Resepi Popia Kentang Mudah dan Sedap!

Resepi Popia Kentang Mudah dan Sedap! | Menu berbuka dua hari lepas, simple aje. Nasi goreng campak-campak Nada dan dua jenis popia. Nada buat popia sayur, saya buat popia kentang. Tak plan pun nak buat popia kentang ni dalam list menu Ramadhan, tiba-tiba je terdetik nak buat sebab ada kentang kat rumah. Buat separuh-separuh lah. Popia sayur sikit, popia kentang sikit.

resepi popia kentang mudah dan sedap

Bentuk pun macam popia biasa aje, tak reti nak buat bentuk segitiga samosa tu. Dah cuba gak hari tu, tapi jadi bentuk apa tah. Terlupa ambik gambar dia, ambik gambar yang cantik aje. Haha! Untuk popia kentang ni, ikutkan resepi asal dia letak isi ayam sikit. Tapi demi berjimat pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, kita tukar sikit lah. Kita letak kentang aje, tapi kita tambah satu bahan rahsia. Jeng jeng jeng!

Kiub Daging Maggi!

Wallawehhh, sedap jugak tau! Alhamdulillah. Rasa stok daging tu meresap ke dalam kentang yang empuk, haa gitu! Jom lah kita tengok resepi ekkkk!

resepi popia kentang mudah dan sedap

Popia Kentang
Saiz: 15 biji
Masa penyediaan: 1 jam 30 minit

Bahan-bahan:
3 biji kentang saiz sederhana (dipotong dadu)
1/2 biji bawang Holland (dipotong dadu)
2 ulas bawang puting (dicincang halus)
1 1/2 sudu besar serbuk kari
1/2 sudu besar serbuk cili (boleh tambah lagi kalau nak pedas)
1/2 kiub daging Maggi
Daun saderi (dipotong halus)
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis dan menggoreng
15 helai kulit popia
Air bancuhan tepung gandum untuk melekat popia

Cara-cara membuat inti popia kentang:
  1. Gaulkan serbuk kari dengan serbuk cili bersama sedikit air hingga menjadi pes.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang Holland dan bawang putih hingga bawang layu. Masukkan pes kari dan cili tadi. Tumis sampai garing dan terbit minyak.
  3. Masukkan kentang, tambah air hingga kentang tenggelam.
  4. Masukkan kiub daging Maggi dan gaul rata.
  5. Masak hingga kentang empuk dan airnya kering, perasakan dengan gula dan garam mengikut citarasa.
  6. Akhir sekali masukkan daun saderi, gaul dan matikan api.
  7. Angkat dan sejukkan sekejap.


Untuk membuat popia kentang:
  1. Ambil kulit popia dan letakkan inti.
  2. Lipat dan gulung popia, letakkan pelekat supaya popia tak terbuka masa menggoreng.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, goreng popia hingga kekuningan.
  4. Hidangkan bersama sos atau dimakan begitu sahaja.

6 comments:

  1. Waaa sedapnya...puasa ni belum ada buat popia punn, malas..beli aje hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah nada yang rajin beli kulit popia..aku apa lagiiii...

      Delete
  2. ala-ala karipap guna kulit segera ni..okay gak kan buat popiah inti kentang. Rare sikit.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com