Menu Lunch Hujung Minggu

Menu Lunch Hujung Minggu | Hari Sabtu semalam, biasanya mesti ada nak masak-masak kat rumah. Sekarang, penghuni rumah ciksun dah jadi enam orang. Masak pun dah kena lebih dari biasa. Tapi semalam, dua orang takde kat rumah. Jadi, takde la masak lebih sangat. Biasa-biasa juga.

Ciksun buat masak lemak cili padi ayam, menu kegemaran semua. Buat sebelah ayam, potong kecik-kecik. Guna santan SAJI yang kak Ajan beli beberapa minggu lepas, tapi santan dia cair lah. Tak berapa best sebab jadi tak pekat kuah masak lemak tu, santan pun pecah minyak lebih cepat.

Menu Lunch Hujung Minggu

Padankan dengan sambal terung ikan bilis, yang ni task untuk seketul Ibah masak. Haha. Ciksun suka sambal terung yang dia masak, sedap sangattt! Tapi untuk ikan bilis tu, kami guna Karashi Bilis dari Aya Real Food aje, mudah sebab dah siap sira, tinggal makan aje. Tabur atas sambal terung bila da masak. Mekasih blogger Kamsinah yang bagi nama ciksun untuk free gifts ni.

Menu Lunch Hujung Minggu

Makan bertambah-tambah masing-masing. Alhamdulillah. Hari Jumaat pulak kitorang takde masak apa-apa, semua bizi dan kepenatan pun ya. Masing-masing berehat aje. Ciksun Jumaat tu bangun awal jugak pagi, tapi nak dekat tengahari sakit kepala sangat, jadi ciksun tidur aje sampai pukul 3 petang baru bangun. Lepas tu keluar beli barang kek dekat kedai area depan rumah ciksun.

Petang kami kirim Burger King aje dekat dak Nada yang tengah shopping kat AEON. So, makan Burger King beramai-ramai lah kitorang malam tu. Merasa Hershey's Sundae Pie Burger King tu, sedap tapi manis sangat lerr bagi ciksun. Ciksun ceduk satu dua sudu aje lepas tu pass kat orang lain. Haha.

Menu Lunch Hujung Minggu

Hari ni Ahad, kerja. Ciksun bawak bekal baki masak lemak cili padi ayam semalam aje, tapi nanti buat cicah dengan roti aje. Tak dan nak masak nasi pagi tadi, tapi takpe lah, memang nak cut carbo jugak. 

Uols pulak, hari ni menu apa untuk lunch?

22 comments:

  1. Terliur tengok masak lemak cili padi tu.. share resepi sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa resepi cincai je wak...boleh google resepi masak lemak cili padi ayam mat gebu..hahaha

      Delete
  2. Ok ayam ada, bahan-bahan pun ada..wah boleh menyilipadikan ayam ni.

    ReplyDelete
  3. Cik Sun tak tahan manis sebab dah cukup manis kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. wakakakakkakak..ciksun suka dessert, cakes tapi ni macam hmmm manisnyauuuu..hahahahha

      Delete
  4. Sedap tu ayam masak lemak cili api ciksun masak. terung tenggelam dalam taburan ikan bilis. senang kerja masak bila ada ready made ikan bilis sira tu.Bertambah sedap. Sedapnya hersey's sunday pie tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn..sampai tenggelam terung...tu baru masuk separuh ikan bilis tu..hahahahah

      Delete
  5. Sedapnyaaaa masakan ciksun. Eza hari ni makan order kat kedai je. Mee jawa kambing. Memang tak berasap dapur hari ni. Huhu

    ReplyDelete
  6. Wahduh, sedap nampak masak lemak tu oi.....kecur!!! And that pie tu... macam teringin.. tapi.. esok dah kena start diet... harini kenyang dah.. ok tunggu bulan depann ah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita non..akak da tekad ni nak diet start ri ni..haha

      Delete
  7. Menu kegemaran incik Suami awak juga kan hehehehe

    ReplyDelete
  8. best juak baca artikel kedak tok...

    santai dan rilek hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah kadang2 kedak tok la entri bila da sikda idea..

      Delete
  9. sedap nampak sunday cake tu.. tapi mesti manis hehe

    ReplyDelete
  10. Fav ya ayam masak lemak... engkah daun kunyit juak pakei aroma nya ooo... mkn dgn sambal belacan nang lawannya... nyemmmms eh

    ReplyDelete
  11. seriously, aida buat masak lemak tak brape menjadik la, Sun. sedih.
    rasa ada, rupanya tu tak cantik!
    sambal terung is da lama tak masak. asben tetiba plak tak sesuai makan terung.
    perut dia jadik berangin lepas makan terung :(

    ReplyDelete
  12. Masak lemak jugak. Pucuk ubi. Pastu sambal ikan. Menu simple je.

    ReplyDelete
  13. Hahahah. Kak sun sorang je berani tulis nama penuh ena ni. Please nak nama alam maya tinynasweet 🤣🤣

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com