Ticker

6/recent/ticker-posts

Menu 1 Syawal Kami

Menu 1 Syawal Kami | Hari ni dah 5 Syawal, baru nak bukak blog untuk share kisah raya. Macam malas pulak ek nak berblog di hari raya. Ada je masa terluang tapi takde rasa nak update secepat mungkin. Haha. Nak enjoy cuti raya puas-puas padahal hari-hari memang duduk rumah je. Anggap lerr cuti buat diri sendiri.

Hari ni kena la update jugak, takut da lambat sangat kang basi pulak entrinya. Makanannya da confirm lah basi kalau bawak sampai ke hari ni, malah ada yang da licin tak tinggal apa-apa. Dari tiga hari sebelum raya, dak Nada da beli barang dapur, daun palas pulak da beli berapa hari sebelumnya.

Jumaat petang, kitorang da start lenturkan daun palas, berusaha buat ketupat palas jantan, sumpah satu pun tak jadi. Esoknya sabtu petang masa menambah daun lagi, haa seketul Sunah yang ditugaskan untuk buat, akhirnya berjaya membentuk ketupat palas jantan.


rendang daging

sambal jawa

Sabtu siang tu jugak, kak Ida kawan Nada dah siap buat Rendang Daging, Nada dah siap buat Sambal Jawa. Jadi lah buat menu berbuka kami petang tu, dengan ketupat palas yang dah siap kukus. Alhamdulillah, boleh juga bertukar menu dengan jiran yang bagi Sayur Lodeh dengan Nasi Impit. Sebelah malamnya, saya pulak mula beroperasi buat Kuah Kacang Bintulu style dan Rendang Ayam.

rendang ayam

kuah kacang

Kuah Kacang Bintulu style kononnya, sebab dalam kuah kacang tu ada hirisan isi ayam. Kat Facebook, saya baca, ada jugak orang kata Kuah Kacang orang Johor kena ada isi ayam, tapi bila ku sebut kat housemates orang Johor, semua first time dengar dan rasa kuah kacang ada isi ayam. Apoooo? Haha!

ketupat palas nasi impit lemang

Rezeki kami juga, petang Sabtu tu ada kawan kak Ida hantar lemang sebatang. Alhamdulillah, tak payah beli. Memula memang plan nak beli, kat depan rumah ni ada orang bukak gerai jual lemang. Bila dah ada orang bagi, tak payah la beli dah.

sayur lodeh

Malam tu, bila da setel semua lauk, Nada pulak rebus ketupat nasi NONA. Rebus lebih, niatnya nak bagi jiran-jiran sikit. Pagi raya esoknya, lepas Subuh lagi Nada dah start buat Sayur Lodeh yang dia impikan. Haha. Gigih nak buat jugak Sayur Lodehnya.

Maka, inilah dia menu 1 Syawal kami. 



Nasi Minyak dengan Ayam Masak Merah tu jiran sebelah bagi. Alhamdulillah, memang tak sangka sebenarnya boleh buat semua ni sendiri kat rumah bujang. Hikmah PKP kan, kita sebenarnya boleh buat sendiri, selama ni kita nak bermanja aje dengan mak.

Eh tapi kalo balik rumah mamak, memang aku la tukang masak menu raya ni 😑

Post a Comment

7 Comments

  1. waahhh...banyaknya lauk pauk... tak pernah berpagi raya dengan ketupat palas walaupun suka sangat makan ketupat palas tu. kat rumah tak pernah buat, tapi kalau raya rumah orang nampak ketupat palas, mmg tak bangun2 menghadap.

    ReplyDelete
  2. Wah.. hebat2 masakan raya geng2 bujang.. Kami pun PKP kat rumah sendiri suami isteri. Nasib baik pernah masak menu raya time hari raya haji, so aidilfitri kali ni boleh la kami masak sendiri

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya maaf zahir batin sis sunah =)

    ReplyDelete
  4. Meriah jugak juadah raya geng2 bujang.Ketupat daun palas memang ada gender eh? Baru tau hehehe. Selamat hari raya dik :)

    ReplyDelete
  5. HAHAHA..

    Lah, kat rumah mamak pun, ko yg masak jugak .. bagusnyaaaaa~ HAHA... Cuma suasana yang berbeza... Syikonya bila semua retiii masakkk... Huhu...

    Moga cepat-cepatlah Covid 19 ni hancur dari Bumi Allah, sebelum habis raya ni.. sebelum masuk fasa baru lagi.. AMIN

    ReplyDelete
  6. Perghhh hebat Puan Sunah sekarang ya hehehehe...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com