Ticker

6/recent/ticker-posts

Bolehkah Daun Semambu Merawat COVID-19?

Bolehkah Daun Semambu Merawat COVID-19? | Daun semambu ni daun apa sebenarnya? Saya baru kenal daun ni beberapa tahun lepas, bila veterinar bagi krim yang mengandungi daun semambu atau dalam bahasa yang lebih dikenali - daun neem; untuk merawat luka lepas pembedahan ke atas kucing saya yang dipotong kakinya.

Baca sini: Kiki Takde Kaki

Kenali Pokok Semambu

Kredit: Wikipedia

Mula-mula saya sebut pasal daun neem ni masa sapu kat luka Kiki, kak Ajan terus cakap, '"owh, orang India selalu pakai ni." Bau dia memang tak boleh tahan. Bertabah je lah masa rawat luka Kiki tu, lepas dah sapu kat luka, terus cuci tangan guna sabun banyak-banyak sebab bau dia adoiiii busuk lerrr.

Menurut Wikipedia, pokok semambu dianggap sebagai pokok perubatan dan telah digunakan dengan tujuan ni kat India selama lebih 2,000 tahun lalu.

Namun begitu, kajian-kajian masih kurang mencukupi untuk mengesahkan manfaat kesihatan minyak semambu. Amalan minyak semambu secara kecil-kecilan dalam kalangan orang dewasa adalah selamat, tetapi amalan dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan hati; malah minyak semambu adalah beracun terhadap kanak-kanak dan boleh membawa maut.

Dalam makanan, pucuk dan daun pokok semambu dimakan sebagai ulam-ulaman di India dan tanah besar Asia Tenggara. Manakala dari segi kebudayaan, pokok semambu juga digunakan dalam upacara keagamaan Hindu dan banyak ditanam berhampiran kuil.

Penggunaan Daun Semambu bagi Wabak COVID-19

Kebelakangan ni tular kononnya daun semambu boleh merawat COVID-19. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengupas isi viral daun semambu ni dalam satu forum Live di laman Facebook MOSTI bersama pakar imunologi dan virologi, Profesor Dr Shamala Devi Sakaran.

Menurut Profesor Dr Shamala, takde bukti perubatan dan kajian saintifik menunjukkan bahawa penggunaan daun semambu atau neem dapat merawat koronavirus (COVID-19) seperti yang tersebar dalam media sosial.

Fahami MITOS dan FAKTA mengenai daun semambu (neem) melalui info grafik dari twitter KKM Portal My Health ni.


Dari segi MITOS, daun semambu digunakan secara tradisional untuk pelbagai jenis demam dan jangkitan, tapi dari segi FAKTA, takde rekod yang jelas bagi dos yang perlu diambil untuk merawat demam dan jangkitan tu.

Dari segi MITOS, daun semambu dikatakan boleh digunakan ke atas manusia bagi merawat wabak COVID-19, tapi dari segi FAKTA, buat masa ni hanya ada kajian ke atas sel (in vitro) dan haiwan (in vivo) yang dijalankan ke atas virus hepititis C, denggi dan polio. Takde kajian dijalankan ke atas coronavirus yang menyebabkan COVID-19.

Dari segi MITOS, daun semambu dikatakan boleh merangsang sel imunisasi atau pertahanan badan, tapi dari segi FAKTA, takde kajian keberkesanan ke atas sistem imunisasi manusia kecuali kajian sel (in vitro) yang fokus ke atas bakteria dan bukan virus.

Dari segi MITOS juga, penggunaan daun semambu tak mendatangkan kesan sampingan dan selamat digunakan, tapi dari segi FAKTA, boleh baca balik kat perenggan ketiga bahagian Kenali Pokok Semambu kat atas tadi. Malah, penggunaan daun semambu oleh wanita hamil boleh menyebabkan keguguran.

Haa, begitu lah perbandingan antara MITOS dan FAKTA tentang daun semambu ni.

Semoga bermanfaat.

Post a Comment

26 Comments

  1. jangan percaya mitos tetapi percaya fakta..

    dan yakini kekuasaan Allah SWT sahaja

    ReplyDelete
  2. hmmmm...
    kalau aida, more to fakta, sunah.
    mitos ni most of it tak boleh diamalkan, takut menjadik lain plak!
    ada je yg boleh kita pakai. tapi utk ni, nanti la dulu kan.
    biar ada kajian secara saintifik, then ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, betul...biar orang kaji betul2 dulu, then da confirm, baru guna...

      Delete
  3. takut juga if ikut mitos nanti lain jadinya. ikut fakta kena tunggu lah kan, kena ada kajian yang sahih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul...tak berani nak main cuba2 kalau kesan sampingannya banyak sangat

      Delete
  4. Fuhhhhh.. Perlu banyak kajian dilakukan... tp bila ada penyakit baru muncul, memang ambil masa juga untuk buat kajian macam nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tu bro...kena ambil masa juga nak pastikan benda ni sahih...

      Delete
  5. kajian memakan masa yang lama untuk dikaji. lain la kalau ada udang disebalik mee. mereka yang buat virus, dah tentu mereka akan buat vaksin sekali. tetapi apa-apapun kita ikut sahaja saranan dari kkm, jarakkan diri, pakai mask dan sentiasa bersihkan tangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada juga terfikir benda tu..lagi2 bila tengok cerita Kingdom kat netflix tu...huhuhu

      Delete
  6. Okay........ this is a good information. Sama2 kita doakan semoga covid-19 dpt dibasmi. Take care and stay at home safe.

    ReplyDelete
  7. Rakyat Malayis mudah kalau disigok dengan benda viral yyang tidak sahih. Penting buat kita dapat info yang sahih sebelum share. Tunngu dah rasi dari WHO atau KKM barulah dipercayai kan.

    ReplyDelete
  8. baru kenal daun semambu ni. Apapun kena ikut fakta sebab bergantung pada mitos tak menyakinkan. fakta dan kajian lebih selamat.

    ReplyDelete
  9. Mula aku baca tajuk je nak gelak aku oii..ada ke daun semambu boleh jadi penawar covid...hahahaha kalau betul, tak payah laa usah payah saintis cari ubat ek...adoiii...aku tau daun ni ubat gatal cikenpox aje hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeee, tu pun salah satu kegunaan dia yang kak ajan pernah cakap...

      Delete
  10. boleh je amalkan, asalkan jgn memudaratkan kita. cth hari tu ramai meninggal sebab minum alkohol (sbb katanya blh lawan covid), kita blh pertimbangkan sendiri kot benda tu bahaya or not. benda yang belum terbukti berkesan, tak semestinya tak berkesan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu...minum alkohol boleh lawan covid, mesti sebab salah guna info hand sanitizer mengandungi lebih 60% alcohol boleh bunuh virus tu kan...

      Delete
  11. Bahaya jugak ya minyak semambu nie kalau digunakan tanpa kawalan. Ingatkan yg baik2 je. Boleh jadi xbaik jugak rupanya

    ReplyDelete
  12. sebab tu kalau fakta2 dari sumber yang saya tak tahu, memang saya tak akan percaya. Banyak sangat fake news sekarang ni :)

    ReplyDelete
  13. I m not sure about this, need to get kelulusan from KKM

    ReplyDelete
  14. Tlg la diorg ninjgn la sebatkan perkara yg. Belum tentu sahih

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com