Menang Hadiah TOP Komentator Blog Sihatimerahjambu

Menang Hadiah TOP Komentator Blog Sihatimerahjambu | Alhamdulillah, rezeki hujung tahun. Ciksun menang hadiah TOP Komentator dekat blog Fiza, Sihatimerahjambu. Nak tahu rahsia tak, ciksun memang sengaja aim tempat kedua sebab nak planner 2021 tu. Bahahaha! Ye, Fiza dah letak awal kat sidebar blog dia masa tu, hadiah-hadiah untuk top commentator dari tempat pertama sampai keempat. Tertarik tengok planner Fiza setiap kali dia masukkan dalam blog, ciksun pun nak jugak planner macam tu tapi tak tahu nak cari kat mana. Nak cari tahu pun tak sempat, jadi apa kata cuba dapatkan tempat kedua 🤭

Menang Hadiah TOP Komentator Blog Sihatimerahjambu

Yang kelakar tu berusaha sedaya upaya supaya tak dapat tempat pertama..buruknya perangai 🤣🤣🤣

Semalam, posmen call bagitahu ada parcel diorang tinggalkan depan rumah. Ciksun sampai rumah, tengok nama pengirim, terus rasa gembira. Tak sabar sungguh nak buka hadiah.

Menang Hadiah TOP Komentator Blog Sihatimerahjambu

Nah, ini dia isi dalam bungkusan yang dihantar oleh Fiza. Ada planner cantik tahun 2021, siap ada plan chart dan planner untuk kids. Alaaa, kalau sampai cepat hari tu, boleh bagi kat Aisyah kan. Tapi apakan daya, nanti kalau ada ke Shah Alam, ciksun bagi Aisyah hihi.

Menang Hadiah TOP Komentator Blog Sihatimerahjambu

Suka sangat hadiah ni, isi dalam dia tengok lerrr. Penuh dengan kata-kata motivasi. Nak conteng tulis apa-apa pun sayang kalau macam ni. Thanks Fiza atas hadiah yang sangat best ni! Moga dimurahkan lagi rezeki Fiza dan semoga blog semakin berkembang dengan jayanya. Ameen!

Kalau uols yang belum kenal Fiza, boleh belek blog dia ek. Fiza banyak share ilmu tentang tanaman hiasan, pasal makanan, sinopsis dan review drama, juga tips-tips kehidupan. Nanti mesti terpesona tengok gambar-gambar kat blog Fiza, sebab itu lah antara yang menyebabkan ciksun datang blog dia tiap hari terapi mata dan tenangkan fikiran. Hihi. Maceh Fiza!


15 comments:

  1. Aku aim jugak ritu... tapi dah lambat... hahaha... GIGIH JUGAK KOMEN DI HUJUNG WAKTU.. kih kih..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. macehhh..tahniah gak ko sebab tersenarai dalam top 10 💕

      Delete
  3. Alhamdulillah, tahniah! :) Murah rezeki.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah selamat sampai.
    ohhh memang aim kedua eh..hihi
    Selamat menulis dalam planner. Semoga bermanfaat.
    Aaaminnn..terima kasih atas doanya. dan semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aaminn

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah rezeki, jeles pulak ni hahaha

    ReplyDelete
  6. Tahniah awak.. kalau hadiah dari Fizah mesti kebabaommmm

    ReplyDelete
  7. wahhhh tahniah tahniahhh...syok arr dpt rezeki berblog ;-)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com