Ticker

6/recent/ticker-posts

Gulai Lemak Udang Harimau dengan Rebung Madu dari Rumpun SriMelati

Gulai Lemak Udang Harimau dengan Rebung Madu dari Rumpun SriMelati | Haa, baca tajuk je dah telan air liur kan? Tu lah menu dinner saya beberapa hari lepas dengan housemates tersayang. Dah berapa lama teringat-ingat rebung. Balik kampung Kedah hari tu tak sempat nak petik, mak mertua pun sebut masa kami da nak gerak balik KL.

Gulai Lemak Udang Harimau dengan Rebung Madu dari Rumpun SriMelati

Rezeki saya, lepas raya haji tu ada kawan share pasal Rebung Madu dari Rumpun SriMelati. Oooo rupanya ada orang jual pek rebung secara online yang dah siap dibersihkan dan dihiris. Tak perlu bersusah payah kupas buluh terkena miyang, Rumpun SriMelati bawakan Rebung Madu yang segar khas untuk peminat makanan berasaskan rebung.

Gulai Lemak Udang Harimau dengan Rebung Madu dari Rumpun SriMelati

Yang special dengan Rebung Madu dari Rumpun SriMelati ni adalah: Tiada Bau Hancing! Haaa, memang special ye! Saya sendiri bersetuju sebab bukak aje pek Rebung Madu yang sampai ke rumah beberapa hari lepas ni, langsung tak ada bau hancing. Ada orang kan tak suka makan rebung sebab tak tahan dengan baunya. So, sangat recommended lah untuk sesiapa yang fikir rebung tu busuk untuk cuba Rebung Madu dari Rumpun SriMelati ni.

Stock Rebung Madu diorang memang fresh! Diorang hanya akan petik rebung sekitar dua hari sebelum tarikh parcel dipos. Kita order hari ni, baru diorang akan petik dan proses sebelum hantar kepada kita. Haa, segar ke tak segar tu? Berapa pulak harganya Rebung Madu ni?

Hirisan:
300g - RM10.50
500g - RM17.90

Ketul:
300g - RM7.50

Pucuk:
300g - RM10.50

Dalam satu batang rebung, ada bahagian yang lembut dan juga keras. Boleh dikatakan kualiti Rebung Madu dari Rumpun SriMelati ni adalah premium. Hanya bahagian yang lembut aje diorang ambil. Langsung tak campur dengan yang keras. Nak masak pun mudah, just rebus sekejap sampai mendidih, then tuskan airnya. Dah boleh guna dalam masakan.

Gulai Lemak Udang Harimau dengan Rebung Madu dari Rumpun SriMelati

Saya dah cuba masak rebung ni, dicampur dengan gulai lemak udang harimau. Memang lembut digigit, sedap dimakan, takde bau hancing. Bertambah-tambah nasi sampai lupa tengah diet nasi. Haha! Uols nak cuba jugak Rebung Madu dari Rumpun SriMelati ni boleh terus order dekat Shopee: https://shopee.com.my/rumpunsrimelati. Kalau ada rezeki uols, boleh grab Raya Haji Combo diorang tu, RM35 aje untuk 3 pek hirisan dan 1 pek pucuk!

Ok, jom saya share resepi Gulai Lemak Udang Harimau dengan Rebung Madu dari Rumpun SriMelati ni, resepi asal dari Pak Cik Mat Gebu.

Gulai Lemak Udang Harimau dengan Rebung Madu dari Rumpun SriMelati

Gulai Lemak Udang Harimau dengan Rebung Madu
Masa Penyediaan: 1 jam
Saiz: 4 pax

Bahan-bahan:
16 ekor udang harimau
300 gram Rebung Madu Hiris Rumpun SriMelati (direbus sekejap dan ditoskan airnya)
2 batang serai, diketuk
1 helai daun kunyit, disiat
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan kisar halus:
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
10 biji cili padi kampung warna hijau
1 1/2 inci kunyit hidup

Gulai Lemak Udang Harimau dengan Rebung Madu dari Rumpun SriMelati

Cara-cara membuatnya:
  1. Masukkan rebung ke dalam periuk bersama serai titik, udang dan bahan kisar halus. Gaul rata dan masak hingga udang berubah warna. Tuang santan cair dan masukkan asam gelugor. Kacau dan masak hingga mendidih dan rebung lembut. Tambah sedikit air jika suka kuah lebih.
  2. Masukkan daun kunyit dan pati santan. Kacau dan masak dengan api kecil hingga mendidih dan dikacau selalu untuk mengelakkan pecah santan. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api.
  3. Hidangkan bersama nasi panas, telur asin, ikan kering, sambal belacan dan lauk-lauk lain. Perghhhh terangkat!

