ilmu tumbuhan herba siapa paling tinggi. Haha!


Mengenali alat pertanian lama yang dah tak digunakan lagi. Dalam gambar ni, alat untuk mengusung kayu balak dan juga kentong atau beduk. Oh, rumah homestay yang kitorang lawat adalah milik Pak Amat, salah seorang petani lama yang rumahnya dibina dari kayu balak juga.


Memancing ikan keli. Antara benda paling susah nak buat, tapi alhamdulillah, tak sangka seketul Sunah berjaya mengumpan seekor keli dengan bantuan tips daripada Azizi, videographer Terengganu dari page Facebook OrangKite.


Sekelip mata terus dapat ikan. Haha. Terima kasih cikgu!


Menanam padi dalam bendang. Aiyak, masa ni dalam hati kata, nasib baik la kitorang tak payah tanam, abis berselut 😝 Keji kan, tapi kalo ditetapkan team kami kena menanam, akan daku pasrahkan diri demi pengalaman.


Menggagau ikan keli. Memula tak faham, apa tu menggagau. Rupanya tangkap ikan guna tangan. Aiyokk. Tak kena sengat pulak diorang ni tangkap gitu aje. Seronok tengok diorang bersuka ria dalam selut tu. Hahaha! Tapi aktiviti ni pernah tengok encik suami buat jugak kat kampung dia.


Mandi dalam palong. Tapi yang ni saya tak buat lah. Haha. Tak yakin lerr nak masuk dalam tu. Lepas tu bukan ada baju spare pun. Jenis bawak baju cukup-cukup ni susah sikit. Hahaha! Oh, palong kat Kampung Ampangan ni adalah sistem pengairan padi terbaik kat Malaysia setakat ni ya.


Minum air kelapa fresh. Ahhhh, sedap anak tekak. Hujan-hujan time tu, dapat air kelapa, bertambah segar jadinya. Hahaha.

Haaa, tu lah antara aktiviti yang kitorang buat masa kat sana. Selain aktiviti tu, nampak jugak kumpulan trip lain datang berkayak dalam sungai. Perghhh, jeles sehhh! Nak kena datang lagi ni buat team building kat sini!

JDT Blogger, nak tak?


De Seri Niaga Enterprise
Agrotourism Homestay Sungai Sireh
Pusat Penerangan Pelancongan Parit Satu Kampung Ampangan
45500 Tanjung Karang

No Tel: 019-346 7372 / 03-3269 2400
No Faks: 03-3269 2400

Blogspot:

Email: sgsireh@gmail.com

Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program
Lawatan Media Sempena Malam Penghargaan Media & Industri Tourism Malaysia 
bertempat di Selangor, yang telah berlangsung pada 13 - 15 Disember 2019 
anjuran Tourism Malaysia

Post a Comment

6 Comments

  1. wah menarik sangat. kami lani pun takda turun bendang sebab takda ramai yg buat. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke...kami kalo balik kedah pun biasa tangkap gambaq ja...tiberr cakap utagha...haha

      Delete
  2. Nasib baik Sis mko tak nangis masa ni tau, sebab teruja sangat dengan kampung huhuhu jiwa tisu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. heyyy kalo nangis pun tak guna sebab hujan....ahahahhaha

      Delete
  3. Cantiklah homestay ni. siap boleh mancing dan bertani lagi tu. aktiviti yang sangat menarik lah

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com