Ticker

6/recent/ticker-posts

Terima Kasih Suami Belanja Keladi ❤️️

Terima Kasih Suami Belanja Keladi ❤️️ | Alhamdulillah. Plan last minute sebenarnya. Memang tak cadang langsung nak berjumpa sampai la bulan depan. Sebab ciksun sendiri pun sibuk dengan thesis. Tak sempat lagi nak merentas negeri ke mana-mana. Masih memerap dekat Skudai aje. Hari tu suami balik Kedah pun ciksun tak ikut. Tapi jiwa ciksun ada kat sana, sebab tu agaknya pokok keladi pun boleh ikut suami balik KL. Ahahahah!

Terima Kasih Suami Belanja Keladi ❤️️

Kisahnya, keladi nan satu ni ayah mertua korek kat tanah barunya kat kampung. Siapa tahu ID dia? Ciksun teka Pink Heart Caladium, tapi tak sure sangat sebab ada nampak macam Ace of Heart dan Postman Joyner jugak. Suami lah ni punya angkara, dia ceritakan dekat ayah yang ciksun kemain terkena miang keladi sekarang. Terus ayah carikan keladi untuk dibawa balik ke KL dan pos dekat ciksun. Mula-mula plannya memang suami nak pos aje keladi tu. Ciksun siap share dekat suami cara-cara pos pokok yang seller selalu buat. Akhirnya tiberr hujung minggu lepas suami cakap dia hantar je la keladi tu hari Isnin. Erkk!

Terima Kasih Suami Belanja Keladi ❤️️

Sebab tu boleh tetiba muncul orang jauh datang polish lampu kereta Viva ciksun ni kat IG dan FB story semalam, hahaha! Dalam pukul 2.20 petang semalam, suami sampai Skudai. Keluar dari kereta aje terus polish lampu kereta ciksun. Tiberrr sangat. Hahaha. Katanya rimas tengok lampu kereta tu berkeladak 🤣

Then kitorang keluar gi makan tengahari kat Taman Impian Emas, alang-alang nak pickup jersi kat sana. Dah berbulan-bulan terperap jersi tu. Order dari sebelum raya lagi. Tapi lepas raya, ciksun pulak kena COVID-19, then start PPN berfasa-fasa, memang tak keluar lah ke mana-mana jadinya. 

Terima Kasih Suami Belanja Keladi ❤️️

Kemain, dari nak pickup jersi yang ditempah, suami menambah pulak lagi tiga helai jersi rekaan JRig Gear dekat situ. Memang cantikkk sangat rekaan terbaru diorang tu. Nanti ciksun share dalam entri lain tau pasal tshirt jersi terbaik dari JRig Gear ni ❤️️

Dari kedai jersi, kitorang pergi nursery area rumah ciksun. Suami nak cari pokok untuk dihadiahkan kepada klien dia. Tapi pokok yang dicari tak dijumpai dan tak de yang hati suami berkenan. Hati si isteri pulak yang terpikat dengan pokok-pokok keladi kat situ.

Terima Kasih Suami Belanja Keladi ❤️️

Banyak pilihannya tapi ciksun lupa ambil gambar. Video aje ada dekat IG story ciksun semalam. Rasanya ni satu-satunya nursery area rumah ciksun yang keladinya pelbagai jenis dan banyak juga yang rare. Sebab tu harga pokok keladi kat sini sedikit mahal dari kat Shopee.

Terima Kasih Suami Belanja Keladi ❤️️

Nah, mengikut balik pulak dua ketul ni. Green Spider Caladium dengan Thai Beauty Caladium. Cantik pula warna merah Green Spider tu dengan uratnya kaler hijau. Rasanya suami ciksun yang lebih minat dengan dia ni sebab dia yang beria nak belikan ciksun pokok tu, hahahah! Dia asyik ulang-ulang cakap cantik, ciksun pun proceed aje. Lagi pun, memang belum ada warna merah dalam koleksi keladi ciksun. Thai Beauty tu pulak memang idaman, tapi susah nak jumpa kat Shopee yang rega bawah RM10 hahaha! Ni lah dia yang bawah seploh hinggit. Kecik aje pokoknya, ciksun ok je sebab nanti kita didik dia jadi besor dan rimbun insya'Allah. Sekali-sekali suami turun sini, diajaknya pulak kita ke nursery, apa lagiiii...pau lah! Haha!

Terima Kasih Suami Belanja Keladi ❤️️

Suami ada bawak balik juga dua ketul ubi Candidum Caladium. Keladi kampung kaler hijau putih tu. Besar ubinya dan dah ada daun baru bergulung. Ciksun dah pindahkan masuk ke dalam pasu berasingan. Bagi dia stabil dulu nanti baru pindah masuk pasu lebih besar. Ada juga dua pasu anak pokok cili dari kakak ipar, ciksun dah letak dekat pondok kebun ciksun. Biar dia stabil dulu baru kita pindah masuk pasu or polibeg.

Terima Kasih Suami Belanja Keladi ❤️️

Pagi tadi, kami ke Hutan Bandar Taman Mutiara Rini sekejap untuk photoshoot baju yang diborong semalamnya. Sarapan pagi kat taman terus, bawak bekal kuetiau goreng dari rumah. Ibah masak semalam, tapi banyak lebih sebab ciksun kan asyik keluar dating aje. Haha! Thank you Ibah!

Dah balik KL dah suami pagi tadi. Terima kasih awak, belanja keladi dan belanja makan!

Post a Comment

15 Comments

  1. Hamboii entri fresh from oven ni hahahaha..
    Bila nak amik keladi rumah aku, nanti aku bawa ko pi nursery pulak hahahaha

    ReplyDelete
  2. ehmm...malu malu miaw dedua bergambar ye...

    ReplyDelete
  3. Jiran akak pun penggila keladi, siap tanam keladi gajah depan rumah

    ReplyDelete
  4. Okey...siyes jeles..bukan jeles cik sun jumpa husband..jeles cik sun ngan pokok keladi viral tu...geram je tau...

    ReplyDelete
  5. seronoknya cik Sun dan suami berdating, siap dapat hadiah pokok keladi lagi. semoga pokok keladi Cik Sun tumbuh mekar seperti cinta korang berdua. cia cia cia

    ReplyDelete
  6. Syoknya depa dating :)
    Akk belum terjebak lagi dengan keladi, tak tahulah sampai bila boleh menahan nafsu ni haha...

    ReplyDelete
  7. Wah dah terjebak dengan keladi viral nampaknya

    ReplyDelete
  8. memang terkene miang keladi yang tahap teruk ni nampaknya kan... akak minat keladi yang boleh di goreng isi nya tu je dik hehehhehe

    ReplyDelete
  9. nikmat yg mana lagi nak didustakan kan..

    ReplyDelete
  10. Seronoknya bila encik suami datang buat surprise. Dapat spend masa bersama dan dapat macam macam tu. cantik cantik pokok keladinya. Berbunga bunga hati dapat pokok keladi suami belanja. Tak pasti sangat ID pokok keladi ni.

    ReplyDelete
  11. Sonok dia deting ye.. Berbulan x jumpa.. Alhamdulilah... Eh eh miang keladi ni bahaya tu ciksun hahaa

    ReplyDelete
  12. Aduh romantik. Hehe alhamdulillah seronok dapat benda disukai.

    ReplyDelete
  13. Kita pon tgh giler keladi sekarang. Entah dpt badi keladi dr mana hahahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com