Selamat Hari Lahir Sahabatku

Selamat Hari Lahir Sahabatku | Hari ni, 44 tahun yang lepas, lahirlah seketul Sis Lin di muka bumi. Alhamdulillah, syukur atas segala nikmat dan kurnia dariNya, ciksun ditakdirkan bertemu dengan wanita istimewa ni.

Happy Birthday Sis Lin

Berkenalan di alam maya sebagai blogger, pertama kali bersua di teratak Mat Gebu. Sama usianya dengan jumpa encik suami buat kali pertama. Siapa sangka, walau beza umur kami lebih sedekad, kami boleh bersahabat sehingga sekarang. Dialah kawan, dialah kakak, dialah mak, semua dia rangkul.

Banyak ciksun belajar sepanjang bersahabat dengan dia. Dia wanita hebat yang sangat kuat bila diuji, dia ada auranya tersendiri dalam keramaian, dia pandai sesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Pendek kata, campaklah dia ke mana pun, dia boleh hidup. Bila dia tak ada, terasa janggalnya.

Dalam dunia blogger, dia antara sumber inspirasi ciksun. Kami sama-sama belajar perbaiki blog dari hari ke hari. Seronok bila ada teman yang punya minat sama macam kita, tak segan menegur dan tak lokek memberi bila kita minta pandangan jujur.

Jujur cakap, ciksun antara yang menyaksikan macam mana dia bangun sedikit demi sedikit dalam dunia blog ni. Dari tak tahu apa-apa sampai dia jadi antara rockstar blogger kat Johor ni. Tahniah awak. You deserve it!

Selamat hari lahir, sahabatku. Semoga ko sihat sejahtera selalu, segala impian tercapai, dan bahagia sentiasa disamping insan-insan tersayang. Mudah-mudahan dengan bertambahnya usia, semakin dekatlah diri dengan Allah dan bertambah jua taqwa pada Dia yang Maha Menciptakan.

Ameen ameen ya RABB.

11 comments:

  1. selamat hari lahir sis lin.. hehe seronokkan kak jumpa kawan sama2 minat blogging..kawan2 opis iena xde yg sama minat mcm iena haha..tapi nasib la kt KL ni ramai jugak blogger..tp jumpa kat event je la hehe

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Walau dalam berkawan dan bersahabat itu juga jodoh kan. Syukur bila dapat berkawan dan bersahabat dalam jangka waktu yang panjang. Moga ukhuwah ini terus harum dan sentiasa dipupuk dengan rasa yang terbaik.

    ReplyDelete
  3. Kenapalah ko update begini, menitis airmata aku laaa...
    makaseh tau Sunnn..kau banyak jadi tulang belakang aku.. moga kita sahabat hingga ke Jannah... esok malam sambung di meja R plak.. i miss you so much...

    ReplyDelete
  4. Siapa sangka kan. Rezeki dapat berjumpa dengan orang yang baik baik. Happy birthday Sis Lin. Semoga dipanjangkan usia dengan segala kebaikan dan dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan. Aaminnn..

    ReplyDelete
  5. selamat hari lahir sis Lin.. kadang2 kan rezeki kita bersahabat di alam maya ni memang berkekalan sampai ke dunia nyata

    ReplyDelete
  6. seronok kan ada persahabatan terjalin dari dunia maya ni..
    ada yang lucky alhamdulillah elok berkawan setelah berjumpa..

    ReplyDelete
  7. happy birthday Sis Lin. moga dikurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki... moga persahabatan Sunah dan Sis Lin berkekalan..

    ReplyDelete
  8. Bestnya ada bestfriend yang punya minat sama. Selamat hari jadi sis Lin.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com