Ticker

6/recent/ticker-posts

7 Bahan di Rumah Untuk Hilangkan Sakit Gigi Tanpa Ubat

7 Bahan di Rumah Untuk Hilangkan Sakit Gigi Tanpa Ubat | Sesiapa pun setuju kalau saya cakap, sakit gigi adalah salah satu masalah yang boleh menyebabkan kita stress seharian, kadang-kadang nak tidur malam pun kacau dibuatnya. Lagi-lagi kalau kita pilih untuk tak pergi klinik sebab kita rasa nanti-nanti, ok lah tu! Sanggup tahan sakit sebab malas nak jumpa dentist. Saya lah tu antaranya!

Kredit pic: Keluarga.my

Penjagaan oral sememangnya penting bagi memelihara kualiti hidup individu. Oleh sebab masalah ni boleh berpunca daripada pelbagai jenis faktor, rawatan boleh jadi berbeza mengikut asbab yang tersendiri. Ada beberapa langkah yang boleh uols ambil bagi meredakan simptom sakit gigi tanpa perlu guna ubat, dengan hanya bahan-bahan yang ada di rumah.

#1 Kumur dengan air garam, cara hilangkan sakit gigi yang mudah

Ini merupakan satu kaedah yang agak popular. Asal ada individu yang mengadu sakit gigi, pasti nasihat ini akan menyusul. Air yang telah dilarutkan dengan garam mempunyai sifat disinfektan (anti bakteria) semula jadi. Selain itu, ia juga merupakan medium yang boleh meloloskan sisa makanan yang tersekat di celahan gigi. Tujuannya untuk mengurangkan proses keradangan dan mempercepatkan penyembuhan luka pada ruang oral.

#2 Tuam bahagian yang sakit dengan kain sejuk/ais

Uols mesti pernah menonton filem yang memaparkan penggunaan ais atau kain sejuk jika ada plot sakit gigi, kan? Penggunaan kaedah ni tidak hanya tertumpu kepada sakit gigi sahaja. Ia berupaya untuk menyebabkan salur darah pada permukaan kawasan terlibat untuk mengecut, justeru, mengurangkan rasa sakit.


Pelaksanaannya mudah, uols hanya perlu tuamkan kain sejuk/ais pada kawasan yang sakit selamat 20 minit. Walau bagaimanapun, kaedah ini sukar digunakan dalam keadaan tertentu, sebagai contoh, kalau uols tak boleh tidur sebab sakit gigi.

Kalau letak ais, habis basahlah tempat tidur uols tu. Lagi tak selesa jadinya.

#3 Gunakan uncang teh pudina untuk hilangkan sakit gigi

Mungkin ada yang tak tahu, uncang teh pudina boleh diambil sebagai satu cara hilangkan sakit gigi. Ia sesuai terutamanya kepada mereka yang mempunyai gigi sensitif memandangkan penggunaan ais boleh menyebabkan simptom sakit/ngilu.

Ambil uncang teh pudina suam dan tuamkan pada kawasan yang sakit. Pastikan ia tidak panas dan jika uols lebih selesa dengan uncang teh sejuk, ia juga berkesan. Uols boleh letakkan uncang teh tersebut di dalam freezer untuk beberapa minit dan letakkan pada gigi yang sakit.

#4 Bawang putih, herba yang banyak manfaatnya dalam rawatan sakit gigi

Mungkin ramai yang tak suka makan atau bau bawang putih, ishhh saya lah tu! Oleh itu, petua ni tidak sesuai dengan semua individu. Sudah berkurun lamanya bawang putih dikenali sebagai herba yang boleh merawat pelbagai jenis keadaan kesihatan. Khasiatnya disokong oleh kajian sains moden dan jika dilihat dalam konteks kesihatan oral, ia boleh membantu meredakan sakit gigi.


Oleh sebab bawang putih mempunyai sifat antibakteria yang bagus, ia boleh mengelakkan pembentukan plak gigi. Uols boleh tumbuk bawang putih, campurkan dengan garam dan sapukan pada kawasan yang sakit. Atau, jika nak ekstrem sikit, kunyah bawang putih tersebut mentah-mentah. Erghhhhh!

#5 Gunakan pengkumur mulut, hidrogen peroksida

Hidrogen peroksida boleh memberikan pelbagai jenis manfaat kepada penjagaan oral. Ia boleh memberikan kelegaan daripada sakit gigi, mengurangkan keradangan, menghalang pembentukan plak dan menyembuhkan pendarahan gusi. Kebanyakan produk pengkumur mulut di pasaran mempunyai kandungan hidrogen peroksida pada kepekatan rendah.

Kalau uols dipreskripsikan dengan pengkumur mulut hidrogen peroksida pekat, pastikan uols campur dengan air. Ikut arahan doktor gigi dan jangan telan cecair tersebut. Selepas kumur, buang.

