Nak Buat Apa Ek Kain Ni?

Nak Buat Apa Ek Kain Ni? | Tiberrr kannn. Semalam baru cakap takde idea pasal tema baju raya tahun ni. Hari ni masuk office, tiberr my officemate bagi kain ni. Sebenarnya dia dah lama beli dan dia ajak ciksun share dengan dia. Ciksun ONzz aje, baru hari ni dia gunting belah dua kat office.

Nak Buat Apa Ek Kain Ni?

Nak buat apa ek? Kainnya sedikit jarang tapi flowy. Kalau buat apa-apa kena tambah lining melainkan buat tudung bawal or shawl haha. Ciksun terfikir nak buat skirt yang kembang or pleated gitu. Tambah lining kat dalam. Cantik terletak nanti sebab kain jenis jatuh and flowy gini.

Officemate ciksun nak buat jubah katanya. Tak tau lah muat ke tak tu tapi kain bidang besar, insya'Allah muat tu. Tailor kena pandai potong supaya boleh pakai semuanya cukup-cukup. Kalau tak cukup jugak, kena tambah kain lain buat sambung.

Nak buat baju raya macam tak kot, sama pulak tema hitam ngan tahun lepas kang. Haha!


P/S: Kedai bakery supply banyak dah tutup hari ni sebab esok CNY, adehhh. Baru ingat nak beli barang kek..lamberttt betul 🤦‍♀️

12 comments:

  1. orang cantik buat apa pun cantik ciksunnn

    ReplyDelete
  2. Cantik kainnya :)
    Buat blouse pun boleh. Nanti pasangkan dengan seluar / kain hitam kosong. Nanti pakai tudung warna kelabu / ungu cair. Mesti cantik!

    ReplyDelete
  3. cantiknya kain dia. buat baju blouse muslimah pun cantik juga :)

    ReplyDelete
  4. Boleh bayang cantik Cik sun pakai skirt kembang

    ReplyDelete
  5. Blouse CikSun. Padankan dengan palazo.

    ReplyDelete
  6. Tunggu je la kek kita sampai esok depan umah awak sekali ngan lion dance k hahaha.... ready tau join menari sekali :D

    ReplyDelete
  7. SA setuju kalau nak buat skirt labuh yang flowy2 tu...mesti cantik...

    ReplyDelete
  8. Cantik gak tu buat kain kembang, dia flowy nampak cantik beralun :)

    ReplyDelete
  9. Haaa.. dah buat t post.. nk tengok jadik apooo

    ReplyDelete
  10. Buat skirt cantik. Biar kembang terletak gitu

    ReplyDelete
  11. Nak mudah dan sedap memakai, buat aje laa baju kurung.. kalau dua meter aje, buat aje blouse..

    ReplyDelete
  12. cantiknya corak dia. kalau mama buat jubah aje tapi kena buat lining atau pakai inner la

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com