Ticker

6/recent/ticker-posts

Covid-19: Masuk Maybank Pun Kena Saringan Suhu

Masuk Maybank Pun Kena Saringan Suhu | Ku sangkakan, kisah Covid-19 mula reda, rupanya ada lagi pertambahan dari hari ke hari. Setakat hari ni, dah jadi 29 kes Covid-19 kat negara ni, dengan 22 orang pesakit dah sembuh, manakala 7 orang lagi masih menerima rawatan.

Patut lah tadi pagi pergi Maybank nak buat urusan pembukaan akaun syarikat, pak guard tahan dulu kat pintu masuk. Dia ambil suhu kat dahi guna termometer digital tu. Tapi macam tak berapa serius aje dia ambil. Ambil aje, dahhh. Tak tengok pun suhu berapa. Ke dia tengok ek, tapi dengan lajunyaaaa berdesuppp sebab da buat hari-hari sejak Covid-19 bermula. Saya je tak perasan, hahaha!

Macam ni la rupa diorang saring suhu tu. Gambar: Bernama

Rupanya lepas reda hari tu, sekarang ni tengah gelombang kedua pulak start dari 27 Februari 2020. Sekarang, dengan Indonesia sekali dah ada dua kes positif Covid-19. Daripada sebelum ni tak ada, akhirnya menembusi negara diorang, dan sumbernya dari kontak rapat dari kes kat Malaysia, Allahu!

Uols rasa, Malaysia ni macam mana ha? Risau pulak nak keluar ke mana-mana tempat yang ramai orang. Hand sanitizer pun dah hilang ni entah ke mana. Kena la beli yang baru pulak. Dah la sekarang ni susah nau nak cari hand sanitizer, banyak dah habis. Dahsyat rakyat Malaysia ni. Haha!

Apa-apapun, rujuk segala maklumat terkini tentang Covid-19 hanya di page rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia saje. Tak kisah lah orang kata KKM ni sembunyikan fakta ke apa, tapi daripada kita menyebarkan berita palsu yang akan mengundang kekecohan, baik kita tunggu aje maklumat sahih lagi benar.

Kalau uols ada apa-apa persoalan, boleh rujuk terus nombor hotline KKM ni.


P/S: Sekarang tengah layan drama Korea Doctor John, ada satu episod tu tentang Nipah Virus, boleh nampak la macam mana pihak Korea menangani kes-kes penularan virus kat sana, terus teringat Covid-19 ni, macam tu jugak la rupanya kan.

Post a Comment

5 Comments

  1. Minta dijauhi daripada wabak covid-19 ni

    ReplyDelete
  2. aritu lepas kes last covid19 kat malaysia ingat memang dah selamat lah, rupanya ada lagi...
    cuma akak rasa terkilan jugak lah mcmne nurse pelatih yang urus pesakit covid19 boleh tak guna apa pun ciri-ciri keselamatan ... lepastu bila dah terjangkit risau terjangkit pada yang lain lak...
    moga cepat sembuhla semua pesakit covid19 kt malaysia ni

    ReplyDelete
  3. kalua demam, mungkin alat tu berbunyi, so bila takde bunyi tu yg berdesup jer pak guard check kot, hihi. Agaknya laa

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com