#6 Daun herba Itali, thyme, bantu melegakan sakit gigi


Kalau uols suka gunakan daun taim (thyme) ke dalam masakan, ketahuilah bahawa ia boleh digunakan dalam rawatan sakit gigi. Seperti herba yang lain, daun taim juga mempunyai sifat antioksida dan antibakteria yang kuat. Ia kebiasaannya dijual dalam bentuk minyak pati dan boleh digunakan sebagai pengkumur mulut atau ubat sapu. Pastikan uols campurkan minyak pati daun taim dengan segelas air kecil sebelum menggunakannya sebagai pengkumur mulut.

#7 Keajaiban bunga cengkih dalam merawat kesakitan

Bunga cengkih merupakan salah satu rempah ratus yang sering digunakan dalam masakan dan perubatan tradisional. Ia mengandungi bahan antiseptik semula jadi yang dikenali sebagai eugenol. Perkara ini membuatkan bunga cengkih berkesan dalam merawati masalah sakit gigi dan radang mulut. Seperti minyak pati daun taim, minyak bunga cengkih juga boleh digunakan sebagai pengkumur mulut. Campurkan ia dengan segelas air kecil dan kumur bagi membunuh bakteria dan melegakan kesakitan.

Konklusi

Haa, kalau uols rasa sukar menjalankan aktiviti harian kerana sakit gigi, boleh cuba amalkan 7 tip hilangkan sakit gigi di atas. Kalau tak berkesan juga, jangan ambil mudah, jumpa dengan doktor gigi bagi mendapatkan khidmat konsultasi dan rawatan.

Penjagaan oral merupakan sebahagian daripada faktor yang boleh mempengaruhi kualiti hidup individu. Jangan sesekali abaikannya!

Bila baca tip-tip kat atas ni, saya terus terbayangkan Young Living Thieves Essential Oil Blend. Thieves merupakan campuran Lemon, Clove, Cinnamon Bark, Eucalyptus Radiata dan Rosemary essential oils. Thieves ni sangat bagus sebab fungsi anti-bakteria dia. Kalau uols sakit gigi, disarankan untuk letak Thieves pada gigi/gusi yang sakit tu untuk redakan rasa sakit dan bunuh bakteria yang menyerang tempat sakit tu.

Hari tu ada sekali saya guna sebab gusi kat area gigi bongsu bengkak, terpakai berus gigi yang sedikit keras, mungkin luka kat dalam tu. Dah tak berapa tahan sangat, saya letak sikit Thieves kat gusi tu sebelum tidur, beberapa saat lepas tu gusi rasa macam kebas-kebas. Saya ulang dalam sehari dua, alhamdulillah sakit giginya hilang dalam berapa hari tu.


Mungkin sebab dalam Thieves sendiri ada bunga cengkih, jadi ia membantu juga sebagai penghilang sakit gigi. Antara minyak-minyak dalam Premium Starter Kit YLEO, memang Thieves antara yang paling saya suka juga. Selain untuk sakit gigi dan membantu menguatkan antibodi terhadap jangkitan dari luar bila sapu kat tapak kaki, Thieves jugak boleh dicampur dalam bahan-bahan pembersih rumah uols, sabun basuh baju, terutama dari jenama Thieves sendiri. Yeee, jangan tak tau Thieves ada set khas untuk keperluan harian juga, ada sabun basuh dia sendiri, sabun cuci tangan, hand sanitizer, cecair pembersih dan ubat gigi Thieves pun ado!

Untuk dapatkan info lebih lanjut tentang Thieves Essential Oil Blend dan minyak-minyak Young Living Essential Oils yang lain, boleh lah contact kawan kita ni.

Izzat Zin

Post a Comment

10 Comments

  1. benda paling seksa kalau jadi....

    ReplyDelete
  2. Uishhh terus rasa nyilu gigi aku oii...tobatttt...

    ReplyDelete
  3. akan sampai satu masa... cabut adalah pilihan yang terbaik.

    ReplyDelete
  4. Boleh pakai EO juga ye? bagus la benda nih..memang ada cita2 nak beli jugak nanti..

    ReplyDelete
  5. haih teringat masa sakit gigi, tak senang duduk dibuatnya

    ReplyDelete
  6. Dah ada pengalaman sakit gigi.Allah je tahu betapa seluruh badan ikut sakit-sakit.

    ReplyDelete
  7. Doktor gigi ajar wak, kalau sakit gigi, tonyohkan dengan ubat gigi sensodine

    ReplyDelete
  8. @ Sunah..Sakit gigi tampal koyok je, mcm dlm filem P. Ramlee hihi.. Sakit gigi mmg..huhhhh!!!...Allah saja yg tahu...

    ReplyDelete
  9. Uishhh, dah lama tak sakit gigi....Moga takda sakit gigi...Tapi produk ni ado, bolehla try cari if sakit nanti...

    ReplyDelete
  10. biasa guna bunga cengkih. ada juga guna EO Thieves tu. Tapi kalau tak tahan, ke klinik teruss

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com