Post a Comment

31 Comments

  1. Akak memang suka udang harimau dari udang biasa sebab texture dia padat kan...lagipun rasa dia manis

    ReplyDelete
  2. Alahai sedapnya rebung aihh lama jigak la ingat2 tak makan rebung ni. Last makan masa kecik2 dulu pastu dah tak makan dah. Sebab susah nak jumpa. Bila ada yang jual paket2 camni elok la jugak boleh la try nanti..

    ReplyDelete
  3. Wah menarik resepi ni tapi kita tak berapa nak makan rebung so klu masak tak masuk rebung ok kut kan hihi...

    ReplyDelete
  4. Mudah ni,tinggal kita gayakan je nak masak apa rebungnya.

    ReplyDelete
  5. Betul punya lembut tu...bulat bulat kecik je. Kalau kat pasar...diameter dekat besar piring dah...lagi dua hari nak jadi buluh..hahaha...

    ReplyDelete
  6. sedapnya sunah oi... nengok je pun dah tau sedap, dengan manis udang dan rebung tu

    ReplyDelete
  7. bila kata tak de bau tu terus rasa macam nak cuba makan rebung.Akak tak pernah makan rebung sebab tak tahan baunya tu.

    ReplyDelete
  8. ada org takleh makan rebunh ni kan. angin katanya. Tapi saya makan semuaaaa hehe

    ReplyDelete
  9. Yum!!!!!!! Ini sedap makan dengan nasik. Memang boley naikkan selera. Thank you for sharing your recipe.

    ReplyDelete
  10. Makkkk sedapnya!!!! Serius buat mengidam! Suka rebung dan udang. Nasi panas bertambah-tambah kak.

    ReplyDelete
  11. lamak rasa sik makan rebung. Huuu~}

    ReplyDelete
  12. rebung ni masak gulai dengan perut lembu sedap.

    ReplyDelete
  13. Dah lama tak makan masak lemak rebung sebab dekat NSK jual yang dah lama. Nanti boleh beli dekat Rumpun Sri Melati ni

    ReplyDelete
  14. dah lama tak makan rebung! udang harimau tu besar tebal confirm tambah nasi kalu makan time lunch ni

    ReplyDelete
  15. Paling saya suka tentang rebung ni, lepas makan nanti kat tangan lekat bau dia. Saya suka bila bau dia lekat kat tangan, rasa best haha

    ReplyDelete
  16. Lama tak makan rebung. Biasa ada dalam kenduri kampung. Nak buat sendiri tak pandai, tapi lepasni mudahla beli online je. tq sharing

    ReplyDelete
  17. Okay, pagi pagi dah buat terliur..
    Dah lama tak makan rebung ni..
    Haritu balik umah mil rebungnya dihiris halus. Tak puas makan. Dapat yang bulat macam ni sedap ni.

    ReplyDelete
  18. Dah tgk dh video dia.. Aumm.. Sedp.. Lama tak makn rebung.. Memng sed buat lemak.. Nnti balik kampung cri rebung la.. Kalau buat sendiri takda siapa suka rebung

    ReplyDelete
  19. Hadoiii tengok pun dah tahu sedap. Gulai rebung dengan udang mmg mengancam

    ReplyDelete
  20. tak pernah masak rebung. mesti sedap ni sebab masak lemak kan

    ReplyDelete
  21. Lepas ni bolehlaaa tolong masakkan untuk aku yer...nanti aku beli udang dan rebung hahahaha

    ReplyDelete
  22. alahaiiii sedapnyaaaa wpn sy x mkn rebung dan udang... sy membayangkan ia nanas msk lemak + ikan gelama masin warghhhh

    ReplyDelete
  23. wow udang tu dengan masak lemak lagi fuh ! nikmat sungguh apatah lagi makan dengan orang tersayang. aah gitu !

    ReplyDelete
  24. fuh.. memang terliur kalau tengok rebung tu.. makan pulak dengan udang harimau.. buat kuah lemak.. slurrppp.. terangkat

    ReplyDelete
  25. sedap la hai udang...hehe

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/ada-nak-order-origami-3d.html

    ReplyDelete
  26. uii sedapnya udang dengan rebung.. buat masak lemak kann.. sedapnyaaa... terliur ni...

    ReplyDelete
  27. Memang sedap tu msk udang dgn rebung nng my favorite and laku keras klu msk kat umah

    ReplyDelete
  28. pernah cuba makan n rasa rebung tapi sekadar boleh makan sikit2..
    kiranya x masuk list fevret. tapiii udang kite suka hahaha..

    ReplyDelete
  29. Lauk Favourite nih. Dapat pulak tu rebung madu. Berapa kali nak ulang makan nasi ni. hihi

    ReplyDelete
  30. aahhh, tidak daku mahu rebung itu.. Boleh la gulai lemak udang sajaaa.. :')

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com