Ticker

6/recent/ticker-posts

The Best Fish & Chips in Town @ Fish & Co, Toppen, Johor Bahru

The Best Fish & Chips in Town @ Fish & Co, Toppen, Johor Bahru | Sebagai peminat western fast food yang satu ni, tak tipu kalau saya cakap, saya sukaaaaa sangat Fish & Chips dekat Fish & Co ni! Serius ikannya rasa fresh, rangup di luar, juicy kat dalam 😋


Pertama kali saya cuba Fish & Chips kat sini masa try menu promo Family Meals diorang last week dengan Sis Lin and rakan-rakan marcom dari BrandCulture. Bila datang makan ramai-ramai, memang syok lah sebab boleh rasa lebih banyak menu, kan? So, kitorang order Family Meals tu set untuk 4 - 5 pax.


Harga Family Meals ni ada dua, set RM69 untuk 2 - 3 pax dan set RM139 untuk 4 - 5 pax. Dalam set ni ada Best Fish & Chips, Aglio Olio, pilihan antara Grilled Chicken, Fiery Catch atau Coriander Catch bersama nasi, Soft Drinks dan Hot Fudge Cake sebagai pencuci mulut.



Untuk set nasi tu kitorang ambil Fiery Catch dengan Coriander Catch. Paling saya suka dari set Family Meals ni adalah Fiery Catch tu! Sambal atas ikan tu memang citarasa Melayu sangat! Sedappp dan sedikit pedas, sedikit je laaa celah-celah gigi. Haha.



Aglio Olio dengan Fish & Chips dia pun sedapp, macam yang saya dah sebut kat perenggan pertama tadi 😆 memang rangup woii, dah sejuk pun masih rangup lagi! Tapi kan, Sis Lin dia nampak aje ada Salted Egg Fish & Chips, terusss dia tambah lagi order. Wakakaka!


Nah, ni dia Salted Egg Fish & Chips tu, nampak menggiurkan tak? Sos telur asin atas ikan tu diorang bagi dalam bekas berbeza, uols just tuang aje atas isi ikan masa nak makan. Mmm, sedap jugakk! Agak-agak tak cukup sos tu, haa pergi la buat muka tak malu mintak lagi 😜

Then, terkejut pun ada jugak bila tahu Fish & Co ni ada menu makanan Korea! Yeee, percaya lahhh~ Kitorang dah cuba Korean Broth Pot kat sini, makanan laut dalam mangkuk besar yang dimasak dengan kuah Kimchi. Oh, sedap sekali dan freshhh seafood dia!


Udangnya saya makan banyak gak, suka sebab juicy isi udangnya. Oh, set ni didatangkan bersama nasi tau, dan yang ni tak termasuk lerr dalam Family Meals tu. Sama macam Salted Egg Fish & Chips, ni menu tambahan yang bebila korang rasa nak tambah, terus panggil waiter, haa gituuuu! Very recommended ye!


Sebagai penutup, kitorang cuci mulut dengan Hot Fudge Cake. Kek coklat padat panas-panas dimakan bersama aiskrim vanilla, mmmmm sedap! Kalau makan sorang pun boleh habis tu sebenarnya. Tapi sebab ingat kengkawan yang datang makan bersama, kita kongsi sama-sama ek!


Ok lah, uols boleh datang ke Fish & Co kat Toppen Johor Bahru ni kalau nak cuba sendiri dengan kawan-kawan atau keluarga ye. Park dekat dengan entrance IKEA Tebrau, naik escalator aje terus nampak kedainya.

Post a Comment

12 Comments

  1. Selamat menjamu selera
    Nampak sesedap belaka

    ReplyDelete
  2. Aduh!!! Kan dah terliur tengok menu-menu yang dihidangkan.. CikSun ni saje tau buat LeYa terkenang-kenang nanti. Hehehe..

    ReplyDelete
  3. Toppen singgah sekali jak diembak laki. Bila kah nak singgah gik. Tang nyaman jak tangga. ^^

    ReplyDelete
  4. Waahhh nampak terserlah kesedapnnya... Selamat menjamu selera!

    ReplyDelete
  5. hari tu, akak beriyalah nak makan kat sini, rupanya salah landing la.. ingatkan kat midvalley, hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. lorr ye ke kak..takpe, nanti pergi toppen lak..hahahaha

      Delete
  6. Portion fish dia tu macam besar je. Fav Fish & Chips! Menu lain pun nampak menyelerakan.

    ReplyDelete
  7. Hahahaha lepas ni nak makan sini jee kalau ke ke IKEA hehehehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com