Ticker

6/recent/ticker-posts

Tak Sempat Senam? Jom Bakar Kalori Guna Sumosauna Aje!

Tak Sempat Senam? Jom Bakar Kalori Guna Sumosauna Aje! | Ye, sekarang senang nak keluarkan peluh kat rumah kalau tak sempat nak keluar jogging atau bersenam. Hanya perlu pasang Sumosauna dan duduk aje dalam tu untuk keluarkan segala kalori tersembunyi di sebalik lelemak yang ada 💦


Siapa nak bakar lemak macam Ciksun dalam gambar tu, boleh la try jugak pakai Sumosauna dari Seha ni. Dia ada buat sewaan sauna RM13 aje sehari, minimum sewa tiga hari. Kalau nak beli terus lak, diorang tengah buat penghabisan stok untuk harga lama, RM329 saje, habis aje stok harga lama ni, nanti harga akan naik tau! Baik beli sekarang kan?

Tapi apa kebaikannya kalau bersauna ni?


Sebenarnya dengan bersauna, kita boleh melancarkan pengaliran darah, melegakan ketegangan otot, menyingkirkan toksin melalui peluh, menanggalkan sel kulit mati, meningkatkan kualiti tidur dan mengurangkan gemuk air. Haa, sebab tu lah dengan bersauna aje kita boleh kurangkan berat badan jugak serba sedikit.


Selain tu, ibu yang lepas bersalin pun sangat digalakkan untuk bersauna, macam gambar kat atas ni lerrr. Lebih kurang sama jugak kebaikannya dengan gambar sebelumnya. Patut la kita tengok ramai gak ibu-ibu lepas bersalin buat sauna kat rumah. Alang-alang bersauna, diorang boleh terus bertangas sekali, kannn. Boleh baca kebaikan bertangas kat dalam gambar bawah ni pulak, ok!


Macam mana bertangas guna sauna? Ok, ni nak cerita ni. Set Sumosauna dari Seha ni didatangkan dengan steamer, bekas herba untuk bertangas, herba tangas, dan essential oil. Nak bersauna, just masukkan air dalam steamer yang dah disambungkan dengan kotak sauna dan titiskan essential oil.



Pek herba pulak dimasukkan ke dalam bekas herba dan diletakkan ke dalam kotak sauna yang dah dilapik dengan kain yang bersesuaian. Start steamer, then tunggu 10 minit untuk wap keluar dalam kotak sauna tu.


Bila wap dah keluar, boleh masukkan kerusi ke dalam kotak sauna dan setkan steamer kepada 20 - 30 minit. Then, duduklah dalam tu selama 30 minit, bersauna sambil bertangas. Disebabkan ni first time Ciksun bersauna dan bertangas, memang tak expect apa-apa lah.

Uik, dalam 10 minit pertama pun Ciksun dah lencun berpeluh-peluh woii! Memang best rasa dia bila keluar dari kotak sauna tu selepas habis 30 minit. Rasa macam baru lepas exercise 10 km. Hahaha! Nasib baik ada lapik kat bawah sauna tu, kalau tak mesti dah banjir dalam bilik 😝 


Patut lah berpeluh macam apa, haaa tengok. Bersauna dengan suhu sederhana dalam 20 - 30 minit mampu membakar 300 - 400 kalori! Ibaratnya macam kita dah senam aerobik 50 minit, berbasikal 30 minit, skipping 30 minit, hiking 50 minit atau pun zumba selama sejam! Perghhh! Patut la rasa best sebab darah dah mengalir dengan lebih baik lepas bersauna sama macam kita buat exercise. Badan pun bau wangi aje sebab sebelum bersauna dah titiskan Rose Herbal Essential Oil dalam steamer 🌹


Dalam 30 minit tu buat apa je? Uols boleh duduk bersauna sambil buat kerja jugak, sebab ade tempat letak handphone kat depan kotak sauna tu. Senang nak semak ape-ape whatsapp masuk and kalau bosan, boleh main game atau nak tengok Netflix kat handphone pun boleh 😁

Kalau uols nak sewa Sumosauna ni, boleh la contact Seha nanti. Maklumat tentang Sumosauna dari Seha ni boleh tengok kat gambar-gambar bawah ni.






Seha ada ready stock tau, uols boleh terus beli dari dia, nanti dia hantar ke rumah uols!

Seha sendiri adalah pengguna Sumosauna ni sebelum dia akhirnya jadi agen Sumosauna di Johor Bahru. Masa PKP orang lain tambah berat badan asyik makan tidur kat rumah, Seha turunkan berat badan dengan diet dan sauna, dah turun 30kg dalam masa berapa bulan tu tau!


Ni hasil Seha diet + sauna. Kalau uols nak join weight loss program dengan Seha pun boleh, dia ada buat jugak.

ULTIMATE COACHING (RM370)
✅Auto Join 2 Sesi Program - 30 hari coaching termasuk pemantauan pemakanan & bimbingan 24/7
✅E-book resepi sihat yang seimbang makronutiren, mudah dan sedap sesuai dengan selera rakyat Malaysia untuk 2 Sesi ( 2 E-book )
✅Topik diet sihat & nutrisi yang diperlukan setiap hari
✅One to one personal coaching & group support yang positif & best!
✅2 Set makanan nutrisi yang membantu deficit kalori untuk elak “CRASH DIET” dan mengawal kalori
✅UNLIMITED ACCESS tutorial video senaman dari rumah mengikut tahap kesesuaian masing-masing
✅Peserta berpotensi untuk turun berat purata 4-10 kg dengan mengikuti mealplan
✅Tiada kontrak. Yuran hanya sekali sahaja. Untuk teruskan coaching, mealplan dan grocery list, panduan akan diberi
✅Meal plan 1 program boleh dan sesuai diguna seisi keluarga
✅Percuma buku e-book snacking sihat utk seisi keluarga


Ok lah, kalau uols nak sewa Sumosauna atau nak beli set Sumosauna dari Seha, boleh terus whatsapp Seha, ok?

Post a Comment

8 Comments

  1. aahhh comelnya, dahlah warna pink!

    ReplyDelete
  2. macam-macam cara boleh kurus sekarang ni..rajin dengan tak je..

    Macam akak lebih suka bersenam .sebab tak suka dok setempat lama2.. hahah.

    Kalau yang mnalas bersenam sesuai la guna sauna.Harga pun murah . dari sewa baik beli je sebijik terus. boleh sewakan kat jiran2..heheh

    ReplyDelete
  3. Lebih selesa sebab boleh buat sendiri di rumah.

    ReplyDelete
  4. Menarik ni. beli terus senang boleh membakar kalori hari hari.

    ReplyDelete
  5. Nak jugalah try nanti... macam best plak...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com