Ticker

6/recent/ticker-posts

Buffet Ramadhan 2022 - Juadah Big Box @ Sunway Hotel Big Box

Buffet Ramadhan 2022 - Juadah Big Box @ Sunway Hotel Big Box | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Malam 1 Ramadan 1443H, ada yang dah start pergi solat sunat tarawih berjemaah dekat masjid ke tu? Alhamdulillah, kita dah beralih ke fasa endemik COVID-19, SOP solat berjemaah dekat masjid kat negeri Johor ni membenarkan jemaah untuk membawa sejadah sendiri ke masjid, dengan sejadah dirapatkan antara satu sama lain, tanpa bersentuh badan dengan ahli jemaah sebelah. Boleh lah kembalikan feel Ramadan macam tahun-tahun sebelumnya walaupun imam hanya digalakkan baca surah dalam juz 'amma aje.

So, awal-awal Ramadan ni ada semangat tak nak memasak menu berbuka? Kalau belum ada semangat atau tak berkesempatan, boleh lah berbuka puasa dekat Sunway Hotel Big Box, Sunway Iskandar. Diorang pun ada buat buffet menu berbuka sempena bulan Ramadan dengan tema Juadah Big Box. Serius ciksun suka sangat menu dekat sini, terutamanya menu ala bazar dekat luar Pendas Cafe, sebelah swimming pool.

Bufet Ramadan 2022 - Juadah Big Box @ Sunway Hotel Big Box

Ada lebih 300 menu berbuka dekat sini pada bulan Ramadan nanti untuk uols menjamu selera. Wajib uols cuba Kambing Golek diorang yang diperap khas dengan kurma Nabawi. Memang lain rasanya, ciksun rasa paling sedap lah setakat ni. Bila dimakan dengan Nasi Arab diorang yang lembut dan beraroma, lagi lah sedap oii! Masya Allah! Bukan Kambing Golek dengan Nasi Arab je sedap, Asam Pedas Ikan diorang pun meletoppp! Tak terlalu pedas kuahnya, sampai ciksun hirup licin pinggan. Jarang-jarang berlaku! Hihi.

Nah ciksun share gambar-gambar menu yang ada sempena bulan Ramadan ni.

Bufet Ramadan 2022 - Juadah Big Box @ Sunway Hotel Big Box

Bufet Ramadan 2022 - Juadah Big Box @ Sunway Hotel Big Box

Bufet Ramadan 2022 - Juadah Big Box @ Sunway Hotel Big Box

Bufet Ramadan 2022 - Juadah Big Box @ Sunway Hotel Big Box

Bufet Ramadan 2022 - Juadah Big Box @ Sunway Hotel Big Box
Credit: Afzani Tual

Creme Brulee diorang tu pun sedap gilerr dan betul-betul Creme Brulee punya. Ketuk-ketuk atas tu, keras gula yang dibakar. Sebagai peminat Creme Brulee, tentu lah ciksun suka! Diorang jugak ada pelbagai lauk-pauk untuk dimakan dengan Nasi Tomato, Nari Arab atau Nasi Putih. Uols pilih aje menu kegemaran. Bila dah berpuasa seharian, mesti semua nak dicuba kan? Haha!

Lagi gambar-gambar menu Juadah Big Box ni, uols boleh belek dekat page FB Sunah Sakura ya!

Ok nah, ni details bagi uols yang nak beli baucar Juadah Big Box.

Juadah Big Box @ Sunway Hotel Big Box
Pendas Cafe, Level 1
5 - 28 April 2022 | 6.30 pm - 10.30 pm 

MYR128.00 nett per Dewasa
MYR64.00 nett per Kanak-kanak (6 - 12 tahun)

EARLY BIRD (sehingga 4 April)
RM108.00 nett per Dewasa
RM 54.00 nett per Kanak-kanak (6 - 12 tahun)

Untuk tempahan dan pertanyaan:
No. Tel: 07-5336653
Email: sbbh.enquiry@sunwayhotels.com

Post a Comment

2 Comments

  1. datang baca malam2 .. kalau esok pagi confirm menyanyi perut ni hahaha.

    ReplyDelete
  2. semoga ramadan kali ini membawa 1001 keberkatan buat kita semua

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com