Alhamdulillah, Ciksun Dah Hantar Thesis!

Alhamdulillah, Ciksun Dah Hantar Thesis!

Alhamdulillah, Ciksun Dah Hantar Thesis! | Syukur kepada Allah swt, akhirnya thesis draft yang dah lama terbengkalai dan ditangguh-tangguh tu siap juga. Nak tak nak, memang ciksun kena siapkan dan submit pada 17 Mac 2022 hari tu. Dah semester maksimum untuk ciksun, tak boleh nak extend dah. 

Beberapa hari dalam minggu lepas, memang tak menentu da waktu tidur dan waktu makan. Asalkan siap kerjanya, menghadap lah laptop tu dari bangun pagi sampai tidur (itupun, kalau tidur). Tapi, jujurnya ciksun tidur juga, takde la sampai tak tidur langsung. Hari last tu 17hb, rasa dah taknak tidur dah. Tapi pukul 4 pagi, boleh pulak tv dekat depan ciksun terbukak sendiri. Ciksun toleh belakang tengok remote atas meja. Takde pulak kucing main. Aiyokk, terpaksa lari masuk bilik dan tidur. Maybe "dia" cakap, cukup dah tu, tidur lahhh. Hahaha!

Lepas Subuh, bangun balik dalam pukul 6 lebih nak dekat pukul 7 pagi. Sambung lagi siapkan apa yang patut sebelum submit. Hasilnya bukan lah sesuatu yang mampu ciksun banggakan. Tak berapa memuaskan hati sendiri sebab buat kerja last minute. Tapi bila hujung-hujung tu, memang marah la dengan diri sendiri. Menangis apatah lagi, memang sampai menangis sorang-sorang makan Cloud 9 yang dah bersemut. Waktu tu lapar sangat tapi tak sempat nak prepare ape-ape lunch. Nak order foodpanda, mahal. Pergi je la capai Cloud 9 dekat rak makanan, makan dalam gelap sambil nangis sebab menyesal tak buat semua awal-awal. Sedangkan, dalam dua hari pun dah boleh siap satu chapter. Astaghfirullahal'azim.

Nikmat apa lagi yang ciksun dustakan?

Nikmat masa dan kelapangan yang disia-siakan.

Allah tegur di hujung-hujung, pukul hati sampai ciksun sedar.

Allahuakbar.

Tiada daya dan upaya melainkan dari Allah juga.

Alhamdulillah, terima kasih Allah sebab buat ciksun jadi kuat sehingga ke akhirnya.

Now nak prepare untuk viva pulak, maybe dalam sebulan atau dua bulan lagi. Semuanya bergantung kepada pihak sekolah. Doakan, perjalanan ciksun nak viva pulak dipermudahkan. Ameen.

Alhamdulillah, Ciksun Dah Hantar Thesis!

Budak yang teman ciksun taip thesis sampai pukul 4 pagi.

Post a Comment

7 Comments

  1. yang tukang teman tuhh tidur situ keluar air liur basi tak tuh. hahhaa

    ReplyDelete
  2. Ooo Viva tu bukan kereta ek? Ingat ko nak buat kereta ko hahahaha maafkan Sis Lin adeiii... all the best Cik Sun...

    ReplyDelete
  3. fuhhhh power ahhhh cik sun. good luck. semoga dipermudahkan urusan. nanti tolong upah budak yang teman tu. hahaha.

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkan VIVA... benda yang paling lemah bila sambung belajar tok ialah menyiapkan tesis jadi kamek faham the struggle is real. Lekak abis Master, terus rasa sikpalah, cukup dolok la haha.

    ReplyDelete
  5. alhamdulilah, akhirnyaaaaa!!! Tahniah ciksun... akhirnya siap juga thesis tu ye :)
    Memang respek la mereka yang sambung belajar ni hehehe!!! All the best untuk VIVA plak k

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..tahniah CikSun. Lepas ni viva, buat correction dan grad. Semoga dipermudahkan segala urusan. Aamiinn...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com