Bukan Semua Makanan Boleh Sumbat Dalam Peti Ais! | Uols ada tak kawan yang jenis semua makanan nak disumbat dalam peti ais? Ke uols sendiri ni jenis suka sumbat makanan dalam peti ais? Tapi tahu tak sebenarnya bukan semua makanan sesuai disimpan dalam peti ais?

Jenis makanan yang tak boleh disimpan dalam peti ais

Tak dinafikan, bila ada makanan yang tak habis atau berlebihan, dah tentu uols akan rasa sayang untuk membuangnya. Apatah lagi kalo bendanya masih dalam keadaan elok dan boleh dimakan. Maka penyelesaian yang mudah adalah dengan menyimpan di dalam peti ais atau peti sejuk (refrigerator / fridge). Sumbatlah segalanya dalam freezer tu.

Bukan Semua Makanan Boleh Sumbat Dalam Peti Ais

Tapi hakikatnya, tak semua makanan sesuai atau boleh disimpan di dalam peti ais. Malahan ada makanan yang akan rosak kalo dimasukkan ke dalam peti sejuk. Jom kita ketahui jenis-jenis makanan tersebut!

1. Madu
Madu adalah antara makanan yang tak sepatutnya diletakkan di dalam peti sejuk. Ini kerana dalam keadaan sejuk, madu akan bertukar menjadi butiran kristal dan keras seperti batu. Menyimpan madu di dalam peti sejuk juga akan menjejaskan kebaikan makanan yang kaya dengan khasiat ni.

2. Roti
Jika uols mungkin akan menghabiskan roti uols dalam tempoh masa beberapa hari, sebaiknya jangan disimpan di dalam freezer. Suhu yang sejuk akan menukar struktur roti dan menjejaskan rasanya. 

Tetapi mungkin uols boleh menyimpannya jika uols akan menggunakannya lebih daripada seminggu dan jangan lupa untuk panaskannya di dalam toaster atau oven sebelum makan. 

3. Tembikai
Ahhh…best-nya dapat makan buah tembikai yang sejuk. Tetapi buah tembikai seeloknya diletakkan dalam suhu bilik. Kenapa ek? Kerana terdapat penyelidikan yang mendapati antioksidan di dalam tembikai dapat dikekalkan apabila berada dalam suhu bilik berbanding suhu yang sejuk. 

4. Pisang
Pisang yang disimpan di dalam peti sejuk akan menyebabkan perubahan pada kulitnya. Ia akan menjadi hitam dan ada masanya ia akan menjejaskan rasa buah ni. 

5. Kacang
Suhu yang sejuk dapat mencegah minyak semula jadi yang terkandung dalam kacang menjadi tengik. Tetapi, persekitaran yang sejuk boleh menjejaskan rasa kacang. Malahan kulit kacang juga boleh menyerap bau makanan lain yang disimpan di dalam fridge. 

Sebaiknya, simpanlah kacang di dalam bekas kedap udara dan letakkan di pantri. Jika uols ada menyimpan kacang di dalam fridge, uols boleh toast kacang tu di atas pan sebelum menggunakannya. 

6. Pastri
Pasti ada yang menyangka, cara terbaik untuk menyimpan lebihan pastri adalah di dalam peti ais, termasuklah saya sendiri. Walau bagaimanapun, cara terbaik adalah dengan menyimpan ia di dalam beg kertas dan disimpan di tempat bersuhu bilik biasa. Jika disimpan di dalam freezer, ia akan menjejaskan tekstur dan menjadikan pastri lembap. Dah tentu jadi tak sedap dimakan. Cara saya, panaskan dulu pastri tu sebelum nak makan kemudiannya nanti.

7. Sapuan roti
Sapuan pada roti sama ada coklat atau peanut butter, sebaiknya disimpan di luar peti ais. Ini kerana meletakkannya di dalam frigde akan membuatkan kedua-dua sapuan roti ni menjadi keras dan sukar untuk disapu di atas roti. Cara terbaik adalah memastikan ia diletakkan pada ruang bersuhu bilik.

Konklusi

Bukan semua makanan sesuai untuk disumbat ke dalam peti ais. Namun, jika uols ingin menyimpan sesuatu makanan, pastikan ia dimasukkan ke dalam bekas bertutup atau sekurang-kurangnya, ia dibungkus dengan baik agar tidak menjejaskan makanan lain. Tetapi jangan pula dibiarkan sehingga berbulan-bulan dalam freezer tu ya!

Artikel asal oleh Asyikin Md Isa
Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor