Ticker

6/recent/ticker-posts

Jom Buat Tauge Kasar @ Tauge Kacang Soya Sendiri

Jom Buat Tauge Kasar @ Tauge Kacang Soya Sendiri | Tauge kasar @ tauge kacang soya atau pun dikenali juga sebagai tauge kimchi adalah berbeza dengan tauge kacang hijau. Kacangnya lebih bulat dan besar daripada kacang hijau. Rasanya pun berbeza dan lebih rangup. Kalau ada yang tak suka tauge kacang hijau, uols boleh cuba tauge kacang soya sebab tak ada rasa tauge kacang hijau tu dekat dia.

Jom Buat Tauge Kasar @ Tauge Kacang Soya Sendiri

Ciksun dah banyak kali sebenarnya cuba semai tauge kacang soya ni. Pembelian kacang soya dekat shopee daripada dua seller pertama, ermmm tak menjadi. Membusuk kacangnya selepas dua hari, walaupun ciksun dah cuba macam yang diterangkan oleh seller. Tauge kacang soya ni tak sama dengan tauge kacang hijau cara semainya. Tauge kacang soya kena lebih banyak kali bilas dalam sehari.

Ciksun tak putus asa, cari lagi kacang soya yang high germination. Baca review dan description dari seller. Cari seller yang memang ada bisnes microgreens jugak. Sebab kalo diorang buat bisnes ni, diorang akan make sure biji benih or kacang yang diorang guna tu high germination dia. Ye lah, diorang pun kena jaga kualiti produk diorang jugak.

Jom Buat Tauge Kasar @ Tauge Kacang Soya Sendiri

Ni kacang soya untuk buat tauge kasar yang menjadi. Ciksun beli dari seller nutripony. 100 gram harganya RM4.50 aje. Untuk try, boleh lah beli yang sikit dulu. Kalau dah jatuh hati, boleh beli yang sekilo pulak.

Jom Buat Tauge Kasar @ Tauge Kacang Soya Sendiri

Biji kacang soyanya comel-comel aje. Bulat-bulat tak terlalu kecil, tak terlalu besar. Hari tu jugak ciksun rendam dalam air untuk percepatkan germination. Tengok gambar kat bawah untuk proses buat tauge kasar guna kacang soya.

Jom Buat Tauge Kasar @ Tauge Kacang Soya Sendiri
Rendam kacang soya semalaman atau 8 - 10 jam, make sure air banyak sebab nanti saiznya akan membesar sedikit.

Jom Buat Tauge Kasar @ Tauge Kacang Soya Sendiri
Esoknya selepas 8 - 10 jam, buang air dan bilas. Tutup balang dengan kain dan simpan di tempat gelap. Bilas setiap 2 - 3 jam sehari.

Jom Buat Tauge Kasar @ Tauge Kacang Soya Sendiri
Hari kedua. Ulang bilas 2 - 3 jam sehari. Kalo dah masuk waktu tidur, sebelum tidur bilas, esok pagi lepas Subuh bilas semula.

Jom Buat Tauge Kasar @ Tauge Kacang Soya Sendiri
Hari ketiga

Jom Buat Tauge Kasar @ Tauge Kacang Soya Sendiri
Hari keempat, dah boleh tuai. Make sure jangan terdedah dengan cahaya sangat, nanti kacangnya jadi hijau.

Jom Buat Tauge Kasar @ Tauge Kacang Soya Sendiri
Da boleh simpan dalam ziplock plastik dan masukkan dalam peti ais. Boleh tahan sampai seminggu.


Elokkk sangat kejadiannya! Alhamdulillah. Dalam masa 3 - 4 hari je dah jadi. Happy betul ciksun dengan hasil kali ni. Dah siap buat Kimchi Stew, buat campur dalam bihun goreng, maggi, dan macam-macam lagi lah. Kalau uols nak try juga buat sendiri, boleh beli dekat seller tu jugak tau!

Oh, kalau nak cari microgreens jar macam ciksun guna tu, boleh beli dekat Shopee juga, cari je Mason Jar wide mouth, dengan penutup khas untuk sprouting microgreens. Belek link dekat bawah pun boleh:

Ok bye!

Post a Comment

9 Comments

  1. hahaha, masa kecik dulu, tak makan taugeh. jadi kak yan masa nak makan, potong kepalanya...ekor tak makan

    ReplyDelete
  2. Ha.. Sha suka taugeh yang besar ini.. sedap dan rangup kalau buat masak lemak.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. Akk lagi suka tauge kacang hijau hehe...
    Anyway, elok kejadiannya. Seminggu tu kira lamalah tahannya ye, tauge biasa cepat masam .

    ReplyDelete
  4. akak antara yang tak suka togel besar ni cik Sun, ramai kata sedap ditekak akak idok sedap la pulak heheheh

    ReplyDelete
  5. Pernah juga makan tauge soya ni
    Lebih keras dan rangup

    ReplyDelete
  6. Aku suka tapi anak-anak semua tak suka... kalau goreng dalam kue tiaw sedap oiiii

    ReplyDelete
  7. Sedap taugeh kasar ni. saya suka! cuma belum pernah tanam lagi. Pernah buat taugeh biasa kacang hijau tu je. Pernah tengok orang korea buat, memang kena pilih kacang soya yang sesuai. Lupa pulak jenis kacang soya tu. Senang hati hasilnya kejap je. bolehlah buat selalu kan.

    ReplyDelete
  8. kat pasar rumah ammi susah betul nak jumpa taugeh kasar. kalau jumpa kadang-kadang badannya dah lembik.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com