Ticker

6/recent/ticker-posts

Mee Bandung Central, Muar, Johor

Mee Bandung Central, Muar, Johor | Da lama benar terperam cerita ni, ciksun gitau awal-awal tau, ni ciksun pergi masa cuti Hari Kebangsaan hujung Ogos 2020 yang lepas. Sebelum PKPB dilaksanakan semula bulan November ni. Masa tu on the way balik dari urusan kerja dekat Nilai, Negeri Sembilan. Singgah Muar sebab ambil kawan students intern office. Alang-alang dah kat sana, kami terus laksanakan #projekcarikmakan. Dah namanya Muar, cari Mee Bandung lah kan!

Mee Bandung Central, Muar, Johor

Ciksun serahkan semuanya kepada students intern untuk cari spot makan Mee Bandung sedap kat Muar. Ciksun jadi mem je duduk kat seat belakang, follow the flow and follow the driver. Haha. Waze punya waze, students intern pilih Mee Bandung Central, sebelah Surau Ar-Raudhah, Tanjung Agas. Kat sini tempat parking besar sebelah restoran tu, sampai ke belakang.

Masa kitorang sampai tu, memang ramai sungguh manusia. Kena berbaris tunggu dulu orang lain habis makan. Saringan suhu kena buat sendiri sebab staff bizi sungguh, tapi jangan risau ada QR Code MySejahtera untuk check in. Kalau staff dia tak bizi, haa nanti dia saring suhu kita. Berbeza sungguh lah prosedur nak dine in dengan King's CKT dekat Negeri Sembilan yang ciksun pergi sebelumnya yang lebih strict dan teratur.

Mee Bandung Central, Muar, Johor

Kesannya bila prosedur tak teratur ni, jadi kelam kabut lah order. Yee, masa ciksun dengan student pi sana, order kitorang sejam jugak lah terperam. Sebab apa, orang yang ambil order tu tak tulis pun order kitorang. Dia main sebut aje jerit dari jauh. Then bila takde bukti bertulis, diorang abaikan la bila kita pergi tanya, order kita da siap ke belum. Penyudahnya tukang masak kat dalam jadi marah-marah, pelayan lain jadi stress, kitorang jadi tukang sambut wajah-wajah masam mencuka.

Hujung-hujung, bila dah malas nak tunggu lama, ciksun bangun nak cancel order, pelayan pun datang hantar order kitorang kat meja. Sempat lagi dia tanya, kitorang order dengan siapa sebenarnya. Bila kitorang tunjuk siapa, dia terus mencebik nengok orang tu sambil cakap "ooo." Entah apa lah masalah dalaman masing-masing 😅

Mee Bandung Central, Muar, Johor

Hmm, nasib baik lah Mee Bandung dia sedap. Yee, memang sedap Mee Bandung kat sini, daging banyak, kuah pekat, tak sia-sia lah tunggu sampai sejam lebih kan. Ciksun nak recommend tapi nak pesan jugak, pergi lah waktu tak ramai 😂

Mee Bandung Central, Muar, Johor

Mee Bandung Central, Muar, Johor

Mee Bandung Central, Muar, Johor

Selain tu, kat sini ada jugak Satay, Otak-otak, Soto Nasi dan Bihun serta segala menu-menu tempatan. Boleh dikatakan sedap-sedap semuanya. Sesambil tunggu Mee Bandung tu boleh lah uols makan benda-benda lain ni dulu ek.

Mee Bandung Central, Muar, Johor

Mee Bandung Central, Muar, Johor

Ni dah PKPB, mungkin lebih strict sikit lah SOP nya dan lebih teratur sikit harapnya.

Ok lah, bye!

Post a Comment

11 Comments

  1. Kalau kena kat Laki aku, memang bye bye laaa hahahaha tinggal terus...

    ReplyDelete
  2. Ya Allah Eina punya favorite ni Mee Bandung. Sedapnya.
    Tapi kalau sampai sejam takde, memang tak tunggu dah. Hehe

    ReplyDelete
  3. Alahai... dekat sejam menunggu pesanan! Kalau tak sabar memang terus angkat kakilah jawabnya ye. Nasib baiklah menu yang diorder sedap, kalau tak pelanggan yang terlebih stress.

    ReplyDelete
  4. Menunggu menu yang dipesan adalah satu cabaran. Sungguh. Kalau tak betul-betul boleh jadi gaduh.

    ReplyDelete
  5. Favourite ni. Dekat dengan rumah makcik saya. Tapi selalu tapau je sebab malas tunggu meja kosong

    ReplyDelete
  6. Sedap punya pasal, tunggu lama pun takpe

    ReplyDelete
  7. aduhaii kecur tengok mee bandung muar. Sedap tu mee bandung muar. tempat lain tak menepati citarasa. lama gila 1 jam tunggu. Takpe, demi mee bandung muar yang sedap.

    ReplyDelete
  8. tengok tu ramai pengunjung mai makan..
    tu pun antara kayu ukur makanan tu sedap..

    ReplyDelete
  9. nampak sedap tu, sun, pekat kuahnya.
    lama da tak jejak muar. kerap ke sana kalau nak balik pontian.
    dari melaka, ikut jalan dalam ke muar. breakfast satay :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com